Gara-gara ‘The Conjuring’ !!
Menjadi buah mulut pulak filem seram ni ! Disebabkan ianya diarahkan oleh James Wan , kelahiran Sarawak maka menjadi hot ? Iskhh.. takkan kot ? Aku google .. dan baca review .. Ramai mengatakan filem seram ini sangat menarik untuk ditonton. Kiranya mmg menakutkan laa .. Waduhhhh .. Aku nak tengok ? Gulp.. Sejak tua menjengah aku , aku dah semakin tak berani .. Agaknya kuota keberanian aku dah semakin nak abis kot ?? Hurmm ..
Dalam akbar hari ni ada lagi artika mengenai James Wan.. Filem seramnya lagi meletop !
“ Filem seram terbitan FilmDistrict, Insidious: Chapter 2 mengungguli carta pecah panggung, menurut perangkaan kutipan tiket.
Filem sekuel arahan James Wan yang mengisahkan tentang rumah berhantu itu mencatat jualan kutipan tiket sebanyak AS$41 juta (RM134.8 juta), tiga kali ganda berbanding tayangan pertama filem tersebut pada 2010.
Penganalisis data pecah panggung Hollywood.com, Paul Dergarabedian berkata , filem tersebut mengumpul jumlah kutipan paling tinggi untuk tayangan pembukaan pada bulan ini.
"James Wan telah memecahkan kod dalam menghasilkan filem seram yang bagus," katanya.
Pengarah Australia itu juga mengarahkan satu lagi filem seram, The Conjuring yang berjaya mengungguli carta pecah panggung pada hari tayangan pembukaan.
Pengerusi pengedaran FilmDistrict, Jim Orr berkata, jualan tiket untuk filem tersebut hampir dua kali ganda melebihi jangkaan pihak studio.”.
Sayangnya .. dalam artikal tu menulis James Wan adalah pengarah Australia .. huhu .. Apakah benar James Wan dari Sarawak ? Dan The Conjuring itu bukanlah filem pertama arahan beliau. Banyak lagi ..
Menurut Wikipedia , James Wan yang berdarah cina ini dilahirkan pada tahun 1977 , di Kuching , Sarawak dan telah pun mendapat kewarganegaraan Australia ..
Hehehehe … Baguslah .. Kebanyakkan orang Malaysia yang berjaya telah pon berhijrah ke luar negara .. Ini adalah disebabkan saranan menteri menteri kita gak kan ?
“ Tak suka , sila ke luar negara ! “. Bila dah berjaya , sibuk suruh balik ! Huh …
Dan , aku baru je download The Conjuring. Saja nak tengok .. Nak beli original , tak mampu .. duit tak de .. Cukup cukup nak bayar petrol Ron95 .. Jangan tangkap aku yer.. Nanti delete balik ..
21 comments
Saya hari tu TERTENGOK cerita The Conjuring pukul 12am front seat, memang ********* sangat takut
BalasPadamAlamak bang..badan sasa takkan takut kut...hehehe...
BalasPadamTapi serius seram the conjuring. Masa tengok kalo dh smpi part yg seram...dah ready nk tutup mata...tapi kalo yg tetiba tu..memang tanjat la boboi...hahaha...
haha .. lawak la abang ben nie ... takut jugakk ye
BalasPadampujian untuk the conjuring. serius best. lagi best kalau tengok malam. hehe
BalasPadampujian untuk the conjuring. serius best. lagi best kalau tengok malam. hehe
BalasPadamSaya pun tertengok...tp sebab x berapa gemar filem seram mcm tu..xde kesan pun.hahahahhaha...sebab dh dpt agak part2 dia nak buat seram.
BalasPadamBest tgk citer hantu..hahahhah.lepastuh malam nk tidur terbawak bawak plak...
BalasPadamtime2 "preggy" macam ni memang tak sanggup nak tengok cerita seram...takut terperanjat sakan... ^_^
BalasPadamsemalam ingat nak layan filem ni kat alamanda.tapi sebelum pergi tu,dah baca kawan2 blogger review.ada yang sampai tak boleh tidur teringat2.
BalasPadammasa beratur nak beli tiket tu,ingatkan saya je terkejut tengok trailer di tv dekat kaunter tiket tu.awek2 depan saya yang beratur pun terjerit sama.takutttt.terus cancel nak tengok he3...
ohohoo... Abang Ben, saya tengok cerita tu 2 kali. Agak2 kalau saya nak tengok kali ketiga, saya ajak abang ben boleh? hhehehee...
BalasPadammemang best cerita nie..
BalasPadammmg best pun the conjuring.. but ai pun x tgk kat panggung.. online suda.. takpon download.. kemudahan dah ade.. haha.. nak beli cd ori x mampu.. T__T
BalasPadamhaha...download je senang kan bang...citer2 seram dia mmg best...semua pun feymes, macam Saw n Insidious...
BalasPadamgila punya seram..3 hari tido x off lampu..haha..tp mmg best cta ney..
BalasPadamnak tengok, tapi.... takut la pulak. huahauahua
BalasPadamTak suka , sila ke luar negara ! “. Bila dah berjaya , sibuk suruh balik ! Huh …
BalasPadambetul gak ayat ni... saranan menteri tu... hahahaha bye bye malaysia..
nk cri kt mana tuu yg free ? hihi , nk tgk gakk.
BalasPadamsaya tengak xseram pn... rasa nye ade lagi filem yg lebih seram drini..
BalasPadamTeringin nak tengok sbab org asyik bercerita je psal filem ni . Tapi tak berani . Hahaha .
BalasPadamwow ! siyesli, saya sendiri teringat2 tetg hantu cerita tu.. tgk cerita tu dengan mak dan kakak, haiihhh.. menjerit2 masing2..
BalasPadamaku tengok midnight..pestime xtau nk tgok movie ape..then choose tgok the conjuring..sangat2 seram n terbaik giler kowt..
BalasPadam