Perlu ke insuran nyawa ni ?

by - Ahad, September 08, 2013

 

Kelmarin aku gi gym .. Kat sana , jumpa la kenalan lama yang dah berbulan tak jumpa. Rasanya sebelum Ramadan lagi .. hehe… Aku yang jarang ke sana sebab jimatkan petrol … Rupanya semakin kena jimat lagi skang ni ! Huhu..

Aku tanya perkembangan dirinya . Kakinya yang cedera akibat main futsal ketika mewakili tempat dia bekerja … Apakah mendapat perhatian sewajarnya ?

Dia tunjukkan kepala lututnya pada aku .. Mengerikan ! Dia kata kerosakkan dalaman tu memerlukan pembedahan yang menelan belanja RM48 ribu !  Tu pon bukan boleh pulih. Dah kira kecacatan kekal.

Aku tanya dia … ada insuran ke ? Dia geleng kepala .. Dah tu mana nak cari duit untuk buat semua tu ? Dia kata sedang berusaha dapatkan dari Socso .. Tu pun sukar sbb pejabat dia tak nak bantu dia walhal dia main tu atas tiket pejabat dia !

Muda lagi.. Baru umur 22 rasanya .. Dah berkawin dan ada anak . Nasib baik la dia keje kerajaan .. Dan ada kelebihan sedikit untuk dapatkan duit sampingan ..

Hurmm … ada yang rasa tak penting insuran ni .. Cuma masalahnya ialah bila kita dah amik insuran maka akan ada la pakej pakej tambahan .. Memula RM100 pastu agen kita kan ‘bagitau ‘ ada pakej pakej terbaru selepas itu .. Adoi ..

Insuran mmg bagus. Tapi agen insuran perlu jaga kualiti mereka . Jangan dah dapat , terus buat kerja separuh siap ! Aku dah kena dah ..

You May Also Like

8 comments

  1. takaful, insuran, medical card,.. penting, lagi2 bg mereka golongan berisiko (pekerjaan) ni. tapi kena tengok jgk la kan pelan apa yg sesuai utk kita dan peringkat umur kita.

    BalasPadam
  2. memang perlu juga insurans ni tapi yang penting ambil yang Islamic ya, takaful

    BalasPadam
  3. saya skang tgh planning utk ambil takaful insurans personal punyer walaupun company dah bagi tp utk masa dpn saya sendiri rasanya saya perlukan..nasib baik kazen ejen insuran..senang nak deal ape2 dengan dia..nak lari pun xboleh dah sbb mmg dah sedara..hehehe

    Panadol yang tak rosakkan buah pinggang

    BalasPadam
  4. Masih ragu2 hukum ambik insurance ni dlm agama kita.. Ada yg kata x boleh, ada yg kata boleh.. Pening.

    BalasPadam
  5. kerja kerajaan ada socso ka?? ada gak penyakit yg kita x tau, insuran x cover. cth penganalisis jenayah, kamal affandi yg sakit thn lepas, insurans x cover operation sakit tu. nasib org ramai bg sumbangan. org yg x glamor ni agak2 mudah ke nak dptkn sumbangan?? :)

    BalasPadam
  6. Salam,
    Insuran konvensional/nyawa telah lama difatwakan haram. Alternatif bagi seorang muslim adalah pelan perubatan takaful. Medikal card takaful dapat membantu antaranya bagi pembiayaan kos perubatan selepas persaraan, tambahan kpd had coverage oleh kad perubatan syarikat dan sebagainya. Penyakit dan kemalangan tidak mengira siap datang tanpa dipinta atau diduga. Sediakan payung sebelum hujan.

    BalasPadam
  7. baru ja amik insurans prudential bsn takaful...kuar duit sikit utk masa depan-protection plus savingutk diri sendiri jugak.sbb langit xselalunya cerah.lagi muda lagi bagus amik..so xda kna bayar tinggi..=)

    BalasPadam
  8. better amik insuran at least 1 pun ok.bukan sekadar cover kita, boleh elak byr cukai byk kt kerajaan skrg. =P

    BalasPadam