Kerana JARI TENGAH , X-Men Malaysia popular walaupun tak layak mendapatkan 'pangkat' tersebut .. Ini kerana sejak isu Jari HANTUnya terseliuh sewaktu menyisirkan rambutnya yang ayu itu , dia telah menjadi popular kerana peperangan mental dengan blogger SeMalaysia .. padahal sebelum ni aku sendiri pon tak kenal dia ...
Lawak kan ? Seharian dok keluar isu begini .. macam macam blogger buat .. Aku tak tau la samada ada sesetengah blogger tu nak support atau nak curik trafik... hehehe .. Wallahualam ..
Aku ? Aku tetap amik tau gak sbb aku pon blogger .. Cuma bila aku baca kenyataan dia di Twitter tu , dia kata dia maksudkan blogger yang mengkritik video klip dia tu .. namun kesemua persatuan blogger di Malaysia sudah hangin satu badan.. Pergh... Kalau bersatu begini menentang pengkhianat negara , kan best !
Cuma la kan .. kita tau sesetengah artis tu , tak berpelajaran tinggi atau tidak berpengalaman dalam dunia hiburan ni apatah lagi dalam bidang perhubungan awam .. Dalam erti kata lain , tak tau nak berkomunikasi dengan orang lain .. Dengan ini , kita tau mamat tu masih lagi cetek pemikirannya ATAU dia terlupa seketika akan dirinya kerana terlalu geram ..
Masalahnya ... bila kita menyerang dia kembali malah ada yang siap marah marah , secara tidak langsung kita telah meletakkan level pemikiran kita sama dengan dia .. Kalau dia tak de otak dengan berkata demikian , camana pulak kita ?
Macam aku kata pagi tadi , buat dek je la... dia tak nak mintak maaf atas kata kata dia .. lantak dia la.. takkan nak letak pisau kat tengkuk dia untuk dia lafazkan kata kata tu ??
Hanya kerana dia mencarut pada blogger ? Bila dia carut , kita marah ... suruh dia mintak maaf.. Loh .. buat apa suruh dia mintak maaf.. kita teruskan kritik VIDEO KLIP dia.. itulah perjuangan blogger .. bukan hal remeh temeh seperti suruh dia mintak maaf... Kritik video dia tu.. itulah kelemahan dia ... dan itulah kekuatan kita sebenarnya .. Dan motif perjuangan blogger menentang dia ..
Penting sangatkah maaf dari dia ? Lepas dia mintak maaf , pastu ? Kita sorak gembira ? Bangga sbb retis mintak maaf kat blogger ? Aku tak bangga langsung .. sbb tak membuktikan bahawa memberi sumbangan pada pembangunan insan di negara ni ... Jika dia tarik balik video dia tu kerana ketegasan dan kritikan blogger , YEARGHHHHHHHHHHH... AKU BANGGA !!!
Fikir-fikirkan .. selain dapat duit , kita memberi sumbangan .. bukan mengejar populariti ...Part tu , bonus yer ... ;)