Popular sudah dia padahal ..

by - Ahad, Jun 05, 2011

 

Kerana JARI TENGAH , X-Men Malaysia popular walaupun tak layak mendapatkan 'pangkat' tersebut .. Ini kerana sejak isu Jari HANTUnya terseliuh sewaktu menyisirkan rambutnya yang ayu itu , dia telah menjadi popular kerana peperangan mental dengan blogger SeMalaysia .. padahal sebelum ni aku sendiri pon tak kenal dia ...

Lawak kan ? Seharian dok keluar isu begini .. macam macam blogger buat .. Aku tak tau la samada ada sesetengah blogger tu nak support atau nak curik trafik... hehehe .. Wallahualam ..

Aku ? Aku tetap amik tau gak sbb aku pon blogger .. Cuma bila aku baca kenyataan dia di Twitter tu , dia kata dia maksudkan blogger yang mengkritik video klip dia tu .. namun kesemua persatuan blogger di Malaysia sudah hangin satu badan.. Pergh... Kalau bersatu begini menentang pengkhianat negara , kan best !

Cuma la kan .. kita tau sesetengah artis tu , tak berpelajaran tinggi atau tidak berpengalaman dalam dunia hiburan ni apatah lagi dalam bidang perhubungan awam .. Dalam erti kata lain , tak tau nak berkomunikasi dengan orang lain .. Dengan ini , kita tau mamat tu masih lagi cetek pemikirannya ATAU dia terlupa seketika akan dirinya kerana terlalu geram ..

Masalahnya ... bila kita menyerang dia kembali malah ada yang siap marah marah , secara tidak langsung kita telah meletakkan level pemikiran kita sama dengan dia .. Kalau dia tak de otak dengan berkata demikian , camana pulak kita ?

Macam aku kata pagi tadi , buat dek je la... dia tak nak mintak maaf atas kata kata dia .. lantak dia la.. takkan nak letak pisau kat tengkuk dia untuk dia lafazkan kata kata tu ??

Hanya kerana dia mencarut pada blogger ? Bila dia carut , kita marah ... suruh dia mintak maaf.. Loh .. buat apa suruh dia mintak maaf.. kita teruskan kritik VIDEO KLIP dia.. itulah perjuangan blogger .. bukan hal remeh temeh seperti suruh dia mintak maaf... Kritik video dia tu.. itulah kelemahan dia ... dan itulah kekuatan kita sebenarnya .. Dan motif perjuangan blogger menentang dia ..

Penting sangatkah maaf dari dia ? Lepas dia mintak maaf , pastu ? Kita sorak gembira ? Bangga sbb retis mintak maaf kat blogger ? Aku tak bangga langsung .. sbb tak membuktikan bahawa memberi sumbangan pada pembangunan insan di negara ni ... Jika dia tarik balik video dia tu kerana ketegasan dan kritikan blogger , YEARGHHHHHHHHHHH... AKU BANGGA !!!

Fikir-fikirkan .. selain dapat duit , kita memberi sumbangan .. bukan mengejar populariti ...Part tu , bonus yer ...  ;)

You May Also Like

31 comments

  1. ahah..jangan kita mengutuk dia lebih2 sampai lupa kita dah macam sama je pemikiran cam dia!'
    ehe..aye tak amik port sgt nk kutuk cuma wat sesuatu yg muhasabah diri ;)

    BalasPadam
  2. sokong abg beb! mari menentang pengganas! ahha. jum bersatu wahai blogger. hahaha sakit ati pulak bile die ckp cmtu. hampeh! berlakon x sbrpe.

    BalasPadam
  3. betul tu,sokong pakcik Ben..hee~pggl pakcik pula..^__^
    jangan marah nanti kena lelong..xD

    BalasPadam
  4. skrg mmg ramai yg heboh mengenai ni encik ben..tapi kalau difikirkan, benarlah kata encik ben... maaf darinya sbnrnya tiada nilai, jika usaha untuk boikot dan hentikan video berunsur lucah tu tidak tercapai..

    TQ untuk ingatan ni encik ben

    BalasPadam
  5. macam bagus je pelakon tu...ape daaa...

    BalasPadam
  6. dy ingat dy da bguih sgt..sukahati blogger la nk kutuk2 or komen2 video dy..
    bnda yg x elok prlu dicegah supaya x melarat pd anak bgsa..

    BalasPadam
  7. hump..
    payah nak cakap
    tapi kan abg ben
    kita sesama seumat ni
    itu semua saham kita kat akhirat kelak
    saling tegur menegur
    =')

    BalasPadam
  8. Takkan blog sebab duit saja.

    Penting untuk kepuasan diri.

    Saya sokong apa yang bro tulis.Memang sempoi.

    Tak semua orang perfect.

    BalasPadam
  9. itulah semangat Blogger,semua bersatu. Aku rasa kalau wujudkan Parti blogger mau menang besar kita haha...mau blogger jadi PM kot.. Tapi tu la, kesal bila sesetgah blogger turut sama maki hamun, apa kehe nye.. cuba la rasional skit, jgn emosional sgt... tak perlu nk join maki2 kutuk2..

    BalasPadam
  10. YUp betul..buat apa ek nak cari pasal macam tu dengan orang yang tak paham..buat sakit hati jer..pape pon kita boleh fikir mana baik mana buruk sebab kita ada didikan yang baik-baik..

    Nice ayat abg ben tak retis pon..haha

    BalasPadam
  11. wah abg ben begitu besemngat mengutarakn hujahnya...hehhee..suka2~!

    BalasPadam
  12. sape gambit tu ?,. tak kenal lew,. retis melayu ke ?,. patut ar tak kenal,. nama pun tak best,. tak komersial langsung,.

    BalasPadam
  13. Saya sokong pendapat kamu abg ben...
    Itulah yang sepatutnya...
    Hope dia cepat sedar dengan kesilapan dia.
    Haha. Hanya mmpu tergelak ngn artis yang bijak pandai tu...

    BalasPadam
  14. gue kurang analisis..nggak paham soal ini..tapi pendapat en ben harus bener gitu..untuk apa dia disuruh maafinn..kalu dia nggak bisa berbuat gitu..suruh sekali sudah..yg kedua itu jika nggak maunya jugak..dibiarin saja..jangan disamakan level pemikiran dia sama kita..ya udahh

    BalasPadam
  15. so true. sangat setuju.
    plus kalau die mencarut-carut...public sendiri akan nampak how bad he is... tak perlu kita nak dengar or baca dia minta maaf selepas diasak-asak oleh bloggers or public. if dia nak minta maaf, biar sebab dia tahu dia salah. and also, mcm abg ben ckp, the best is, biar dia or pihak authority sendiri yg tarik vidoe klip tu. itu sepatutnya yg kita kejarkan dan usahakan... dia nk minta maaf or tdak, itu isu lain, for now bukan lah yg penting sgt...

    BalasPadam
  16. kekadang tu.. org bercakap tnpa sedar, boasa la nafsu amarah menguasai diri, dia artis je.. sama cam manusia biasa,kekadang kte pun ckp lebih dari tu gak.. ada kekadang tu sy bw kt blogger lain, perkataan teruk dri tu pun ada.. tpi biasa la artis.. lbih terdedah pda umum..

    tp btul kta abg ben tu.. lau pengkhianat negara xde lak kte kecoh cammni..

    BalasPadam
  17. bro Ben,
    tanggungjawab kita sesama kita utk saling tegur menegur...tapi bagaimana bentuk teguran yg sesuaai...kalau kita mengeluarkan komen berbentuk cercaan dan maki hamun sudah pasti lah org yg kita nk tegur tu akan bersikap defensif...kalu kita maki hamun dia dlm posting2 kita tk perlu le kita terkejut bila dia bagi jari tengah kat kita...

    menegur mestilah berhemah..seperti menarik rambut dalam tepung...rambut jgn putus , tepung jgn berselerak..

    BalasPadam
  18. salam bro BA da semua!hurm sejak dari awal kemunculan artis tu,ramai dah peminat tak suka.masa tu kite tertanya2 sapalah mamat tu?drama apa dia berlakon ye?oh raja bersiong?patutlah 'chenge' semacam!ramai juga berkata (bukan blogger berkata) dia tu sombong dan berlagak dgn kesenangan hidup keluarganya.patutlah!bila para blogger 'usik' je,dia angin satu badan.tak guna jatuhkan imeh BLOGGER semata2 kes macam ni,tak berbaloi kemaafan yg dipinta dari mamat tu...byk lagi benda lain para blogger perlu fokus.yeihhhh hidup BLOGGER!

    BalasPadam
  19. maaf tu tak penting yang penting dia sedar siapa diri dia dan kita tahu siapa kita... bukan kritik sebarang kritik tetapi kritik untuk kebaikan, kalu dah nak tegor pun tak boleh ... jangan buat apa2 dan duduk jer kat hutan... hehehe

    BalasPadam
  20. haha,.. terbaik r... ni la.. org panggil.. buat baik di balas baik.. buat jahat di balas jahat...

    BalasPadam
  21. NTAH PAPE JE RETIS TU.KANKAN :D

    BalasPadam
  22. sape dia...
    sape ni ..sape ek ?

    hehehe..

    BalasPadam
  23. x perlu la nak menagih maaf dari retis macam tu..buang masa dan tenaga je..tu la jenis retis yg bodoh sombong..dah salah tu mengaku je la..nak carut blogger lak..kau sape?baru setahun jagung dalam dunia hiburan malaysia dah buat kontroversi tahap murahan..pigidah..!!

    BalasPadam
  24. setuju sgt...da mmg vide0 tu xel0k.. 'he' sh0uld learn sumthing dpd d0k marah2 blogger..haish =.="

    BalasPadam
  25. dari pada baca komen..tgk ramai gak tak baca entri nie abis...=)

    BalasPadam
  26. ..... rambutnya yang ayu...awww!!! Kelakarlah En.Ben.Mmmg ramai pelakon tak berpelajaran tinggi termasuklah dia yg berambut cantik ni sbb pelajaran dia tak masuk otak.

    BalasPadam
  27. Artis suam-suam kuku dah mula berlagak mencarut bagai. Blah la~

    BalasPadam