Fasa terakhir dalam strategi blogging ..
Ni cuma aku punya strategi .. takde kaitan dengan mana mana strategi blogger lain.. Kalau ada , cumalah satu kebetulan...Kenapa aku berkongsi ? Aku berpegang pada , ILMU KITA DATANGNYA DARI ALLAH .. TIADA HAK KITA UNTUK MENYIMPAN UNTUK DIRI SENDIRI .. MAKA SELAYAKNYA BERKONGSI JIKA IANYA PATUT MEMBAWA KEBAIKKAN PADA ORANG LAIN .. Segalanya terpulang pada diri sendiri.. Tiada paksaan , okeh ?
Seperti yang aku buat selama ni , aku berblog dengan punya perancangan tersendiri .. Bermula dengan LIHAT DAN BELAJAR .. CUBA DAN ANALISA ... Aku lihat bagaimana blogger blogger terdahulu dari aku berblog .. Cara tulisannya , template blog , penggunaan teknikal blogging dan banyak lagi .. Ternyata apa yang korang nampak sekarang inilah yang paling sesuai dengan aku ..
WUJUDKAN BLOG - PROMOSI - KREATIVITI - BERDIRI SENDIRI ...
Aku dah punya blog .. Promosi aku dah lakukan sebelum lagi aku punya blog .. Dan tempat aku promosi habis-habisan adalah di FACEBOOK yang ternyata memberi aku pembaca tetap dan juga pembaca biasa ... Pembaca biasa ni , bila dia rasa nak datang atau ternampak promosi , baru dia datang ..
KREATIVITI yang korang nampak pastinya adalah SEGMEN aku .. Hampir setiap hari aku buat segmen .. Segmen di mana bukan aku sorang je 'makan' tapi semua yang terlibat ( pastikan rajin ) akan membuahkan hasil ..
Bila perancangan berjalan dengan teliti , maka inilah fasa terakhir untuk memastikan apakah segala usaha selama ini membuahkan hasil ...
Apakah maksud aku dengan BERDIRI SENDIRI ? Tidak perlu lagi promosi dan SEGMEN .. SEGMEN mungkin perlu untuk membantu blogger blogger lain ... Tapi aku akan kuatkan dengan entri entri aku sendiri .. Yakni entri peribadi yang mana aku akan bercerita apa saja yang ada di depan mata aku .. Bukan lagi untuk mencuri trafik tapi adalah untuk berkongsi cerita ..
Aku akan mulakan pada awal tahun depan ... Ni adalah tempoh terakhir aku menguatkan lagi segala promosi dan strategi .. bukan mudah ...
Trafik selepas ini akan jatuh .. Tetapi akan meninggalkan pembaca pembaca yang setia dan juga menghasilkan pembaca yang sememangnya berminat dengan blog kita ..
Disinilah kekuatan penulisan dan intipati cerita kita akan menentukan segalanya .. Apakah mereka masuk ke blog kita kerana segmen ? Atau cerita orang lain ? Atau juga cerita kita ?
Jika tidak berjaya , bermakna masih ada kekurangan lagi .. Maka ..perlu perancangan lain .. Ingat , pelancongan negara kita pon sampai sekarang masih lagi memerlukan promosi yang berterusan .. Negara kita masih belum dikenali.. Begitu juga blog kita .. Jangan sangka popular menjaminkan kehadiran pembaca yang berterusan ... Saingan terlalu banyak di luar sana .. Jangan sampai kehilangan pembaca setia kerana merekalah medan pengiklanan kita paling berkesan !
Sekadar pendapat .. InsyaAllah ...
22 comments
ben,
BalasPadampembaca yang setia, that's the essence in blogging. but i believe, you'll always be one of those blogger yg ramai pembaca setia :)
oh sofia ingat part kuatkan entry je penting.. rupanya part curi pembaca pun penting kan :O alaaa
BalasPadamramai pembaca setia u la ben....tp xdak segmen dah la lps nih?hihihihi
BalasPadamthanx sudi kongsi strategi ni..saya dah nampak dengan lebih jelas lagi..
BalasPadamMOHD NASER.com
salam abg ben..
BalasPadamTak tahu kenapa, rasa sedih sebab terharu pula baca ..Apa yang saya nampak selama ni, abg ben seorang blogger yang selalu berkerja keras untuk diri abg ben & juga blogger lain..So, jgn risau.. InsyaAllah abg ben ada pembaca setia yg ramai kat luar sana yg sentiasa akan sokong abg ben ..
All the best to you :)
betul tu..thanks ben sebab sentiasa membantu. Jazakallah.
BalasPadampengalaman diri sendri jdkan contoh utk org laen..^_^...
BalasPadamthnx sharing...^_^
Promosi kat FACEBOOK eh Ben? Asal tidak tersasar dari landasan, sudahlah kan Ben... macam ada orang tu... ahaks... *ngata diri sendiri*
BalasPadamyes ben.....aku setuju ngan pandangan ko.....entry yang berkualiti lebih penting.....yang penting asli.....
BalasPadamthanks Abg Ben untuk info ni.. sangat berguna..
BalasPadamhttp://simpl3blog.blogspot.com/
tq abg ben kerana selalu kongsi tips2 yg berguna & naikkan semangat blogger2 lain untuk berblogging...:)
BalasPadam<--- pembaca setia kadang2 baca jer tak komen sebab sibuk,. sambil scan tengok skill hehehhee
BalasPadambukan senang nk curi hati dan masa pembaca setia ... apapun kita perlu letakkan target dan matlamat yg jelas dalam blogging.
BalasPadamTapi kalau blogging utk suka2 tak perlu semua tu ...
Susah jugak dunia blogging ni... bila idea dah kering dah jadi macam gelas yg pecah... terima kasih kerana abg ben sudi kongsi ilmu..
BalasPadamKlik Sini untuk melawat blog saya!
Ben you punye blog jangan risau ramai pembaca tiap kali aku online kat blog ko jumlah paparan x henti count up...mcm aku slow je kadang xde pon..aku dah buntu cara nak optimize kat blogger lain...OK sesiapa rasa nak jalan kat Hafiz Azrai Blog boleh datang sentiasa terbuka..jangan lupa tinggalkan comment dan tolong jadi follower sbb saya akan follow back
BalasPadamthanx bro Ben kerana sudi berkongsi ilmu utk kepentingan bersama. insya Allah segalanya dipermudahkan jika kita ikhlas membantu orang lain..
BalasPadamthanx share bang..
BalasPadamhttp://89shah.blogspot.com/2011/06/aq-sudah-memiliki-nama-dalam-dunia.html
terima kasih abg ben sebab kongsikan ilmu pasal strategi nieee.. :)
BalasPadamnak buat segmen : kenali abg ben la...boleh?hehe.. (mintak kebenaran nih)
BalasPadamas salam..
BalasPadamterima kasih berkongsi info =)
pengalaman lalu, dilupa jangan.antara yang menguatkan lagi natihajah diri.
owh .. gud luck abg .. semoga abg berjaya .. chaiyok2 .. tq =)
BalasPadamFasa terakhir = Autopilot mode.
BalasPadamBen pasti boleh! :-)
Entri terbaru (13PG): Logorithm's Wordless Wednesday #4
Entri Segmen Ben Ashaari (13SX): Jangan kau tipu aku!
Entri 13PG: Girl Housemates from Hell!