Perlu ke aku tamak ?
Kadang kadang aku rasa bersalah .. kenapa ? Bila sesuatu yang aku tau tu , aku sembunyikan .. Bukan apa , bila aku cerita atau khabarkan , maka akan ada yang kata aku berlagak ... Tapi bila aku kongsikan pulak , maka ada yang akan pijak kepala aku semula ..
Ada seorang rakan bagitau , seorang guru silat takkan ajar kesemua ilmunya kelak risau akan bersilat semula dengannya .. Pergh... Betul gak kan ? Tapi berbeza dengan dunia blog ni ... rezeki masing masing .. Cuma cam aku bagitau dalam entri aku INI.. Bila mula bersaing , tiada persaingan sihat berlaku .. pasti akan ada mula menikam dari belakang .. Walaupun dalam dunia blog !!
Hurm... tapi bila aku habis baca buku tulisan Bob Lokman , aku kembali ke dunia nyata.. Semua itu cumalah dunia saja ... Apakah yang kita cari di dunia ini ? Sehingga sanggup berbalah balah ? Berbaloikah ?
Jadi aku berpegang .. rezeki aku milik Allah .. jika itulah yang Dia beri , maka aku amat bersyukur.. sekurangnya aku tak perlu mengemis lagi untuk mendapatkan sesuap nasi.. Aku tak perlu mencuri untuk membeli roti ..
Namun aku tetap berhati hati.. Risau pisang berbuah berkali kali..
11 comments
bla rezeki yg ada tu kte kongsi2kn insyaAllah ada keberkatan di situ, begitu juga dgn ilmu :)
BalasPadam&berhati2 itu amat perlu
alangkah indahnya bukak ladang pisang kalau betul pisang berbuah berkali-kali... jimat kos... hahaha...
BalasPadamEntri terbaru:
1. Serius Cute Giler Video si Selena Gomez Terkejut Jumpa Shia LaBoeuf
2. Budaya "I FOLLOW U, U FOLLOW ME BACK"
*berfikir*
BalasPadam:/
Ilmu itu akan lebih berkat jika dikongsi bersama. Orang kedekut selalu rugi, bagai anjing dgn bayang2. Orang jahat akan dibalas jahat. Kepada Ben, optimis dlm apa yg anda lakukan! EDtv menyokong anda!
BalasPadamapa yg dikatakan itu benar2 semua! arisha sokong 100% :))
BalasPadambab silat tu gua pernah dengar : Kalau guru silat ada 10 kehebatan , dia akan ajar 9 sahaja kepada anak murid , agar jika anak murid cuba membolot takhta atau kuasa , die masih ada " 1 lagi kehebatan rahsia " . Sebab tula kehebatan silat makin berkurang . dari 10,9,8,7, dan berkurang satu demi satu .
BalasPadamkdg2 niat kita ikhlas nak kongsi apa saja untuk kebaikan & manafaat pd org lain tp penilaian org pula berbeza.. Guna konsep tak mati dgn ckp orang, tak hidup dgn pujian orang. Simple kan??
BalasPadamWARDINA MAHU SAMAN BLOGGER
TAK BERAT KE BAWA BABY DALAM PERUT?
kadangkala kita ikhlas berkongsi ilmu.tp manusia ni mudah lupa daratan,bila dah berjaya bkn mengenang budi pun ben.ramai yg mcm tu
BalasPadamOk... memang tak paham macam mana blh pijak kepala dlm dunia blog... boleh ke org tikam kita drpd blakang dlm blog? bukankah blog cuma tempat berkongsi cerita n sedikit buat duit kot.. ciput... Maafkan saya kalau tak paham sbb masih baru dlm dunia blogging ni... tapi kalau abg ben sudi kongsi pengalaman supaya blogger baru mcm saya utk paham saya bersyukur sgt... guna nama samaran ke.. apa ke... agar kami boleh mengambil pengajaran... :)
BalasPadamAda benda yang perlu kongsikan. Ada benda kita tidak perlu dikongsikan. Teliti baik dan buruk dahulu sebelum ingin dikongsikan .
BalasPadamhope pisang tak berbuah berkali-kali la ye...
BalasPadam