" Kau yang EGO atau aku yang EGO ?? "

by - Isnin, Jun 27, 2011

 

Ego adalah bahasa latin bermaksud self-esteem atau harga diri. Ego dibahaskan dgn mendalam dalam ilmu psikologi di Barat. Tapi dalam bahasa harian Islam atau ilmu tazkiah nafs (tasawwuf syar' iy) , EGO bermaksud takabbur.

Takabbur bermaksud merasakan dirinya lebih tinggi dari orang lain. Dalilnya: azZumar: ayat 72 (sejahat-jahat tempat kediaman kalian ialah simutakbbirin (orang yg besar diri)

Ego si lelaki selalunya dikaitkan dengan kekerasaan dan sifat tidak bertimbang rasa kepada kaum hawa. Lelaki merasakan dirinya lebih mulia dari perempuan. Ia juga dikatakan male ego atau machoisma atau sifat macho lelaki. Cth: lelaki enggan melakukan kerja-kerja rumah, semuanya dilakukan oleh isteri.

Ego pemerintah ialah sifat zalim dan menafikan hak rakyat dan memandang hina kepada mereka. Cth: sifat kebanyakan pemimpin diktator.

Dengan bahasa mudah, EGO ialah sombong.

1. Ujub

seseorang merasai ajaib atau kagum dengan kehebatan dirinya.
Dalilnya: dalam perang Hunain, tentera Islam tewas pada pusingan awal kerana tentera Islam merasa ujub dengan bilangan mereka dan kejayaan mereka membuka kota Mekah. Lihat atTaubah: ayat 25

3. Riak

Riak pula menyerang keikhlasan dalam beribadah. ia merosakkan ibadah, Dalilnya: surah al-Maun (107: 4-7)

Takabbur/ego, ujub dan riak nampaknya sama saja di sisi ilmu tasawwuf. sebab ia semua merosakkan hati dan amal.

(Ref: al-Islam oleh Prof Hasbi asSiddiqiey, PT Rizqi Putra, Semarang, Id. Penawar bagi Hati oleh Syaikh Abd Qadir alMandeeli, Jahabersa)

sumber : al-Ahkam.net

Dalam dunia blog.. cuba kita lihat setiap hari ... ada saja entri yang menarik untuk dibaca ... tapi bila kita baca entri tu , ada saja mereka asyik menuding kesalahan orang lain dalam tak sedar seolah mereka saja yang betul ..

Mmg betul tujuan adalah untuk menyedarkan pembaca .. tapi bagaimana pula dengan diri sendiri ? Contoh bila bab isu artis .. Fasha Sandha yang berbikini .. Berapa ramai wanita kita yang 'berbogel' setiap hari ? Berapa ramai pulak lelaki mencuci mata walaupun kata tak nak lihat tapi bila tengok macam nak telan je perempuan tu ? Tapi yang kita menulis , kita tujukan saja pada artis tu ... hurm...

Cakap pandang pandang... Fikirkanlah sebelum menulis.. Mana tau ,itulah tulisan kita yang terakhir ... dan tulisan kita itulah yang ditinggalkan untuk dijadikan 'saham' kita.. Cuma untung atau rugi saja kesannya ..

You May Also Like

8 comments

  1. suka ayat2 yg akhir tu.. byk memberi kesedaran.. kira mcm bila kita tuding jari kepada seseorg sebenarnya 4 jari lagi ke menuding ke arah kita..

    BalasPadam
  2. pendek kata,jangan menuding jari kar orang lain.
    :)

    BalasPadam
  3. AYat last tu menusuk kalbu hu3..

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, moga membuka mata kte semua :)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, moga membuka mata kte semua :)

    BalasPadam
  6. So?penamatnye semua pon kene berenti biat entry cmtu.masing2 nk men tembak2 sampai abes pon tak sudah,ye tidak?kekadang enry yg kite buat kite rase bg nasihat,rupenye.secara tak.sedar sebanarnye entry menembak.hehe so org terase,pastu tembak balik,smpi sudah x abes

    Guwa seronok tgk nara,oh media sume,senyap je takde men tembak2,duk kt atas je,cmtu gak zack,eqbalzack.

    BalasPadam
  7. @nazirulhazwan~ hehe.. terpulang pada masing masing ..

    sapa kata diorng tak kena ? diorng dah bertahun dalam dunia blog .. malas nak layan ..

    Pengalaman mematangkan mereka ..

    BalasPadam