Dapur Tanpa Sempadan...

Khamis, 30 Jun 2011

Lagi dari buku itu ..

 

Grr.. patutnya hari ni aku ke Taman Warisan , Putrajaya .. Tapi bila aku dpt tau sapa yang wakil bersama unit aku , aku terus M.A.L.A.S !  Hahaha.. aku rela duduk dlm opis dan buat keje dari tengok muka dia.. huh .. Tak baik tau nyampah kat orang .. huhu.. Astaghfirullah al'azim..

Disebabkan aku nak g Taman Warisan tu , maka aku keluar awal ari ni.. Sebelum matahari terbenam aku keluar.. eh sat.. kalau terbenam , kul 7 lebih petang kan ? Haa.. sesudah terbit matahari aku keluar.. hehehe.. kira dalam kul 7 pagi la aku dah naik erl gitu..

Dalam ERL dan LRT , aku menyambung baca buku Aku,Isabella dan Tok Kenali .. Hurm... Apa yang aku' nampak' , Bob Lokman gemar menggunakan perkataan TEMAN bagi mengantikan KORANG yang biasa kita guna... Kita tu maksud aku , penulis blogger amatur cam aku ni la.. Yang pro tu sahih tak gunakan .. hehe.. I segan uuu .. hahaha...

Ada sesuatu yang membuatkan aku tersenyum ketika membaca tulisannya tu.. Kalau diikutkan mmg banyak la.. tapi yang ni aku nak kongsi dengan korang .. Terpaksa aku taip semula ... Sori bro Bob.. Nak kongsi cerita dengan kawan kawan.. Promosi percuma gak ni .. hehe..

" Engkau lihat teman , bagaimana prinsip orang Cina berniaga.Mereka bermandi peluh dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan. Ilmu berniaga diperturunkan kepada anak-beranak , membina jaringan , serta tidak menipu kerana mereka mahu perniagaan ini panjang umurnya dan diwarisi.. Mereka dengan baju singlet dan seluar pendek , tetapi ribuan ringgi dalam saku seluar ..

Maka tidak pelik bangsa bermata sepet ini menguasai bidang perniagaan , malah keberadaan meeka di mana saja belahan dunia ini. Dubai ke ShangHai , Batam ke Delhi , Kanada ke Paris .. Mereka terselit di mana mana sehingga dikagumi oleh Dr. Samuel P. Huntington, penulis buku " The Clash of Civilizations' yang terkenal itu .

Bangsa kita ? Jika berniaga pisang goreng sekali pun akan bersaing untuk meruntuhkan yang lain dengan ilmu hitam malam jumaat keliwon , siap mengsengsarakan pesaing dalam dunia perniagaan. Aku menarik nafas panjang apabila mengenangkan liciknya bangsaku "

Hehehe.. begitulah 'kata-katanya' di dalam buku tu.. Dan banyak lagi yang menarik .. membuka mata aku walaupun tulisannya lebih santai dari aku.. hehehe ... I LIKE.. Sayang nak abiskan.. hahahah...

18 komen :

cik Ida berkata... [Reply to comment]

mendalam dan penuh makna.. nak beli gak la buku ni!! :)

niena shopping2u berkata... [Reply to comment]

yeee,, bangsa kita.. kalo agak2 tak laku dia berniaga, cari bomoh.. santau.. tu lah bangsa kte (tpi bukan semua)

Tok Kenali, mama cerita.. tiap pagi tok kenali akn ke bndar KB, teksi yg mana amik dia pgi tu.. InsyaAllah rzki melimpah ruah.

waN Mohd Salim berkata... [Reply to comment]

ahaksssssssss ape tajuk buku tu Bro .. nk beli gop

Awan Fantasia berkata... [Reply to comment]

hahaha..statement atas sekali buatkan say tersenyum..asallah mealyu jdi mcm tue?

Terkini :KEPUTUSAN PENUH MALAYSIA VS TAIWAN!!

Ujang9897 berkata... [Reply to comment]

moral of the story yang baca ni ramai blogger kan


bersaing la dengan sihat sesama kita..=)

fuuyooh berkata... [Reply to comment]

kalau kita melayu ni.. asal berniaga je..mulelah org berkata,

"eh.. mana kau dapat kawin kalau beniaga macam ni..ade masa depan ke.."

mak dan bapak pulak "kau belaja rajin2..dah besar nanti dapat keje bagus..gaji besar"

sbb tu melayu kita ni tak maju.. asyik harapkan kerajaan ajew..

MamaEma berkata... [Reply to comment]

melayu antara melayu punyai hasad dengki yg tinggi

tengkorakemas berkata... [Reply to comment]

hehe kenalah habiskan bro, boleh share lagi dan bagi inspirasi

AnAk dEneSor berkata... [Reply to comment]

betoi 2..knpe xde dlm sifat org melayu nk maju..nie asal tgk org lebih sket mula la nk dengki..huhu..menarik la buku 2..=p

LUNA LANUN berkata... [Reply to comment]

perkara tu dah lama bermain-main di fikiran... bilakah bangsaku ingin berubah?! sedih mengenangkannya bila melihat golongan anak muda bangsaku yang bakal menjadi pemimpin di masa akan dtg begitu rapuh jati diri mereka...

Entri terbaru:

1. Budaya "I FOLLOW U, U FOLLOW ME BACK"

azam berkata... [Reply to comment]

cukup menarik....
best lah....mana blh dpt?

O'gosh berkata... [Reply to comment]

sebab tu melayu mudah ditindas dan lambat maju..

NasZ berkata... [Reply to comment]

sifat saling berdengki itulah antaranya...dulu pernah kena..huhu..

MOHD NASER.com

mcm ni lah berkata... [Reply to comment]

kedai buku popular ade jual tak buku tu?

Fuhrer berkata... [Reply to comment]

Salam Abg Ben,

saya suka ayat ni..
" Engkau lihat teman , bagaimana prinsip orang Cina berniaga.Mereka bermandi peluh dan tidak mengharapkan bantuan kerajaan. Ilmu berniaga diperturunkan kepada anak-beranak , membina jaringan , serta tidak menipu kerana mereka mahu perniagaan ini panjang umurnya dan diwarisi.. Mereka dengan baju singlet dan seluar pendek , tetapi ribuan ringgi dalam saku seluar .."

Ayat ini telah dibuktikan oleh Ann Wan Seng dalam bukunya yang bertajuk Rahsia Bisnes Orang Cina.. mmg betul apa yg diperkatakan.. salah satu faktor kejatuhan bisnes orang melayu adalah tidak mahu bersaing secara sihat..

zuwaidah berkata... [Reply to comment]

kita boleh ikut cara mereka bekerja (cara bersaing) secara sihat, yg lain tak boleh ikut maaaaaaaaaaaa...dah biasa berkerja di kalangan mereka dahulu. memang terbukti!

Zainal berkata... [Reply to comment]

salam ben...

sedap la lenggok bahasanya..teringin gak nak beli...berapa RM arrr..???

Noniey berkata... [Reply to comment]

saya pun tersenyum bila baca..
membuatkan saya juga teruja nak mencari buku ni ...bagus membaca dapat tambah ilmu, bercakap pun nak kene byk ilmu..

Related Posts with Thumbnails

Peringatan



Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal .

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI