Best ! Anak anak pasti enjoy bila berada di sini. Dengan suasana semulajadinya , pasti membuatkan membuatkan sesiapa saja berada di sini , teruja dan turut sama mengambil bahagian apa saja aktiviti yang ada di Farm In The City.
Terletak di Bandar Putra Permai ,Seri Kembangan ini , Farm In The City mengenakan bayaran berpatutan pada setiap pengunjungnya. Bagi warganegara yang mempunyai MyKad , hanya RM32 seorang dan kanak-kanak pula cuma RM27. Bagi yang tiada MyKad , RM48 bagi dewasa dan kanak-kanak ialah RM38. Ok je la kan ? Haaa.. Buka setiap hari kecuali Selasa melainkan cuti sekolah bermula dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang.
Tak susah pon nak ke sini. Kalau Waze , confirm jumpa. Hanya 20 minit dari Kuala Lumpur je pon. Apa yang menarik di sini ? Ok.. ada banyak bahagian atau sektor di sini. Ada Tortoise & Tutle Farm , Reptile Cavern , Bird Aviary , Savannah , Pet Village , Jungle Walk , Twilight Creatures , Exhibition Hall , Kampong Mahmood , dan Vegetable & Fruit Farm. Program-program khas useperti Educations Tours , Internship Programmes , Free & Easy , CSR Event , Product Launch , Volunteers juga boleh dibuat di sini.
Secara jujurnya... korang akan hilang stress bila berada di sini.. Boleh join aktiviti seperti Longkang Fishing , Pony Ride , Raccoon Feeding dan banyak lagi ! Tahap kebersihan , tip top ! Qhaliff dan adik adiknya, tak kena gigit nyamuk langsung ! Haaaa... Sesungguhnya tempat ni memang terjaga. Maka , jangan berkira la bab harga tiket tu.
Menarik kan ? Banyak lagi gambar tapi.. aku biarkan rahsia ! Hahahaha.. Apa lagi ? Bagi yang tak gi mana mana.. dan tak tau nak gi mana mana.. boleh bawak anak anak ke sini ! Belajar sambil bermain dengan alam semulajadi.. Satu kenangan manis akan terpahat buat mereka.. dan kita !
Artikal berkaitan : Baca Jom bawa anak anda ke KL Tower Mini Zoo !
Artikal berkaitan : Baca Jom bawa anak anda ke KL Tower Mini Zoo !