Kenangan punya pasal di Discover Scuba Diving ! Haahahaha.. walaupun aku tau risikonya sebab pernah kena sekali dulu tapi aku tak nak lepaskan peluang merakamnya untuk kali pertama !
Dan gambar terakhir sebelum ianya terkulai layu , buat sementara ! Selfie bersama tenaga pengajar yang sporting !
Sony Xperia Z3 memang boleh masuk kolam renang tetapi bukanlah untuk jangka masa lama.. dan juga kalau tak silap aku juga , klorin yang tinggi mampu membuatkan skrinnya bermasalah selepas itu. Ada caranya untuk elakkan dari rosak seperti bersihkan dengan air paip selepas keluar dari kolam dan jangan guna dulu.. keringkan terlebih dahulu !
Dan pastikan cap usb tertutup rapi ! Dalam kes aku , aku rasa cap aku sebab kebelakangan ni dia agak mudah longgar ! Disebabkan terlalu kerap charging.. Nak charge kena cabut ! Tak nak cabut pon ok sebenarnya.. gunakan dock !
Haa.. yang bawah ni cara guna dock.. Untuk Sony Xperia Z2 aku , aku ada dock.. senang nak charge.. Letak jer..
Senang kan ?
Kalau tak nak guna dock gini atau cabut cap usb untuk charging.. korang leh guna Sony Xperia Z3+ atau pun Sony Xperia Z5 ! Hehehehe.. lagi mantap !
Gambar di bawah ni , menunjukkan perbezaan bahagian charging Sony Xperia Z5 yang berwarna putih dan Sony Xperia Z3. Walaupun terbuka , ianya tetap waterproof !
Nanti aku review Sony Xperia Z5 Dual lak eh ? Dan Sony Xperia Z3 , aku tak jadi nak jual.. hahaha… Kos repair tinggi.. sayang nak jual ! Boleh guna tu.. kasi kat Zahra nanti..