Selamat tinggal... itulah yang mampu aku ucapkan walaupun pertandingan DIGI WWWOW -BLOGGER OF THE YEAR masih jauh lagi untuk sampai kemuncak ..
Kenapa aku ucapkan selamat tinggal ? Sebab .. sebab ... aku rasa korang pon tau la sebabnya kan ? Hehehe ... tak kisah la apa pon sebabnya tapi yang penting , aku ada rakan yang senantiasa menyokong aku tak kira di kala aku jatuh dan juga aku naik ..
Cuma aku nak tau la kan ... berapa ramaikah yang teringin nak tengok aku menang dan berapa ramaikah nak tengok aku terduduk ? Heheh.. ramai gak kan ? Tapi yang mana satu ?
Ok.. ni bukan kempen simpati atau apa pon.. Sekali aku masuk , aku takkan undur diri ... aku akan terus berjuang sehingga diisytiharkan menang atau pon kalah .. Kalah menang aku bukan di tangan aku.. korang sendiri yang menentukan segalanya..
Samada korang tersenyum aku menang dan aku berkongsi kejayaan tu dengan korang ..atau korang tersenyum melihat aku tewas di tangan mereka yang lebih layak ... mana satu ,itu terpulang pada korang sendiri yang membaca entri ini ..
Apa yang aku tau , aku dh usahakan dari sejak mula.. aku hanya mampu membuang satu undi setiap hari... Selebihnya korang ler.. Setiap hari beribu pembaca masuk ke sini tapi berapa orang yang sudi mengundi ? Hehe..
Olololo.. aku bukan menagih simpati ler.. cuma aku tak nak korang tanya kat aku nanti , " Ben , camana boleh kalah ??? " .. sedangkan korang tau kenapa dan mengapakan ? Ini pertandingan berdasarkan undian sedangkan aku punya ramai rakan di FACEBOOK dan TWITTER .. Tapi berapa ramai yang sudi mengundi ?
Ye la.. aku tau laa... bz ..tak kisah la.. bukan rezeki aku pon sekiranya aku kalah.. yang penting aku berusaha kan ? selebihnya milik Allah .. Tak kisah la.. tapi sebelum kata begitu , nak tanya .. ada korang undi aku ? Bila menang , mengaku kawan .. bila kalah ?
Cuba lihat kedudukan terkini kat SINI .. dan korang nilailah sendiri yer .. Jika aku tidak layak , maka aku terima dengan hati terbuka.. Sesungguhnya kemenangan jika diumumkan nanti , sesungguhnya kemenangan itu adalah milik korang dan bukannya milik BEN ASHAARI .. kerana BEN ASHAARI cumalah pengantara saja.. dan membuktikan blog picisan atau blogger biasa cam kita semua mampu berjaya tak kira di mana jua.. Semangat juang blogger yang tak kira kenal putus asa walaupun dikutuk dan dicaci maki ..
Ehem... ok ? Kalau dah puas fikir .. dan aku layak .. tak perlu tunggu PRU , cuma klik SINI jer ... hari ini dan hari hari mendatang .. tak susah pon kan ? Rugi ? Fikir la sendiri yer ...