SEGMEN DITUTUP SUDAH !
Lama tak buat segmen eh ?
Dinasihati mereka yang ingin sertai segmen ini dengan niat semata -mata nak tinggikan trafik atau ramai follower , sila batalkan niat anda itu untuk menyertai segmen ini .
Tiada penyenaraian entri juga dibuat. Segmen dibuat atas permintaan. Terima Kasih .
Segmen ni adalah bertujuan mencari kenalan blogger-blogger yang baru buat blog selepas Ramadhan yang lepas . Mudah je nak join segmen ni .. Tutup tepat jam 11 malam ini ( 27hb September 2011).
Siapa yang layak join ? Siapa saja yang punya blog boleh join. Tapi sekali lagi diperingatkan , ini bukan segmen trafik atau follower. Ini sekadar berkenalan antara satu sama lain .. Ok ? Faham ? Tak faham , jangan join . Nanti jadi isu lak..
Apa yang perlu buat ialah , sediakan satu entri baru ..
- Letak logo ini di permulaan entri sebagai tanda penyertaan segmen ni ..
- Tajuknya : Jom Kenali Blog Saya dan linkkan ke entri ini .
- Beri latar belakang secara ringkas kenapa anda buat blog ?
- Jelaskan kenapa anda nak para blogger/ pembaca singgah ke blog anda ?
- Berikan 5 buah blog yang menarik yang mana anda pernah jumpa selama anda mengenali dunia internet ini .
- Impian anda terhadap blog anda ?
- Siap ? Tinggalkan url di ruangan entri ini .
Tu saja .. Senangkan ? Jadi segmen kali ini juga merupakan sebuah entri .. Tulis dengan menarik agar mereka tertarik ..
Inilah masa nak pikat pembaca baru anda .. Join , dan kunjungi mereka yang telah sertai segmen ini , jika punya kelapangan waktu. InsyaAllah .. Sekadar berusaha.
Selamat Bersegmen