Muhahaha .. tercengang cengang orang ramai yg lalu dpn booth dia termasuk la aku ngan wife !
Dari jauh serius nampak cam patung sbb tak bergerak sedikit pon .. Aku nyaris tertipu .. Muka dah cerah.. Susuk badan dh mmg mcm patung cuma yg buat aku syak , dia pakai spek hitam !
Bila dekat , confirm manusia sbb tgk tgn dia dan kuku .. Ramai tergelak tgk aksi cool bro patung tu ..
Mcm mcm ragam manusia tadi di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Dah yg pasti ada jual murah dan ada yg tidak !
Kopiah yg sama jenis ni , di booth biasa , harganya cuma RM15 .. Cer tgk harga yg di jual dlm kedai tu .. hehe .. Mmg sama jenis dan kain.Aku dah pegang dan pastikan sblm buat entri ni . Takut jadi fitnah. Tp tak tau la kot ada gred gred kopiah jenis ni atau ada yg reject ..
Wallahualam ..
Perghh.. memang sesak giler .. Qhaliff takkan rasa semua ni hingga dia umur 13 tahun !! Hahaha.. tamo bwk diaaaa ...
Ramai bwk baby yg dlm umur 2-3 bulan pon ada .. Perghh .. mmg brutal laaa .. Qhaliff , mak aku jaga jap kat umah ..
Gambar satu .. Kesan dari jammed mati .. Dan yg kedua , skg aku kat Chow Kit .. Nak g Jalan TAR .. jammed !!
Aduss .. sempat update satu entri aku ..
Call mak aku tadi .. Dia kata sedang siapkan kari ikan bawal . Teringat aku sapa yang nak sangat makan kari ikan bawal ni .. Pastu nak g hantar pulak .. Pergh.. Kalau dekat tak pe la.. Ni confirm nak harung jammed nun kat area Ampang , Melawati tu lagi ..
“ Kita tak perasan mak bapak kita berkorban byk perkara hanya kerana kita tp kita sering perasan bila mereka gagal penuhi kehendak kita.. “
Itulah bunyi tweet aku selepas berborak jap ngan mak aku tadi.. Mak mana sanggup dengar anak cucu teringin makan itu ini kan ? Selagi terdaya , mereka pasti akan usahakan ..
Tapi anak pulak ? Berapa ramai sanggup utamakan mak ayah mereka terlebih dahulu berbanding diri mereka ? Boleh kira ngan jari ..
Hurm .. Dunia ni bulat .. Segalanya akan kembali pada kita ..
Amboi amboii .. dapat aircond , lenaaaa tidur ehh .. Tak pe la dik .. Nanti umah baru kita pasang aircond banyak banyak ehh .. Tidur la pueh puehhh noooo ..
Adegan di atas berlaku di opis wife .. Qhaliff ikut sbb bekalan susu dah tiada dan yang ada pon untuk malam ni … Hehe .. Nak tinggal kat mak aku si Qhaliff tu sbb nak turun g Masjid India . Weee.. Terasa bahang Aidilfitri bila g sana . Bahang kepanasan , jgn cerita laaa ..
Nak cari songkok aku , baju Qhaliff , kopiah Qhaliff .. Ke pakai serban je Qhaliff ?
Entah selepas aku siapkan entri pasal rakan blogger yang sedang derita sakit kansernya ( rujuk SINI ), tiba-tiba mata aku jadi kabur. Segala apa yang aku pandang , nampak mcm ada dua .. Nasib baik wife tak de masa tu. Kalau nampak dua gak , sahih naya aku ..
“ Eh , ada dua bini aku .. “ . Bayangkan tersasul begitu .. Perghh.. Beraya aku sengsorang .. hahaha ..
Tapi serius wehh .. Aku tak leh nak tidur . Terlalu pening dan sengal segala sendi yang ada .. Aku tak tau apa puncanya. Tiba-tiba jer ..
Bila aku fikir fikir semula apa yang aku makan minum masa berbuka tadi , aku rasa aku bedal satu jug air tebu dan sebelum aku buat entri tu , satu lag jug .. Takkan air tebu kot ? Pernah la aku dengar bapak aku kata air tebu ni bisa . Takat mana bisa tu , aku tak pernah la tau .. Cuma orang ada diabetis tak leh minum.. Tu kata bapak aku yang takde sijil kedoktoran la ..
Aku mmg dah tak larat dah .. Mengucap dah masa tu . Kot innalillah terus .. Mana la tauuu .. Tiba-tiba bantuan datang ..Tapi bukan geng Wonder Pets laa .. Dan alhamdulillah , aku dapat tidur dengan lenanya selepas itu dan jaga dengan segarnya walaupun ada gak terhoyong hayang .
Insaf dah nak berlebihan ! Tamo tamo tamooo ..
Disebabkan stok susu ibu takde , maka terpaksalah Qhaliff ke pejabat bersama ibunya dan meninggalkan daddynya di rumah keseorangan yang menunggu masa untuk tidur ! Hahaha.. Rehat la sat nooo ..
Alhamdulillah , sejak kebelakangan ni , jarang sangat la dia nak wat hal bila keluar .. kecuali masuk time tidur n lapar.. Tu dia start enjin laa .. Selain dari tu , dia cool .. Usung la mana sekali pon .. Dia sendiri pon suka dari lepak rumah tengok muka daddy dia yang dok bizi mengupdate blog tu haaa .. kan kan ?
“ Eleehh .. ada gak nak kena sunat niii “..
Kul 12 tengahari , baru g amik semula. Katanya half day ari ni .. Waaa .. Yeker ? Ni yang aku nak masuk keje semula ni tapi masuk time nak raya la.. Takde orang .. Rindu laa suasana kat opis time nak raya ni .. Kenapa ? Sebab sunyi sepi dan aku boleh pasang lagu kuat kuat kuat .. Apa da hal kan ? Tapi , aku lagi suka suasana aku skang ni haaa.. Daamaaii .. Tak perlu jadi tukang angguk dah .. hehe ..
Ok ok.. Tamo cita panjang .. Tidur jap .. Kang nak settle keje lain lain .. Qhaliff , jaga ibu .. kang ibu tidur kat opis tu …
Kali pertama aku jumpa Jai Ramlee di satu event apa tah kat Jalan Ampang .. Terus terang , aku tak kenal dia masa tu tapi dia menegur aku dan berbual seolah olah dah kenal lama .. Sejak tu , setiap kali jumpa pasti bertepuk tampar punya ..
Tapi jauh dilubuk hatinya , dia sembunyikan sesuatu yang mana sukar kita nak nampak .. Aku mengetahuinya dari seorang rakan blogger yang menceritakan mengenai penderitaannya pada aku. Simpati. Pernah juga aku nasihatkan dia tapi .. hurm ..
Perkembangannya aku selalu ikuti dari rakan dan juga bertanya khabar setiap kali berpeluang berbual di FACEBOOK .. Dia mmg bijak menyembunyikan penderitaannya hinggalah satu hari tu , aku bersua dengan dia di event Dutch Lady dan kepala dia dah botak .. Aku dah syak sesuatu tapi aku tak sampai hati nak tanya. Aku saja layan untuk hiburkan hati dia dan tak nak bukak cerita pasal kesihatan dia takut dia terasa ..
Hurm … hinggalah semalam , aku ditarik masuk ke satu group rahsia yang dibuat oleh bro Eyriqazz dan aku terkejut membaca beberapa kenyataan di situ ..
“ Rasanya most of us dah tau tentang keadaan Je Jai kan? Lung cancer, stage 4... last time jumpa dia berbuka puasa di Cititel Hotel, dia kasitau dia dah mula muntah2 darah...Saya,AE, dan Kak red ada usulkan utk buat blog post mohon sumbangan utk membantu dia,tapi ditolak ..Katanya biarla people tak tau keadaan dia..Last time masa dia bantu projek Celcom ,saya hulurkan duit, menitik air matanya..Katanya...Aku tolong ikhlas...Sebagai kawan... “
Terkedu .. Dia tak nak menyusahkan kawan kawan dia tapi tapi rakan rakan dia tetap nak bantu dia .. Korang leh baca dengan lebih lanjut di blog Eyriqazz ..
Sama sama kita doakan bro Jai ..
“ Ya Allah , jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya “ .
Kuatkan semangat bro Jai !
Huh ! Jeleskah ? Apa kes lak nak jeles kan ?
Apa cerita ni ? Alaaa .. aku malas la nak cerita .. Tapi dah korang paksa gak , aku cerita laa ..
Gini .. Tadi kat Alamanda , Putrajaya . Sedang aku dan wife beratur kat mesin ATM untuk mengeluarkan duit sebanyak RM 13 juta untuk membeli baju Qhaliff , tiba-tiba datang seorang gadis yang .. nak puji ke tak eh ? Kang wife jeles lak .. Ok la , datang seorang gadis lalu menyapa kitorang ..
“ Tanya boleh .. Ni Qhaliff ke ?? “
Aloooo .. Dia kenal Qhaliff dari aku ??? Huh ! Apa kes ni ?? Kes jeles ?? Apa barang .. Barang apa ? Barang kemas laaa .. Alahaii .. Dan Qhaliff seperti biasa , pemalu seperti kura kura . Nasib baik takde cengkerang dia nak masukkan kepala dia .. Jadi , dia buat muka masam dia ..
Boleh awek tu kata Qhaliff cute sangat ?? Alooo .. aku puas posing bagi nampak hensem abis , tapi Qhaliff gah dia puji .. huh ! Serius ! Pasni , Qhaliff tinggal sengsorang kat rumah ! Aku tak nak bawak dh dia .. Duk umah , jaga umah ! APTB !