Kata si NORFA NIR atau empunya blog http://www.norfanil.com/ ... dia kata " susah nak dapat pembaca setia.. blog baru hari ni 1 org je readers. huhu " ..
Susah ke ?? Hurmm... cari kat mana pembaca setia ni ? Dalam FACEBOOK atau ?? Main post je ? Pastu biar je ? Atau promosi kat mana mana blog atau web ? Atau rakan rakan ?
Sebenarnya tak susah nak cari pembaca setia ni .. Bagaimana nak tackle pembaca agar mereka menjadi pembaca setia tu yang susah !! Haa.. Bila dapat tackle pembaca , kita kena kekalkan mereka di blog kita .. Bagaimana nak kekalkan ?
Bayangkan eh.. Kita bukak sebuah kedai makan .. Kita hidangkan makanan yang sedap sedap .. Sehari , berapa kali mereka akan datang ? Sekali ? Dua kali ? Mereka datang , makan .. dan blah kan ? tu je ? Bagaimana nak kekalkan mereka lama lama kat kedai tu ? Haa.. dalam erti kata lain nak diorng lepak kat situ ? Jangan jawab kat aku .. korang pk sendiri eh ..
Aku tau.. ada yang akan fikir , buat apa nak diorng lepak lama lama kan ? Orang lain pon nak makan gak kan ? Kalau takde orang lain camana ? Biasanya tengah bulan.. Haa.. berapa ramai sangatlah nak datang makan kat kedai makan ? Jadi kalau nak untung pun mestilah dari mereka yang datang makan kemudian lepak lama sedikit terutama mereka yang masih bujang .. Caranya , pasang dvd , atau letak pekerja perempuan yang cun cun gitu.. haa... melekat la diorg sampai ke subuh ! Skit skit order .. skit skit order .. haaa... tu cuma contoh je...korang leh bagi contoh lain.. kan ?
Dalam blog , kena ada tarikan.. Tarikan utama ialah entri .. entri yang menarik yang membolehkan mereka datang berkali kali untuk membacanya .. Kalau korang baru buat blog , berapa banyak sangatkah entri korang ada ? Tak banyak kan ? Kalau tak banyak , nak buat apa ? Kasi banyakkan laaa... Kena rajin post...
Pembaca masuk blog nak baca entri korang.. bukan nak tengok gambar korang ... sesekali tu ok la... kalau dok tengok gambar je , apa yang menariknya kecualilah blog korang tu blog fotografi.. tu lain kes la.. ni aku cerita blog peribadi.. haaa...
Nak tackle pembaca untuk menjadi pembaca setia hanyalah melalui entri .. Apakah satu entri sehari mampu memikat pembaca agar menjadi pembaca setia ? Apakah kita mahu mereka datang sekali sehari ?? Cuba fikirkan ...