Ada baca entri aku yang lepas yang pasal BIN atau BINTI tu ?? Tak de ? Meh baca sini dulu (link) ..
Kalaulah aku datang begini.. baru patut dia tanya aku kan ?? hehehe .. Aku sendiri confius .. hahahha
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya’ dengan amalannya.
” kau , dah hari ker berapa dah?”
“aku dah 5 hari dah ni”
“esok aku raya (sunat syawal)”
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat ‘sapa lebih hebat?’.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما
يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : “..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya ” … barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda..” ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti’ itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a’lam.
3. Tindakan A’isyah ra yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka ini lah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana aisyah tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya’ban” ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad ‘Aayish al-’Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
” Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah “keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
25 Oktober 2006
(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007
Puasa Enam & Beberapa Persoalan Mengenainya
Oleh Ustaz Abdul Basit- http://abuanasmadani.com
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وصحبه أجمعين.
Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan. Ada puasa sunat yang bersifat mingguan (seperti berpuasa pada hari isnin dan khamis), puasa bulanan (tiga hari dalam sebulan) dan puasa tahunan (hari Arafah, ‘Asyura’ dan enam hari dalam bulan Syawal).
Puasa adalah satu ibadah yang besar keutamaannya. Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu’alaihiwasallam bersabda, Allah subhanahu wata’aala berfirman (dalam hadis Qudsi):
(( كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ؛ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ… وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ )) رواه مسلم.
Maksudnya: “Setiap amal manusia adalah untuk dirinya kecuali puasa, ia adalah untuk-Ku dan Aku memberi ganjaran dengan (amalan puasa itu).” (Rasulullah menjelaskan): “Demi Allah yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, nafas orang yang berpuasa adalah lebih harum di sisi Allah berbanding wangian kasturi.” [Sahih Muslim no: 1151]
Selain hadis di atas, terdapat banyak hadis lain yang menerangkan keutamaan puasa sunat.
Abu Said Al-Khudri ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللهِ بَعَّدَ اللهُ وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa satu hari pada jalan Allah, nescaya Allah swt menjauhkan mukanya dari api neraka selama 70 tahun”. [Sahih Al-Bukhari no: 2840]
Di antara puasa sunat ialah puasa enam hari pada bulan Syawal. Bersempena dengan bulan Syawal ini, artikel ini akan membincangkan tentang puasa sunat ini.
Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.
Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata: Rasulullah saw bersabda:
(( مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ)) رواه مسلم.
Maksudnya: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih Muslim hadis no: 1164].
Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.
Para ulama’ menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari di bulan Ramadhan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa 6 hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah swt maha berkuasa untuk memberikan ganjaran sebanyak mana yang dikehendaki-Nya.
Hikmah Puasa Sunat Enam Syawal.
Sebenarnya puasa enam hari ini mempunyai beberapa hikmah yang tertentu dari sudut kesihatan manusia itu sendiri. Puasa selama sebulan penuh di bulan Ramadhan antaranya menyebabkan sistem percernaan di dalam badan berehat seketika di waktu siang selama sebulan. Kedatangan bulan Syawal pula menyebabkan seolah-olah ia mengalami kejutan dengan diberikan tugas mencerna pelbagai makanan pada hari raya dan hari-hari selepasnya. Oleh kerana itulah, puasa enam ini memberikan ruang kembali kepada sistem pencernaan badan untuk berehat dan bertugas secara beransur-ansur untuk kebaikan jasmani manusia itu sendiri.
Selain dari itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah swt, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita di bulan Ramadhan ini kita teruskan juga di bulan Syawal walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana ia menjadi satu kewajipan tetapi kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersunguh-sungguh untuk taqarrub kepada tuhannya. Kerana itulah kata ulama’: “Betapa malangnya orang yang hanya mengenal Allah pada bulan Ramadhan, sedangakan pada bulan lain Allah swt dilupai”.
Hukum Puasa Sunat Enam Syawal.
Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari (pada bulan Syawal).
Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan (yang wajib hukumnya) padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.” [Syarah Sahih Muslim 8/56]
Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari Eidil Fitri dan kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah ra berkata:
( أَنَّ رَسُولَ اللهِ r نَهَى عَنْ صِيَامِ يَوْمَيْنِ: يَوْمِ الأَضْحَى، وَيَوْمِ الْفِطْرِ ) رواه مسلم.
Maksudnya: “Nabi saw melarang puasa pada hari (Eidil) Fitri dan (Eidil) Adha.” [Sahih Al-Bukhari no: 1991].
Bagaimana Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal?
Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib pada bulan Ramadhan.
Persoalan yang menjadi perbincangan di kalangan para ulama’ ialah:
1- Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?
Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Maka puasa enam tersebut boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal.
Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah swt:
] وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ [ [آل عمران: 133]
Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa.” [Surah Aali Imran:133]
2- Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.
Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya? Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.
Pendapat Pertama: Boleh melakukannya, berdasarkan dalil bahawa Aisyah radhiallahu ‘anha pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata:
( كَانَ يَكُونُ عَلَيَّ الصَّوْمُ مِنْ رَمَضَانَ، فَمَا أَسْتَطِيعُ أَنْ أَقْضِيَ إِلا فِي شَعْبَانَ. قَالَ يَحْيَى: الشُّغْلُ مِنْ النَّبِيِّ أَوْ بِالنَّبِيِّ r) رواه البخاري
Maksudnya: “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.” Kerana sibuk (melayani) Rasulullah saw. [Sahih Muslim no: 1146. Sahih al-Bukhari, hadis no: 1950, penjelasan "kerana sibuk melayani Rasulullah saw" ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin Sa‘id.]
Para ulama’ yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.
Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya, berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang telah dikemukakan di awal risalah ini. Hadis tersebut berbunyi: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”
Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya. Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.
Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Ini disokong dengan ayat 133 surah Aali Imran yang dikemukakan sebelum ini, yang menganjurkan kita untuk menyegerakan amal kebajikan. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra.
Menurut Imam An-Nawawi rh, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: “Qadha puasa Ramadhan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqadhanya adalah secara bertangguh (‘ala at-tarakhi), tidak disyaratkan qadha terus apabila boleh melakukannya”. [Syarah Sahih Muslim 8/22].
قال النووي في شرح مسلم: “وَمَذْهَب مَالِك وَأَبِي حَنِيفَة وَالشَّافِعِيّ وَأَحْمَد وَجَمَاهِير السَّلَف وَالْخَلَف: أَنَّ قَضَاء رَمَضَان فِي حَقّ مَنْ أَفْطَرَ بِعُذْرٍ كَحَيْضٍ وَسَفَرٍ يَجِب عَلَى التَّرَاخِي، وَلا يُشْتَرَط الْمُبَادَرَةُ بِهِ فِي أَوَّل الإِمْكَان.”
Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: “Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadhan, sunat dia mengqadhakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qadha Ramadhan melakukan puasa sunat”. [Mughni Al-Muhtaj 2/181 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut].
3- Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.
Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal. Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu?
Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’, sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.
Ada dikalangan ulama’ Syafi’iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Lihat: Hasyiah Asy-Syarqawi ‘Ala Tuhfah At-Tullab 1/428, cet, Darul Ma'rifah, Fatawa Al-Azhar 9/261 Al-Maktabah Asy-Syamilah]
Al-Khatib Asy-Syarbini berkata: “Jika seseorang berpuasa qadha atau puasa nazar atau puasa sunat yang lain di bulan Syawal, adakah dia mendapat pahala sunat (Syawal) atau tidak? Saya tidak mendapati pendapat ulama’ yang menyebut tentangnya, dan yang zahirnya adalah dapat pahala tersebut (pahala puasa yang diniatinya). Namun, dia tidak mendapat pahala sebagaimana yang disebut oleh hadis yang menerangkan tentang kelebihan puasa enam tadi, khasnya mereka yang tertinggal puasa Ramadhan kemudian berpuasa pada bulan Syawal. Ini kerana mereka tidak memenuhi maksud hadis tersebut (menyempurnakan puasa Ramadahan kemudian diikuti dengan puasa enam)”. [Mughni Al-Muhtaj 2/184 cet, Darul Kutub Al-Ilmiah, Beirut]
Setelah dikaji, pandangan ulama’ yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Qur’an dan al-Sunnah. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid). Wallahu a’lam.
Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya. Ini juga lebih berhati-hati (ahwat) dalam ibadat, serta melakukan ibadat dengan yakin adalah lebih utama (aula), kerana ada pendapat ulama’ mengatakan tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain.
Sebagai kesimpulan, puasa sunat semata-mata kerana Allah (bukan kerana sakit atau ingin berdiet) mempunyai kelebihan yang besar di sisi Allah swt dan sangat digalakkan oleh Rasulullah saw.
Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Puasa enam hari pada bulan Syawal ini pula thabit dari sunnah Rasulullah saw. Sepatutnyalah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada bulan Syawal.
Sempurnakan dahulu qadha beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa hadapan.
Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib diharapkan Allah swt akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya. Sebagaimana sabda Nabi saw:
(( إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيمًا صَحِيحًا )) رواه البخاري.
Maksudnya: “Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat” [Sahih Al-Bukhari no. 2834]
Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat. Aamin.
وصلى الله على نبينا محمد وعلى آله وصحبه وسلم تسليما إلى يوم الدين.
Abu Anas Madani, Pondok Sungai Durian.
04 Syawal 1429h- 041008
sumber : sini
NEW YORK: Mahkamah New York menjatuhkan hukuman penjara 86 tahun terhadap saintis Pakistan atas tuduhan cubaan membunuh pegawai Amerika Syarikat (AS) di Afghanistan, Khamis (waktu tempatan).
Hukuman penjara bagi kes berprofil tinggi itu menimbulkan kemarahan daripada pihak Pakistan.
Aaafia Siddiqui, 38, yang dikenali “Wanita Qaeda” di kalangan akhbar tabloid AS, didapati bersalah atas cubaan membunuh pegawai negara itu pada Februari lalu.
“Berdasarkan pengadilan saya Dr Siddiqui dihukum penjara bagi tempoh 86 tahun,” kata Hakim Richard Berman, yang menjatuhkan hukuman berat terhadap Siddiqui walaupun didakwa pernah mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda tidak dituduh atas dakwaan keganasan.
Susulan hukuman itu, aktivis Pakistan di Karachi, iaitu kampung halaman halaman Siddiqui dan Lahore membantah dengan mengadakan tunjuk perasan dengan slogan anti-AS. - AFP
sumber : Bharian
BA : Diorg tu suka suka jee cakap org tu jahat..orang ni jahat... diorng sendiri ??
Suspek utama nafi terbabit bunuh
Peguam dakwa 2 beradik tak diberi peluang pertahan diri sebelum direman
KUALA LUMPUR: Buat pertama kali semalam, dua beradik yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dibenarkan berjumpa peguam mereka dan dalam pertemuan itu mereka mendakwa tidak terbabit dalam kes berkenaan.
Peguam mereka, D P Vijandran, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya selepas beliau bertemu dengan mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, petang semalam.
Saya bersama dua rakan peguam dibenarkan berjumpa kedua-dua anak guam kami selama 15 minit dan dalam pertemuan itu mereka menafikan terbabit dalam pembunuhan kejam membabitkan empat individu termasuk seorang jutawan kosmetik.
Mereka mendakwa tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, katanya ketika ditemui di IPKKL, semalam.
Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.
Difahamkan, isteri kedua-dua suspek itu dibenarkan berjumpa suami masing-masing kira-kira 10 minit. Ini pertemuan pertama mereka sejak ditahan 11 September lalu.
Dalam pada itu, Vijandran turut menyuarakan rasa kesal dengan laporan akhbar sejak kejadian berkenaan yang disifatkannya berat sebelah, sedangkan kes itu belum pun dibawa ke mahkamah.
Selagi kes ini belum dibawa ke mahkamah dan sehingga hakim memutuskan siapa yang bersalah, anak guam saya tidak bersalah.
Sepanjang berada dalam lokap sejak dua minggu lalu, salah seorang anak guam saya juga mendakwa dia ditumbuk dan ditendang anggota polis sehingga cedera di belakang badan.
Malah, permintaan anak guam saya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan polis, katanya laporan polis mengenainya akan dibuat hari ini.
Sosilawati, 47, dibunuh bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, di sebuah ladang persendirian di Banting pada 30 Ogos lalu.
sumber : Bharian
PRESIDEN Iran, Mahmoud Ahmadinejad ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB sambil memegang senaskhah al-Quran dan Bible di New York. Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB, Ahmadinejad berkata hanya pegawai kerajaan AS yang percaya satu kumpulan pengganas menjadi dalang serangan terbabit yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia New York dan merosakkan Pentagon. - Foto Reuters
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memberitahu PBB bahawa sebilangan besar orang percaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab terhadap serangan 11 September 2001, menyebabkan delegasi AS meninggalkan persidangan sebagai tanda protes.
Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB, Ahmadinejad berkata hanya pegawai kerajaan AS yang percaya satu kumpulan pengganas menjadi dalang serangan terbabit yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia New York dan merosakkan Pentagon.
Katanya, satu lagi teori ialah "ada pihak dalam kerajaan AS merencanakan serangan itu untuk menaikkan semula ekonomi AS yang merosot dan mengetatkan cengkaman di Asia Barat bagi menyelamatkan rejim Zionis.
“Majoriti rakyat AS serta kebanyakan negara serta ahli politik di seluruh dunia bersetuju dengan pandangan ini," katanya pada perhimpunan 192 negara itu.
Delegasi AS dan beberapa negara Eropah meninggalkan persidangan tidak lama selepas Ahmadinejad membuat kenyataan itu. - REUTERS
sumber : BHARIAN
Betul tak tajuk aku tu ?? Hehe.. tajuk aku ni disebabkan cerita cerita melayu yang kebelakangan ni aku tengok la dan juga berlaku dipersekitaran aku.. hehe ..
Perempuan di zaman mudanya .. tu diaaaa ..begitu mengoda jiwa .. Dia punya manjaaa , luntur iman di dada .. Tu belum ada yang dok mengesel gesel cam kucing siam dok gesel kat betis kaki berbulu orang utan tu .. haa.. Kalau gesel gitu , aku jamin , ICU time tu gak !!
Adakah semulajadi anak dara 'mengada ngada ' gitu ?? Tapi bila dah meningkat usia , ilang la pulak ??? Adakah di zaman anak dara ni sebenarnya anak dara masih lagi berperangai kebudakan ? Bila kata budak , marah la pulak ???
Hurm.. mungkin tapi bukan dengan semua orang akan mereka mengada ngada kan ? Dengan mak bapak , atuk nenek , sedara mara ... kan ? Ngan bf ?? Jangan cari pasal yer .. Tunggu jadi suami .. baru boleh yer .. Lagi best gitu.. HALAL .. Auwww.. hahaha..
Nak ngada tu boleh la kot .. tapi bertempat la .. jgan dibuat selalu .. Lama lama menyampah gak lelaki .. kecuali lelaki yang dah berumur kot .. Lagi mengada anak dara tu , lagi sejuk hati dia.. hahaha.. suka benar memujuk eh ?
Cuma pada pendapat aku la kan .. Sebelum kawin , lelaki suka la jenis perempuan mengada ni.. pada mulanya .. Bila dah jadi hak milik ?? ... Sila bertanya pada yang berpengelamanan .. hehehe..
Adus .. ngantuk sbb layan Hindustan semalam .. camana ngan cerita tu ? nanti aku buat entri khas eh ..
Tidur aku jadi tidur tidur ayam jer .. Rasanya sbb mimpi hantu kot .. huhu.. Basuh kaki ?? Jgn kata kaki , dalam telinga pon aku basuh .. Kalau nak mimpi tu , mimpi je la .. nk kata apa dah kan ?
Smlm tu aku ke dapur .. nak gosok gigi dulu .. Terperasan wife aku keluarkan beberapa bijik epal hijau dan letakkan ditepi sink tu.. Terdapat banyak ekor semua merah yang kecik kecik dok melepak kat situ .. Hurm... Takkan epal hijau pun diorng minat ??? Aku basuh untuk melemaskan semut semut berkenaan .. Yang buat aku jadi pelik tu , epal hijau tu licin .. berminyak .. Menurut wife aku , diorg sapukan lilin kat epal tu agar nampak berkilat gitu ?? Hurmm.. tapi aku tak rasa lilin je kot sbb mampu mengundang semut merah ..
Aku harap la kan , pihak jabatan agama pantau juga buah buahan yang dijual di negara kita ni .. apakah bahan yang disapukan pada buahan buahan yang dijual dipasaraya di egara kita ni .. Diorang boleh kata lilin tapi kita tau ke kebenarannya ???
Aduh.. siannya.. tak tau la karier dia pasni camana .. Mesti orang takut nak amik dia dah kan ? Hmm... Jadi pelakon je la pasni .. hehe..
Aku cukup tak suka dengan kenyataan satu artikal di Hmetro berkaitan dengan satu artis bertudung ni .. Dia kata , bertudung tapi perangai cam jalang .. Lebih kurang gitu la bunyinya ..
Aku petik sedikit tulisannya yer ..
" Tidak tahu nak kata apa lagi, kepada artis wanita ini bawa-bawalah bertaubat atau tanggal sajalah tudung itu jika tidak pandai menjaga maruah diri serta menjaga imej wanita Islam kerana pemakaian tudung bukan untuk dipersendakan. "
Aku cukup pelik kenapa dikaitkan tudung dengan keperibadian seseorang wanita ?? Zaman sekarang ni , tudung salah satu dari cabang fesyen .. Kecualilah dia bertudung dan menutup aurat atas niat kerana Allah .. kerana agama ISLAM mewajibkan wanita menutup aurat ..
Dia menutup aurat .. dia dapat pahala.. dia buat jahat dia dapat dosa .. Dia buka aurat ..dia dapat dosa .. dia buat jahat , dia dapat jugak dosa.. Mudah bukan ?
Kalau benar seseorang wanita itu mengetahui tentang sebenarnya ajaran ISLAM , maka tidak akan wujud kemungkaran pada dirinya ..
Baca dan nilai sendiri ... ermm ..
MELIHAT penampilan artis wanita bertudung ini, takkan mungkin kita percaya ada sisi 'kejalangan' dalam dirinya. Tapi itulah hakikat sebenar dan SS sendiri tergamam apabila teman-temannya sendiri membuat pendedahan aktiviti kurang sihat artis wanita ini.
SS berikan sedikit bayangan mengenai profil artis wanita ini. Tidak begitu popular namun dikenali kerana dia pernah membintangi sebuah program realiti.
Berbalik pada gosip yang SS dengar, artis berperwatakan Islamik ini sebenarnya tidaklah sebaik mana. Iyalah, kalau dia perempuan baik takkan menyelinap masuk rumah lelaki bujang kot! Pergi malam buta balik siang pulak tu.
Curiga teman-teman dan orang sekeliling berganda, apabila mendapat tahu rumah yang dikunjunginya itu didiami lelaki tulen bukan golongan 'adik-adik'.
Lebih dahsyat, dalam masa sama dia ada pasang skandal lain juga dan sering mengunjungi rumah mereka mengikut kemahuan hatinya. Apa yang berlaku di dalam rumah, wallahualam SS tak pasti kerana tidak nampak. Tapi secara logik apabila pasangan lelaki dan wanita bukan muhrim berdua-duaan takkan syaitan tidak berbisik untuk melakukan perkara terkutuk itu. Tidak mungkinlah bersembahyang tahajud bersama kan? Bagaimanapun, teman-temannya mengesyaki dia sudah melakukan sesuatu kerana selain bentuk badan nampak perubahan macam orang sudah berkahwin, mulutnya memang ringan kalau bercerita pasal seks, siap cerita skil-skil lagi.
Bongok! itu sajalah perkataan yang terlintas di fikiran SS buat masa ini. Tidak tahu nak kata apa lagi, kepada artis wanita ini bawa-bawalah bertaubat atau tanggal sajalah tudung itu jika tidak pandai menjaga maruah diri serta menjaga imej wanita Islam kerana pemakaian tudung bukan untuk dipersendakan.
Bertudung bukan sekadar menutup aurat, pemakaian juga harus dijaga. Bahkan pertuturan dan tingkah laku mestilah seiring dengan imej yang dibawakan barulah orang 'respect' kepada wanita yang berpenampilan sebegini.
Kalau mulut asyik bercakap benda tidak baik, pakai baju pun sendat dan menjolok mata tak payah pakai tudung lagi baik.
Sumber : SS
BA: Pernah dengar alasan seorang gadis tak nak pakai tudung sbb berperangai seperti lelaki .. hurm.. Menutup aurat itu wajib bagi wanita dan juga lelaki ...
Sbg lelaki , aku terus terang .. mmg tertarik pada wanita cantik .. Sapa tak tertarik kan ? Malah ada perempuan yang tertarik pada wanita cantik.. Cantik tak semestinya seksi dan seksi tak semestinya cantik .. kan ?
Tapi lelaki mmg gitu .. amat mudah tertarik pada kecantikan .. Walau bagaimana pon perempuan kena sedia maklum , bila lelaki suka tu tak semestinya nak .. Lebih pada nak tengok jer .. Sekadar cuci mata .. Tak salah bukan .. Bak kata orang , dari mata sampai ke tengkuk je.. " Wow" ..Cukup.. Jangan sampai ke hati ..
Bila dah sampai ke hati tu selalunya jadi masalah .. Lelaki yang suka cari masalah ni mmg jenis brutal .. Kira berani buat berani tanggung .. Tak kisah apa apa dah , janji kemahuannya tercapai.. Kalau dia dah berkenan dengan perempuan tu , tak kira dia dahberisteri atau pon perempuan tu dah berlaki , segalanya ditolak tepi.. Biar nafsu menjadi raja.. Kelak terduduk baru nak garu kepala. Akhirat ?? Hurm..
Perempuan atau lelaki.. cantik dan kacak .. tak kekal mana pon .. cuba tengok Azhar Sulaiman .. Eizlan Yusof .. ramai lagi hero hero lama .. mana pergi kacak diorg ? Makin gugur rambut lagi ada la.. Sama gak perempuan .. Mana pergi cutting body ala ala supermodel ?? Terpaksa makan itu ini untuk mendapatkan badan seperti dulu tapi sayangnya .. Yang lepas takkan kembali.. Yang boleh muda cuma hati dan nafsu jer .. Badan makin lama makin kembali ke pemilikNYA ..
Entahlah .. kalau kata aku tak tertarik pada perempuan cantik tu , tipu la .. tapi bila dipikir pikir semula .. Untuk apa ??? Sampai bila ?? Aku mati nanti pon , diorng pasti cari lain .. kecik sangat la jumlahnya jika membujang sampai ke tua .. hehe ..
Sama gak perempuan .. cuma kadang kadang ayat lelaki ni boleh buat perempuan tinggal segalanya untuk menurut kata nafsu .. Besar bilangannya .. Lelaki , masalahnya ada 4 kuota .. Bab ni mmg lelaki akan gunakan kelebihan tu.. Samada mampu atau tidak , majoriti lelaki akan menolak ketepi bahagian tu .. asalkan dapat !
Entahlah .. mmg besar dugaan Allah pada lelaki .. Kelemahan lelaki hanyalah wanita .. Bukan $$ ... Kalau $$ pon , adalah semata mata untuk pikat atau puaskan wanita ... haih...
Pi mai pi mai ... ke kubur gak.. samada bernesan atau tidak jer .. Wallahua'lam..
Hehe.. lama tak layan citer Hindustan .. haha.. Asyik layan cerita omputih ngan melayu jer.. korea pon lama dah tak tengok..
Jadi malam ni nak berjimba dengan wife.. layan hindustan lak... Aku pasti aku akan tengok sorang sorang selepas setengah jam cerita ni dipasang ! Dah biasa dah !!!
Aku tak sangka.. aku ingatkan segalanya dah berakhir.. namun , segalanya berubah.. berubah dengan tiba-tiba..
Aku cuba mengenepikan perasaan aku ini pada dia tapi entah , aku tak mampu... Secara tiba-tiba , dia datang kembali .. kali ini berbaju kurung kuning raja.. Sungguh anggun sekali .. dibawanya cenderahati yang amat amat aku nak ..
Walaupun aku dah ada ..tetapi aku tak boleh mengelakkannya dari memadukannya .. Haih.. kena la terima hakikat .. sesungguhnya aku telah jatuh cinta sekali lagi .. dan berkali kali lagi..
Biarlah mereka nak kata apa pon .. Namun aku tetap sayangkan dikau wahai BUFFERED ... Bawaklah semua rakan rakan kau.. nanti aku belanja aiskim magnolia satu eh ...
Kalau benar ini BE .. terima kasih ye NUFF.. I love u laaahh.. hahahaha
Bayar PTPTN melalui potongan gaji dijangka bermula 2013
SINTOK: Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui pemotongan gaji dijangka hanya dapat dilaksanakan pada 2013.
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini kerana pelbagai kajian serta rundingan perlu dilakukan demi kepentingan semua pihak sebelum ia dapat dilaksana.
"Apa yang disiarkan media mengenai pemotongan gaji bermula Jun 2011 adalah salah kerana pada tarikh itu kita jangka rundingan mengenainya baru selesai.
"Selepas rundingan itu selesai pertengahan tahun depan, kita kena bentang pada Kabinet dan pinda undang-undang bertepatan sebelum melaksanakannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata walaupun pada dasarnya kerajaan bersetuju dengan kaedah mewajibkan bayaran balik pinjaman itu secara potongan gaji melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun masa yang sebenarnya belum ditetapkan.
sumber : Hmetro
SENTUHAN pengarah antarabangsa, M Night Shyamalan terhadap filem genre thriller sering menangkap minat ramai penonton.
Filem lalu seperti The Sixth Sense (1999) dan Unbreakable (2000) antara karya terbaik yang melonjak namanya di pentas Hollywood.
Bagi peminat filem genre sebegini, Shyamalan kembali dengan filem baru, Devil, mengangkat kisah lima individu terperangkap dalam lif. Memberi klimaks, keadaan menjadi panik apabila lampu terpadam hingga antara mereka menjadi mangsa bunuh secara tiba-tiba.
Menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Geoffrey Arend, Bojana Novakovic, Bokeem Woodbine, Jenny O'Hara dan Logan Marshall-Green, Shyamalan berusaha membawa tarikan baru pada penyampaian plot yang dianggap klise pada genre sama yang pernah ditayangkan sebelum ini.
Jika dilihat pada kritikan yang diterima, filem arahan John Erick Dowdle ini masih mampu memberi kejutan pada penonton. Malah, ketakutan pada penonton dirasai apabila wujudnya pembunuhan dan siasatan mempercayai ada unsur syaitan yang mengganggu.
Melalui filem baru naskhah ke-11 yang ditulis Shyamalan berkata, idea menghasilkan filem ini hadir ketika mencari idea filem yang lalu. Lalu, apabila ada idea berbeza, dia berhasrat mengarah filem baru.
"Idea menghasilkan filem baru secara berkumpulan dan belajar daripada pengalaman orang lain memberikan pengalaman menarik yang dikongsi antara produser filem.
"Ada ketika, tiga idea hadir serentak tetapi ia tidak semestinya diterbitkan dalam versi trilogi. Ia mungkin boleh menjadi kisah bersiri pada masa akan datang.
"Seperti filem ini, ia suatu yang normal dikaitkan dengan elemen luar biasa atau ghaib. Kali ini, saya bekerjasama dengan Dowdle yang memberikan hasil cukup mengagumkan.
"Dalam menghasilkan filem ini, idea saya tidak hanya bergantung pada lif untuk menarik perhatian penonton. Saya tertarik dengan elemen fobia yang berlaku apabila kita berasa takut di sesuatu tempat.
"Menariknya, ketakutan bukan daripada individu itu tetapi tempat yang menjadikan suasana menjadi seram. Ketika penggambaran, memang banyak masa digunakan untuk pelakon berada di dalam lif.
sumber : HMETRO