USA buat lawak antarabangsa lak ..

by - Jumaat, September 24, 2010

 

image PRESIDEN Iran, Mahmoud Ahmadinejad ketika berucap pada Perhimpunan Agung PBB sambil memegang senaskhah al-Quran dan Bible di New York. Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB, Ahmadinejad berkata hanya pegawai kerajaan AS yang percaya satu kumpulan pengganas menjadi dalang serangan terbabit yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia New York dan merosakkan Pentagon. - Foto Reuters

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memberitahu PBB bahawa sebilangan besar orang percaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab terhadap serangan 11 September 2001, menyebabkan delegasi AS meninggalkan persidangan sebagai tanda protes.


Dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung PBB, Ahmadinejad berkata hanya pegawai kerajaan AS yang percaya satu kumpulan pengganas menjadi dalang serangan terbabit yang meruntuhkan Pusat Dagangan Dunia New York dan merosakkan Pentagon.

Katanya, satu lagi teori ialah "ada pihak dalam kerajaan AS merencanakan serangan itu untuk menaikkan semula ekonomi AS yang merosot dan mengetatkan cengkaman di Asia Barat bagi menyelamatkan rejim Zionis.

“Majoriti rakyat AS serta kebanyakan negara serta ahli politik di seluruh dunia bersetuju dengan pandangan ini," katanya pada perhimpunan 192 negara itu.


Delegasi AS dan beberapa negara Eropah meninggalkan persidangan tidak lama selepas Ahmadinejad membuat kenyataan itu. - REUTERS

sumber : BHARIAN

You May Also Like

3 comments

  1. sikap yang patut ada pada setiap pemimpin.
    Amanah Allah diutamakan.
    Kesederhanaan menjadi pilihan.
    Semoha revolusi2 yg melanda negara kini akan melahirkan ramai lagi pemimpin islam acuan al quran.

    BalasPadam