Ular tedung di stadium tenis Sukan Komanwel

by - Isnin, September 27, 2010

 

NEW DELHI: Penangkap ular di New Delhi mengalih seekor tedung dewasa dari pusat tenis yang baru dibina untuk Sukan Komanwel minggu depan.


“Kami diminta penganjur kejohanan untuk membantu menyelamatkan ular yang dikesan di Stadium Tenis RK Khanna," kata Kartick Satyanarayan, ketua kumpulan pwerlindungan haiwan Wildlife SOS India.

image

Semalam, Pesuruhjaya Tinggi Afrika Selatan, Harris Mbulelo Mejeke, mengadu bahawa seekor ular ditemui dalam bilik atlet negaranya di perkampungan sukan itu.

“Jika ular ditemui maka kami tidak boleh meminta pasukan kami tinggal di sana. Ia adalah satu ancaman kepada nyawa atlet kami," Mejeke memberitahu pemberita sebelum memasuki perkampungan sukan itu.
Temasya sukan itu diselubungi pelbagai masalah, iaitu dari penginapan atlet yang tidak sempurna hingga ke aspek keselamatan, termasuk penularan wabak denggi serta insiden jejantas runtuh minggu lalu. - AFP

You May Also Like

2 comments

  1. event belom start tapi dah byk masalah..baik cabut je,bubarkan terus..huu

    BalasPadam
  2. Dah melampau ni....boleh membahayakan nyawa atlet...!

    BalasPadam