Saya tak bunuh mereka ??

by - Jumaat, September 24, 2010

 

Suspek utama nafi terbabit bunuh

Peguam dakwa 2 beradik tak diberi peluang pertahan diri sebelum direman


KUALA LUMPUR: Buat pertama kali semalam, dua beradik yang juga suspek utama kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati Lawiya dibenarkan berjumpa peguam mereka dan dalam pertemuan itu mereka mendakwa tidak terbabit dalam kes berkenaan.

Peguam mereka, D P Vijandran, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya selepas beliau bertemu dengan mereka di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) di sini, petang semalam.

Saya bersama dua rakan peguam dibenarkan berjumpa kedua-dua anak guam kami selama 15 minit dan dalam pertemuan itu mereka menafikan terbabit dalam pembunuhan kejam membabitkan empat individu termasuk seorang jutawan kosmetik.

Mereka mendakwa tidak diberi peluang mempertahankan diri sebelum ditahan reman, katanya ketika ditemui di IPKKL, semalam.

Vijandran bersama peguam Ravi Nekoo dan Pushpa Ratnam tiba di IPKKL kira-kira jam 3 petang bersama isteri kedua-dua suspek utama sebelum meninggalkan pekarangan ibu pejabat itu 30 minit kemudian.
Difahamkan, isteri kedua-dua suspek itu dibenarkan berjumpa suami masing-masing kira-kira 10 minit. Ini pertemuan pertama mereka sejak ditahan 11 September lalu.

Dalam pada itu, Vijandran turut menyuarakan rasa kesal dengan laporan akhbar sejak kejadian berkenaan yang disifatkannya berat sebelah, sedangkan kes itu belum pun dibawa ke mahkamah.

Selagi kes ini belum dibawa ke mahkamah dan sehingga hakim memutuskan siapa yang bersalah, anak guam saya tidak bersalah.
Sepanjang berada dalam lokap sejak dua minggu lalu, salah seorang anak guam saya juga mendakwa dia ditumbuk dan ditendang anggota polis sehingga cedera di belakang badan.

Malah, permintaan anak guam saya untuk mendapatkan rawatan di hospital berhubung kecederaan itu juga tidak diendahkan polis, katanya laporan polis mengenainya akan dibuat hari ini.

Sosilawati, 47, dibunuh bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44; perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38 dan peguamnya, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, di sebuah ladang persendirian di Banting pada 30 Ogos lalu.

sumber : Bharian

You May Also Like

11 comments

  1. mmm...ari tu masa tgk muka dia kat dlm tv pun "cool" giler..mmg dah agak dah..al maklum lah..dia kan peguam..adik pulak doktor...apa2 pun kita percaya..ALLAH itu MAHA ADIL DAN BIJAKSANA...apa komen BA?

    BalasPadam
  2. tah ler.. orang gini licik.. tau selok belok ..tapi insyaAllah .. takkan terlepas punya jika bersalah ..

    BalasPadam
  3. Yeah mereka sangat licik kerana peguam? bukannya calang2 orang kan?
    Sesungguhnya Allah maha mengetahui..


    New Entry ProfHariz
    Semak Jantina PC Anda

    BalasPadam
  4. gua harap orang atas tu tak terlepas macam kes sebelumnya.

    BalasPadam
  5. tak tau nak cakap.. sebab pelik, da macam confirm salah tapi pihak bertangungjawab macam lengah2kan.. kejap antar balik laporan siasatanla ape la..huhuhu

    macam sengaja je nak carik jalan nak lepaskan peguam tu..

    BalasPadam
  6. pandainya dorg tipu belit ya.. maklumlah dorg kn peguam.. op kos tau mcm mana nk lepaskn diri dan menagih simpati....

    BalasPadam
  7. pandainya dorg tipu belit ya.. maklumlah dorg kn peguam.. op kos tau mcm mana nk lepaskn diri dan menagih simpati....

    BalasPadam
  8. itu lah dia, baru sakit sikit dah nak kecoh. arwah berempat sakit banyak sebelum meninggal takde pulak dia nak kisah,,, *sigh...

    BalasPadam
  9. mmg kaki auta betulla depa nih... bukti semua dh ada.. lagi mau nafikan..

    agaknya kalo family dorg kena bunuh gak dgn org lain nanti... baru tau kot langit tinggi rendah!

    sakitnya hati!!

    BalasPadam
  10. ben, boleh tak nk mencarut kejap.. marah nih!!!

    vavi betul!

    BalasPadam
  11. kalau terlepas lagi... ahhh susah lah... mereka kan sgt arif dalam permainan guaman ni... dah terang2 org suruhan dah mengaku sana sini... aduh... I hope tidak terlepas lagi...

    BalasPadam