Bonus 3 bulan setengah wa cakap luuu ...

by - Isnin, September 27, 2010

 

Tu diaaa... Kalau kerajaan persekutuan bagi bonus sebanyak ni kat semua penjawat awam , aku pasti PM akan dilambung lambung nanti.. hahaha... Boleh ker? hehehe... Sat nak tidur ... mana tau dalam mimpi boleh dapat ...

IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) akan membayar bonus sebanyak tiga bulan setengah kepada kakitangannya tahun ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata pembayaran bonus itu membabitkan 1,100 kakitangan LAP dengan perbelanjaan RM6.6 juta.

"Bayaran pertama satu setengah bulan gaji telah dibayar awal bulan puasa manakala selebihnya akan dibayar pada akhir tahun ini," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zambry yang juga Pengerusi LAP berkata, pembayaran bonus tahun ini adalah yang tertinggi dan ia dibuat berikutan prestasi cemerlang LAP secara keseluruhan.

Tahun lalu LAP membayar bonus dua bulan gaji.
Zambry berkata, pencapaian itu adalah hasil kerja kuat semua kakitangan dan hasil yang baik itu perlu dihargai.

Beliau berkata, mereka layak menerima bonus itu kerana setimpal dengan yang diusahakan dan adalah diharapkan agensi lain akan berusaha mengikut jejak LAP yang menunjukkan prestasi yang baik.
Zambry berkata, LAP juga telah diarah berusaha mengatasi masalah berkaitan dengan penyaluran paip bagi membekalkan air ke kawasan pedalaman.

Mengenai prestasi LAP, beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, LAP mencatat jualan air sebanyak RM179.77 juta berbanding RM169.39 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
Peningkatan itu adalah sebanyak RM10.38 juta (6.1%) manakala pendapatan lain dalam tempoh sama pula adalah sebanyak RM22.01 juta berbanding RM19.98 juta tahun 2009 iaitu peningkatan sebanyak RM2.03 juta (10.1%).

Katanya, sebahagian besar peningkatan ini disumbang oleh peningkatan dalam pendapatan faedah dan dividen sebanyak RM1.53 juta.

"Jumlah anggaran keuntungan bersih sebelum cukai tahun adalah sebanyak RM70.32 juta berbanding dengan RM42.52 juta pada tahun 2009 dengan peningkatan sebanyak RM27.80 juta (65.4%)," katanya. - BERNAMA

sumber : Bharian

You May Also Like

5 comments

  1. hehehe, aku rasa paling kurang pun dapat sebulan tahun nie. itu pun tolak 500 yang bagi masa nak raya. tinggal ciput jer la... itu pun kalu dia rasa nak bagi. ikut suasana sekarang mcm kena bagi. ihhihih, masih berharap

    BalasPadam
  2. perkhhhh 3 bulan setengah tu....kalah pekerja swasta punya bonus,,, ape2hal...tahniah dan jgn dok nak perabih sampai tak hengat dunia.... simpan2 la sikit,,,,

    BalasPadam
  3. najib2
    kan bagus atleast bg b0nus kat g0l0ngan pr0fesional awam macm kami2 ni dr buang duit juta2 bg kat felda yg mmg da kaye,.

    BalasPadam
  4. huihhh!!! memang best la kalau 3 bulan bro! boleh beraya lagi sebulan! :P

    BalasPadam