Hadiah terakhir Wati

by - Ahad, September 26, 2010

 

image 

BATU PAHAT: Perabot bernilai RM27,000! Itulah hadiah terakhir Datuk Sosilawati Lawiya, 47, buat ibunya, Yatmah Abdul Rahman, 80, yang dihantar tiga hari lalu ke rumahnya di Kampung Sri Menanti, Sri Medan, di sini yang mengundang air mata setiap kali memandangnya.

Adik Sosilawati, Rosnani Lawiya, 45, ketika ditemui Berita Minggu semalam berkata, beberapa hari sebelum hilang, kakaknya itu menghubungi dirinya supaya mengosongkan serta mengambil beberapa perabot lama ibunya kerana dia sudah menempah perabot baru dari Kuala Lumpur bagi dihadiahkan kepada ibu mereka dan dijadualkan akan dihantar satu hari sebelum hari raya.

“Mak kini tidak boleh melihat perabot baru di rumahnya itu kerana dia akan menangis. Sebab itu saya membawanya tinggal bersama kami,” katanya yang tinggal tidak jauh dari rumah ibunya di kampung sama.
Rosnani berkata, ibunya kini semakin banyak mendiamkan diri, lebih suka termenung dan sukar tidur malam sehingga membimbangkan beliau sekeluarga.

“Mak sihat, reda dan semakin menerima hakikat yang menimpa Kak Wati, namun dia kini lebih banyak termenung dan selalu tidak dapat tidur malam, mungkin rindu dan terkenangkan Kak Wati. Sesekali mak akan menangis, apatah lagi jika ada yang bertanya mengenai Kak Wati.

“Mak juga tidak lagi berselera makan seperti dulu dan apabila disuruh makan, dia tidak mahu. Ini membuatkan kami sekeluarga bimbang meninggalkannya seorang diri tanpa berteman dan sentiasa membawanya ke mana-mana.

“Apa yang memilukan hati saya sekeluarga apabila melihat mak termenung, dan bila ditanya mak akan mengatakan dia sedang berdoa supaya mereka yang menganiaya Kak Wati tidak terlepas dan diberikan hukuman setimpal di atas kekejaman yang dilakukan,” katanya.

Yatmah pula berkata, walaupun hari ini genap 15 hari berita anaknya dibunuh tercetus, keperitan dan kesedihan yang ditanggungnya tidak mampu diucapkan dengan kata-kata dan mungkin sukar difahami orang lain.

“Aku tidak ampunkan orang yang buat anak aku macam itu... ingat anak aku tu anak kucing ke? Anak kucing pun orang sayang, ini pula manusia macam Wati!

“Tiada apa lagi yang boleh saya cakap... Saya mak dia, yang kandungkan, lahirkan dan besarkan dia... anak saya sendiri... mestilah sedih,” katanya dalam nada sebak dan terus terdiam.

sumber : Bharian

You May Also Like

2 comments

  1. sedihnya...
    semoga rohnya tenang di sana


    ALL IN ONE

    BalasPadam
  2. hmm mmg sedih sgt baca benda nih....pujangga klu dpt jmpa india yg bakaq tuh, mau kena letup kpala dya

    BalasPadam