Wah.. takkan mau gaduh kot ??

by - Selasa, September 28, 2010

 

Tony tak berhak: Nadzmi

image

PEMANDU Lotus, Heikki Kovalainen memadam kebakaran keretanya ketika bersaing pada GP Singapura kelmarin.

Kami akan halang penggunaan jenama Lotus tahun depan’

PEMILIK jenama Lotus, Proton akan mengambil langkah wajar untuk menghentikan penggunaan jenama berkenaan oleh pasukan Formula Satu, Lotus Racing yang dimiliki Datuk Seri Tony Fernandes mulai tahun depan.

Ketika Grand Prix Singapura hujung minggu lalu, Fernandes mengumumkan Lotus Racing akan menukar namanya kepada Team Lotus bermula tahun depan, nama asal pasukan legenda itu yang diberikan oleh Colin Chapman pada 1950, selepas mendapat “hak” daripada David Hunt.

Proton bagaimanapun menafikan hak Hunt ke atas jenama Team Lotus dan berkata mereka akan menyokong Kumpulan Lotus dalam mempertahankan hak mereka.

Pengerusi Proton, Datuk Nadzmi Salleh berkata: “Kami percaya jenama Lotus adalah antara jenama paling berharga dalam Formula Satu hari ini. Kami adalah pemilik kepada jenama ini, dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi mempertahankan jenama Lotus.
“Tony Fernandes tidak berhak menggunakan jenama Lotus pada musim Formula Satu 2011, dan kami akan menghalang sebarang percubaan oleh beliau untuk menggunakan jenama kami tanpa kebenaran serta menarik balik penajaan kami daripada pasukan Lotus Racing.”

Amaran mengejutkan daripada Nadzmi itu memberi tamparan hebat kepada Tony yang sebelum ini amat bersemangat mengembalikan kegemilangan Team Lotus selepas mendapat “hak” penggunaan jenama berkenaan sebaik membeli sebuah syarikat - Team Lotus Ventures – daripada Hunt. – Agensi

sumber : BHARIAN

You May Also Like

2 comments

  1. drpd bergaduh pasal nama pasukan lebih baik bergaduh cara nak lonjakkan prestasi pasukan la..

    BalasPadam