" Tadi aku bagi ko satu , ko nak lagi .. bila aku bagi dua , ko tak puas .. nahhh , amik.. semuaa .. dasar tamak !!! "
" Tadi aku bagi ko satu , ko nak lagi .. bila aku bagi dua , ko tak puas .. nahhh , amik.. semuaa .. dasar tamak !!! "
" Jangan la begitu sayang .. kesian mak ni .. dari semalam dok menyusu hang ... ni baki pon untuk adik adik yang lain "
Hurm .. perempuan ... berbaloi ker bergaduh keranamu ?
?? Tak ??? Bergantung .. jika perempuan tu ada pertalian dengan lelaki tersebut , amatlah berbaloi .. Contoh seperti ibu , adik beradik ,isteri mahupun saudara mara .. Bagaimana pula dgn kekasih ?
Ari tu aku terdengar perbualan sorang geng aku ni... Dok psst psst dengan sorang brother ni.. Bila dah settle psst psst tu , aku pon g la kat dia .. Tanya dia samada dia bergaduh pasal perempuan ke ? Dia tersengih .. Aku tanya la dia , dari mula sampai abis ..
Kesimpulan yang aku boleh buat , ex bf awek dia masih dok menganggu.. sehingga nak panggil geng belasah membelasah .. Huih .. Berbaloi ke nak bergaduh ? Boleh bergaduh.. tapi sampai bila ? Nak tunggu ada yang mati atau masuk penjara ? Huk aloh .. sedangkan awek tu pon belum tentu jadi bini dia tapi dah sampai nak bergaduh gaduh.. Tak berbaloi laa..
Aku bagi dia jalan penyelesaian paling mudah .. Buat laporan polis... asal dia kacau dan ugut je , terus buat laporan polis .. Kalau tiada tindakan diambil, pergi buat laporan polis ke Bukit Aman pulak ..
Bukan apa .. zaman sekarang ni , macam macam .. walaupun kecik tapi tau tau ada je kes curah asid kat muka ! Atau hilang ! Belasah sampai koma ..
Manusia ni , selagi tak puas hati perut dia , selagi tu laaa dok ikut bisikan syaitan tu .. Berbaloi ke merengkok dalam penjara ???
* psst : berbisik bisik
Hehehe... mmg pantas ... Nuffnang sekarang makin pantas ... tak sampai 2 bulan , dapat dah bayaran ..
Aku cashout 31hb Ogos 2010 .. dan semalam , aku dapat email dari
Hehehe.. segalanya bermula dari aku dok tengok kat EARNINGS .. Pastu nak cuci mata kat PAYMENT HISTORY ..Terkejut.. Buat buat pon ada la... hahah... Ada satu cheque dalam perjalanan ke rumah aku .. Alhamdulillah .. Rezeki .. hehehe
Tinggal lagi 3 cheque sedang ku nanti .. Rasanya tengah bulan ni la kot ...
Erk.. Jumlah ?? Hehehe... Lepas la nak beli lens satu tapi tamo dah .. semua perbelanjaan dah ditutup bulan ni... nak masuk bank je duit ni...
Thanks Nuffnang .. psst... nak BE lagi boleh ? hehehe...
Kalau diperhatikan langit yang cerah , jgn disangka tiada guruh ... Kalau ada guruh sekali pon tak semestinya tiada kebaikan bersamanya , kan ?
Entahlah .. zaman sekarang ni sukar nak menilai hati budi manusia .. Kita sendiri pon tak ternilai diri sendiri tetapi sibuk nak menuding jari pada orang lain ..
Sebab mengutuk .. sedap mengeji .. cuba cermin diri sendiri .. Kalau rasa-rasa diri tu sempurna , kenapa tak berada di puncak dunia sebaliknya terperuk di bawah tempurung ??
Hina ke duduk bawah tempurung ? Tak .. bukan masalah hina atau tidak .. Masalah utamanya , jgn asyik membaling batu jer .. bukannya orang lain tak boleh baling semula kat kita cuma mereka malas jer .. kalau baling jugak , sama je spesis .. tak aman la dunia ni kan ?
Apa pun .. kita di dunia ni sekali je hidup .. tak guna dok membangga diri ... tengok contoh contoh yang ada dah depan mata .. jadi panduan dan pengajaran ..
Masa mula mula aku berblog , ramai ingat aku artis dan bertanya adakah aku ada kaitan dengan Jimmy atau Jimmy menyamar jadi aku .. Iskh.. penat aku menafikan ...
Pertanyaan tu bukan saja di blog malah di FB pon ada .. Maka sekarang dah terbukti , aku dan dia takde kaitan ..
Berbalik kisah si Jimmy ni , kadang kadang aku pon layan gak celoteh dia ni... tapi tak la sampai tahap minat ..saja buang masa je .. tu pon tak lama.. 5 minit ..
Apa pun buat Jimmy , tahniah .. semoga berkekalan ... InsyaAllah ..
Suami pelakon Anak Mami didakwa sudah lama tak pulang
KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah.
Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.
" Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan.
“Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi,” katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini.
Berita Harian difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya.
Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya.
“Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya" katanya lagi.
Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata umum tahu, hubungannya dengan keluarga mentua keruh sejak berkahwin, tetapi hatinya gembira dan terharu apabila ibu bapa mentua menjenguknya ketika bersalin.
"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua.
“Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja,” katanya.
Sumber : Bharian
BA : Hurm... bermula pon dengan cara yang 'kurang manis'.. Sudah semestinya berparut walaupun tersembunyi .. Bagi aku la kan , amik anak orang tanpa persetujuan keluarga , mmg akan mendatangkan masalah .. Siapa yang patut berkorban dan patut dikorbankan ..
Dia sendiri patut tau kesalahan dia .. Bukan mudah untuk dimaafkan dalam kes ini apatah lagi suaminya tu masih setahun jagung ketika dia ' mencurinya' tanpa pengetahuan keluarganya ..
Aku mungkin tak tau hujung pangkal masalah diorng cuma sejak mula berlaku kes diorng ni la aku rasa dah tak kena dan pasti masalah akan timbul satu hari nanti ..
Dan ni la dia ... bukan mudah amik jalan mudah !
JEDDAH: Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kelmarin mengutuk penerbitan baru kartun menghina Nabi Muhammad yang mencetuskan bantahan ganas antarabangsa lima tahun lalu.
Dalam kenyataan kelmarin, Setiausaha Agung OIC, Ekmeleddin Ihsanoglu berkata pihak berkuasa Denmark perlu memikul tanggungjawab moral atas penerbitan karikatur itu, kali ini dalam buku bertajuk, The Tyranny of Silence.
Flemming Rose, pengarang budaya akhbar harian Denmark Jyllands-Posten, menerbitkan semula kelmarin kartun lukisan Kurt Westergaard, pada mulanya diterbitkan akhbar itu pada 2005.
“Penerbitan buku itu satu cubaan sengaja untuk mencetuskan perbezaan mazhab dan melemahkan usaha masyarakat antarabangsa untuk mengukuhkan kerjasama secara aman antara pengikut pelbagai agama,” kata Ihsanoglu.
“Ia adalah satu pelanggaran dalam artikel ke-20 Pematuhan Antarabangsa ke atas Hak Awam dan Politik (ICCPR) 1966, selain melanggar artikel 140 undang-undang Denmark yang menetapkan perlindungan ke atas sentimen mempersendakan agama dan artikel 266 bagi perlindungan ke atas penghinaan agama.”
Beliau menambah, penerbitan buku itu mengesahkan semula kebimbangan OIC mengenai penyalahgunaan hak kebebasan bersuara bagi memburukkan dan menyebarkan Islamofobia di Barat.
Ihsanoglu berkata, beliau membincangkan isu itu bersama Menteri Luar Denmark, Lene Esperson di New York.
Diplomat dari negara Islam berpusat di Copenhagen menggesa kerajaan Denmark menghentikan penerbitan buku Rose itu, yang memaparkan 12 kartun anti-Islam. – Agensi
Akhirnya , aku lari dari menonton filem filem aksi ... Beralih ke cerita yang .. hurm.. bercorak drama gini ..
Best ? Hurm.... hurmm... aku leh bagi 4 bintang . Nape ? Aku penat campur ngantuk .. ikut hati aku , nak jer batalkan niat tengok wayang malam ni .. Tapi bila dah tengok .. Mata aku tak leh nak berkelip... mmg best ... tak rugi la masa n duit ...
Cerita dia camana ? Hurm .. duit dan pembalasan ... Maruah dan juga ego ... fuh.. Sesuai dengan tajuk MONEY NEVER SLEEPS .. hehe. teringat kat blog .. selagi bergerak , selagi tu duit masuk... kan kan ?
Mmg ada pengajaran dalam cerita ni . hehe... aku berpuashati !
Alhamdulillah... bulan lepas bercampur puasa n raya kan .. jadi gitu gitu je prestasinya ... Ok la dari takde langsung .. hehe..
InsyaAllah .. aku akan bagi baek punya naik nanti.. skang baru cecah setahun kan .. hehehe... Tahun ni nak kasi ratusan lak.. camana nak buat ?? Hehe.. ada la caranya nanti...
Apa pun , jutaan terima kasih buat mereka yang sudi singgah ke blog aku ni ... Best atau tidak , tak kisahlah .. janji yang penting , dapat sedikit maklumat dari blog aku ni.. kan kan ?
Huih.. ada banyak lagi la.. jenuh nak copy paste ni... semua cantek cantek blaka.. yeargh...
Nak tau lebih lanjut eh ?? Mai sini > TRENDY
Tu diaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ... hahaha.. TERHEBATLAHHH CMG kita ... Semakin lama semakin panas... jangan hangit dah la yer.. hehe..
Buat mereka yang sering mencari resepi masakan dan ingin bersoal jawab tentang dunia masakan , bolehlah join KELAB DTS kita ni.. pergh.. kot kot nanti dia leh open house ala ala PM kita .. sapa tau kan ? hehe.. ramai peminat nehh ..
Ok..aku tamo berleter lebih... buat mereka yang berminat dan ingin menyertai KELAB DTS ni , sila isi borang disini > DTS
Terima kasih ...
Soalan: Dr Asri, sekarang ini heboh tentang hukum menerima sumbangan dari hasil haram. Saya pun baca kenyataan Dr Asri yang menyatakan tidak mengapa selagi traksaksi itu atas bantuan, bukan judi. Cumanya, masyarakat kita keliru, ada kata boleh dan ada kata sebaliknya. Jika haram, apa hukum pula kakitangan kerajaan yang menerima gaji dari kerajaan yang mempunyai pelbagai sumber termasuk hasil cukai judi dan arak? Bagaimana pula anak-anak yang mendapat wang dari bapa terlibat dengan wang haram seperti riba, rasuah dan seumpamanya? Bagaimana pula persatuan-persatuan yang mendapat bantuan dari syarikat atau bank yang mempunyai sumber haram seperti arak atau riba?
Jawapan Dr MAZA: Saudara Mazlan, perkara yang penting dalam traksaksi kewangan dan sebagainya, seseorang hendaklah tahu atas asas apa traksaksi itu dibuat. Maksudnya, dia mesti jelas wang atau barang yang diterimanya atas dasar apa. Jika yang diterimanya itu atas penjualan arak yang dia lakukan, atau judi yang dia terlibat atau riba yang berurusan dengannya, atau pelacuran yang terbabit maka ia haram. Jika ia terima atas jual beli, atau bayaran hutang, bantuan, atau pemberian atau hadiah yang dia tidak terbabit dengan urusan kegiatan haram, maka ia pada asalnya adalah halal. Sebagai pendetilannya, saya sebutkan beberapa perkara berikut;
1. Seseorang yang menerima wang dari pihak yang lain hendaklah memastikan atas traksaksi apa wang itu diterima. Adapun urusan sebelum itu, yang tidak membabitkan diri penerima, maka itu tidak pertanggungjawabkan kesalahan itu ke atas penerima tersebut.
Umpamanya, kakitangan kerajaan yang bekerja dalam urusan yang halal dan mendapat gaji, maka gaji itu halal. Sekalipun kemungkinan sumber kerajaan dalam membayar gaji itu diambil dari kegiatan yang haram seperti perjudian atau arak atau seumpamanya. Ini kerana urusan haram itu tidak membabitkan diri penerima gaji berkenaan dan gaji itu diterima atas kerjanya yang halal, bukan aktiviti yang haram.
2. Hal yang sama, jika seseorang berhutang kepada kita, lalu dia datang membayar dari hasil wang haram yang diperolehinya seperti menang loteri. Kita halal mengambil hutang kita sekalipun dia bayar dari wang loteri berkenaan. Ini kerana yang haram ialah pemindahan wang dari syarikat loteri kepada yang berhutang, iaitu atas asas judi. Sedangkan pemindahan wang tersebut kepada kita, atas asas membayar hutang, yang tiada kaitan dengan judi.
Begitu juga, jika pengurus bank riba, atau taukeh judi atau taukeh arak datang ke kedai kita dan membeli barang atau makanan, halal kita menerima wang yang mereka bayar. Ini kerana wang itu diterima atas dasar jual beli, bukan judi, atau riba atau arak. Kegiatan yang salah ditanggung dosanya oleh pelakunya, sedang yang menjual barang halal kepada mereka tidak terlibat.
3. Asas dalam hal ini disebut oleh al-Quran (maksudnya):
“dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh sesuatu jiwa (seorang) melainkan dialah yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa orang lain”. (Surah al-An’am, ayat 164)
4. Dalil yang menunjukkan kenyataan ini, ialah amalan Nabi s.a.w di mana baginda menerima pemberian wanita Yahudi di Khaibar yang menghadiahkan baginda kambing, baginda memakannya. Ini seperti yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Walaupun Yahudi terkenal dengan penipuan, riba dan rasuah tetapi baginda tetap menerima hadiah mereka.
Begitu juga –seperti riwayat al-Bukhari- baginda pernah menggadai baju besi kepada Yahudi dan mengambil gandum untuk keluarga baginda. Baginda juga menerima jemputan makan roti bali dan minyak yang sudah berubah baunya dari seorang yahudi. Ini seperti dalam riwayat al-Bukhari, Ahmad, al-Tirmizi dan lain-lain.
5. Rasulullah s.a.w tidak boleh memakan sedekah. Ini adalah hukum untuk baginda dan Ahlul Bait. Suatu hari Barirah bekas hamba ‘Aisyah telah mendapat sedekah daging. Apabila daging itu dihidangkan kepada Nabi s.a.w, lalu baginda diberitahu bahawa daging tersebut adalah sedekah kepada Barirah. Baginda menjawab:
“Untuk dia sedekah, untuk kita hadiah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Maksudnya, daging itu disedekah kepada Barirah, kemudian Barirah menghadiahkan kepada Nabi s.a.w. Jika ia disedekah kepada Nabi s.a.w, baginda tidak boleh makan. Walaupun asalnya sedekah, tetapi baginda menerima dari Barirah atas asas hadiah, maka halal untuk baginda. Di sini menunjukkan yang diambil kira transaksi antara pemberi dan penerima, bukan yang sebelum itu.
6. Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:
“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).
7. Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:
“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa” (http://www.estgama.net/estgama_mag/full.php?id=82).
8. Dr Yusuf al-Qaradawi ketika ditanya mengenai wang riba ke mana patut disalurkan, beliau menyebut antaranya:
“Sebenarnya, wang tersebut keji (haram) jika nisbah kepada orang mendapatkan secara tidak halal, tetapi ia baik (halal) untuk fakir miskin dan badan-badan kebajikan…(penyelesaiannya) disalurkan ke badan-badan kebajikan iaitu fakir miskin, anak-anak yatim, orang terputus perjalanan, institusi-institusi kebajikan islam, dakwah dan kemasyarakatan..” (al-Fatawa al-Mu’asarah 2/411, Beirut: Dar Ulil Nuha).
9. Namun diharamkan jika membabitkan kezaliman secara jelas kepada pihak lain (hak al-‘ibad) yang mana dengan kita mengambil, akan ada yang teraniaya tanpa rela, seperti harta curi dan rompakan. Sabda Nabi s.a.w:
“Allah tidak terima solat tanpa bersuci, dan sedekah dari pengkhianat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ini kerana penerimaan ini akan menyebabkan pihak yang sedang menuntut atau mencari hartanya yang dirampas atau dicuri terzalim. Melainkan pihak yang dizalimi itu redha. Jika dia menuntut, wajib dikembalikan kepadanya.
10. Walaupun harta atau pemberian dari harta yang haram itu boleh diambil, tetapi jika dengan pemberian itu menunjukkan secara jelas sikap bersekongkol dengan dosa maka ia diharamkan kerana redha dengan maksiat. Ini seperti seseorang membelanja makan dengan wang judi sempena kemenangan judinya. Atau dia mempromosi syarikat judi tersebut secara jelas dengan cara memberi bantuan, maka haram bersekongkol dengan kemaksiatan seperti itu.
11. Maka fakir miskin yang mendapat bantuan kerajaan atau pihak lain dari sumber yang asalnya haram, mereka HALAL menerimanya dan tidak perlu dikembalikan. Dengan syarat mereka tidak terlibat secara langsung dalam mempromosikan aktiviti haram seperti perjudian dan arak.
sumber : DRMAZA