MEKAH: Kira-kira 90 peratus daripada 26,000 jemaah haji Malaysia yang memilih mengerjakan ibadah haji Tamattuk pada musim haji ini dikehendaki membayar dam mengikut syarat-syaratnya.
Pengurus Besar (Bimbingan) Lembaga Tabung Haji (TH), Tengku Aziz Raja Abdullah berkata, dam yang wajib dibayar itu ialah dengan menyembelih seekor kambing atau satu pertujuh bahagian seekor lembu.
"Jemaah haji boleh memilih dengan membayar sebanyak 350 Saudi Riyal (SR) untuk seekor kambing iaitu mengikut harga pasaran, bagi seorang.
TH cuma memberikan perkhidmatan yang boleh diwakilkan kepadanya mengikut Ju'alah (wakil yang dilantik)," kata Tengku Aziz kepada pasukan media TH yang membuat liputan Musim Haji 1431 Hijrah.
Beliau berkata, TH menawarkan perkhidmatan bayaran dam di kaunter kewangannya di Mekah dengan memotong dari akaun simpanan atau membayar tunai bagi memudahkan jemaah haji tidak perlu bersusah payah menguruskannya sendiri.
Sebenarnya ada lima kategori jemaah yang mengerjakan haji Tamattuk tetapi tidak dikenakan dam. Antaranya ialah mereka yang mengerjakan umrah dalam musim haji dan dia keluar dua marhalah (91 km) dari Tanah Haram atau lebih untuk berniat haji dan kemudian masuk semula ke Mekah untuk menunaikan haji," katanya.
Menurut Tengku Aziz, jemaah haji tidak dipaksa mewakilkannya kepada TH dan boleh menguruskannya sendiri kerana perkhidmatan tambahan ini disediakan bagi membantu mereka yang sukar mencari kambing dan menyembelihnya.
Haji Tamattuk ialah jemaah haji yang menunaikan umrah dahulu dalam bulan haji dan kemudian mengerjakan haji pada tahun hijrah yang sama. Haji Qiran, jemaah haji mengerjakan umrah dan haji secara serentak dan mereka dikenakan dam.
Kira-kira 10 peratus lagi jemaah Malaysia yang mengerjakan Haji Ifrad iaitu menunaikan ibadah haji dahulu dan mengerjakan umrah kemudian tidak perlu membayar dam, kata Tengku Aziz.
Menurut beliau, lazimnya pelaksanaan dam dijalankan selepas tamat musim haji oleh pejabat Konsul Haji Malaysia di Jeddah dan daging akan diagihkan kepada fakir miskin di Mekah.
"Saya harap jemaah akan mewakilkan pembayaran dam kepada TH supaya mereka dapat mengerjakan ibadah dengan tenang. InsyaAllah kami akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya," kata Tengku Aziz.-Bernama
Atas permintaan seorang sahabat pembaca , maka aku letak blog archive buat sementara.. kot sapa sapa nk godek , silakanlah yer ..
Haaa.. aku letak bawah gambar ni haa... Amaran !! Jangan terkejut yer .. sbb apa ? tu korang kena tengok sendiri ..
Cuma nasihat aku la kan .. jgn la g klik sbb hang nanti pc korang tu .. berjela jela ke bawah .. hehe..
Jumlah entri aku termasuk yang aku amik dari hak milik berita atau artikal agama ada la dalam 4021 entri.. Kalau nak di tolak copy paste tu , adalah dalam 3000 lebih la hak aku .. Haaa.. ok la tu kan ?
Cuba tengok November 2010 .. baru 2 hari tapi dah 22 entri !!! Apa kes ??? hahahahha
Amacam ? Berbaloi tak usaha keras aku selama ni ? Mungkin ada yang geleng kepala bila tengok entri sebanyak tu dan ada yang kata 'giler ke apa ' .. Gila la kot .. Gila tapi berbaloi.. hehhehe..
Ok.. selamat meneroka.. aku bg 24 jam je godek godek.. Bukan pe, semak aku tengok kat situ .. hehe..
Aku pening.. tercari cari kat mana laaaa aku nak komen.. Maaf la yer ..saya ni buta IT dan segalanyalah buta bila berkaitan dengan dunia blog ni.. Almaklumlah , newbie yang dok merangkak ..
Aku saja la blograngkak dari satu follower ke follower aku .. singgah laaa kat blog ni .. Aku baca entri dia .. Dari atas sampai ke bawah , terpinga pinga aku .. kat mana tajuk dia ? Camana aku nak komen ? camana aku nak follow dia balik dan paling best , takde nuff eh ?
Hahaha.. cute giler blog ni .. bagi aku la.. bagi korang tak tau la.. tak suruh pon kata cute .. tapi kalau cute gak bagi korang , bermakna aku tak gile lagi la .. hehe..
Tak pe tak pe.. korang g nilai sendiri ek.. jom.. sini sini ...
Badan cam anak dinasour ni boleh dia panggil aku 'cute' ??? Hahahaha... Apara ....
Ari tu aku buat entri bagaimana mak dara orang dalam FB ni menjadi sasaran lelaki gatai miang ... Huh.. Sian kan ? Nasib baik tak layan dia tu.. kalau ada yang layan , aku tak tau nak kata apa lah ... pandai jawab sendiri la nanti yer ..
Tapi kan , jangan ingat bini orang je kena ngorat .. haaa.. laki orang pon kena ngorat gak wooo .. Kalau ngan anak dara atau mak dara tu , lain kes ar ... tapi kalau dengan sama jenis , camana ? Berapa kali korang nak muntah darah tu ??
Adeh .. bawak mengucap la wahai saudaraku .. Tu haa.. ramai perempuan tu ada ..cun cun lagi zaman skang ... Nasib baik aku 'digari' , kalau tak ??? Haaa.. Rugi la dibiarkan yang awek awek tu berlalu begitu saja .. Berapa ramai yang tak kawin sbb lelaki dh tukar selera ????
Zaman skang ni dah kembali ke zaman jahilliyah .. segalanya tak nak berdasarkan agama tapi berdasarkan logik kepala masing masing .. Allah dah bagi kitab untuk dirujuk , tak nak gak nak ikut .. Kononnya tak mengikuti arus kemodenan .. Adoiyaiii...
Ok.. aku tamo la nak bebel lebih.. nak masuk time makan walaupun aku tak makan ... Bawak bawak la tukar selera tu yer ... Halal lagi suci ! Pastikan nikah dulu yer..
Buktinya ... ada yang tak sempat nak bukak newspaper online ni .. maka blog la mainkan peranan ... menyampaikan berita terkini ... kan kan ? Sesekali apa salahnya ...
Blog pon menyampaikan info terkini .. Kalau tak perlu buat ulasan , jgn memandai buat .. kang kena saman.. Ada 60 juta ke ??
SHAH ALAM: Keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memfailkan tuntutan saman gantirugi bernilai RM60 juta terhadap enam individu yang terbabit dalam pembunuhan wanita itu akhir Ogos lalu.
Tuntutan itu difailkan enam anaknya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah.
Mereka menamakan enam individu iaitu empat tertuduh kes pembunuhan ibu mereka, bekas peguam, N Pathmanaban, R Kathavarayan, R Mathan dan T Thilaiyagan serta terhadap dua pesalah yang didapati melupuskan mayat Sosilawati serta tiga yang lain, K Sarawanan dan U Suresh.
Peguam Kamarudin Ahmad daripada Tetuan Kamarudin & Partners memfailkan tuntutan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 8.45 pagi tadi.
Beliau yang ditemui selepas itu, berkata jumlah tuntutan itu menjadi RM60 juta daripada cadangan awal RM40 juta sebelum ini, selepas pihaknya dimaklumkan Sosilawati ada membuat perancangan untuk menyenaraikan syarikat kosmetiknya, Kumpulan Nouvelle Visages ke Bursa Malaysia, sebelum usahawan wanita itu dibunuh pada 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, semua anak-anak Sosilawati tidak hadir atas alasan peribadi.
{Sticky post entri - yang terbaru di bawah entri ini .. harap maklum}
Untuk lebih lanjut ... > http://www.suarapeople.com/
Psst... 'dear' tuuuu ... hahahhaa.. jangan jeles arrr.. Hahaha.. lek ler.. guwau je ar .. Aku kenal Rina sejak dari aku ada FB ... dan aku pon ada sejarah tersendiri dengan Rina ni .. Sila rujuk url yang dalam gambar tu .. Tauuuuuuu dahh.. malas kan nak taip balik kan ... Huh.. nahhh .. amik ni ( link ) ..
Bagus la gini.. dah naik pon masih ingat kawan kawan walaupun sekadar maya je .. Ni ada yang baru keluar suratkhabar , dah poyos ... Huh ! Bosan.. hhahahha.. lantak la.. masing masing punya hal..
Cuma tu la kan.. cam biasa la kan .. pasti akan ada isu timbul selepas apa apa jua pertandingan .. Hurm.. Apa pun terpulang pada mereka sendiri .. Aku rasa masing masing dah boleh fikir dengan waras .. Dah tau mana boleh mana tidak ..
Diharap Rina mampu membawa perubahan buat semua peminat dia .. Semoga tidak hanyut dalam dunia glamour ..
BA : Biar rendah tapi tinggi .. Jangan tinggi tapi rendah sebenarnya
Hehe... macam biasa .. aku merah lagi.. Nak kata pe dah .. aku tetap salahkan LRT !!!!! Huh .. Esok sah sah aku keluar awal .. Kul berapa ek nak bangun.. 5.30 pagi ?? huwaaaa... ngantuk la jawabnya aku ..
Tempohari buat kali pertamanya aku bertegur sapa dengan seorang blogger yang mana hari hari kitorang bersua muka tapi tak kenal ! Boleh ?? hahaha.. aparaa...
Aku mula kenal dia di alam maya ini dari entri yang dia buat Kalau dia tak buat entri tu pasti aku tak kenal dia .. hehe.. erk.. Setelah diborak sakankan di KELAB BLOGGER BEN ASHAARI ( link ) , maka insyaAllah kitorang tak berjanji nak bertemu hari ini tetapi Alhamdulillah , bertemu pon hari ini ..
Bermula dengan dia menegur aku ( aku kalut dok tengok hp jer ) , maka terus la berbual seperti kenal 10 tahun lamanya .. Hehe..bertambah sorang lagi kawan aku di Putrajaya ..
Borak punya borak .. aku bagi la segala rahsia aku mengenai blog padanya sbb aku rasa dia mampu pergi jauh dalam dunia blog ini sekiranya dia mahu ..
Alhamdulillah , aku rasa dia boleh berjaya sbbnya dia seorang yang peramah dan tak segan bertanya .. Yang paling penting , semangatnya untuk meningkatkan taraf hidup ..
Panjang pulak aku bercerita .. Buat bro Ezzu , terima kasih kerana sudi menegur aku tadi dan semoga berjaya ! Aku boleh , kau lagi boleh.. kan ? Ops.. kalau nk jengah blognya , jom .. > sini