Anak Sosilawati fail saman RM60 juta

by - Selasa, November 02, 2010

 

SHAH ALAM: Keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, memfailkan tuntutan saman gantirugi bernilai RM60 juta terhadap enam individu yang terbabit dalam pembunuhan wanita itu akhir Ogos lalu.

Tuntutan itu difailkan enam anaknya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari, Erwan Suwari Rizuwan, Md Erwan Nasri, Erni Erinawati Sofia, Erni Rineelawati dan Siti Nur Fatimah.

Mereka menamakan enam individu iaitu empat tertuduh kes pembunuhan ibu mereka, bekas peguam, N Pathmanaban, R Kathavarayan, R Mathan dan T Thilaiyagan serta terhadap dua pesalah yang didapati melupuskan mayat Sosilawati serta tiga yang lain, K Sarawanan dan U Suresh.

Peguam Kamarudin Ahmad daripada Tetuan Kamarudin & Partners memfailkan tuntutan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 8.45 pagi tadi.

Beliau yang ditemui selepas itu, berkata jumlah tuntutan itu menjadi RM60 juta daripada cadangan awal RM40 juta sebelum ini, selepas pihaknya dimaklumkan Sosilawati ada membuat perancangan untuk menyenaraikan syarikat kosmetiknya, Kumpulan Nouvelle Visages ke Bursa Malaysia, sebelum usahawan wanita itu dibunuh pada 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, semua anak-anak Sosilawati tidak hadir atas alasan peribadi.

 

-BHARIAN ONLINE-

You May Also Like

8 comments

  1. Uitsss! Last week kita baca 40 juta...tambah dah lg...hi3

    Takpe yg 10 juta tu utk kita...haha

    BalasPadam
  2. org kaya mmg suka saman menyaman nih. hihi

    BalasPadam
  3. kalau aku, sejuta pon dh biru mata, tak tau nak buat ape..

    ni kan plak 60juta.. hoho

    BalasPadam
  4. kadang2 perlu buat semua tu supaya orang lain fikir 60 juta kali nak buaat naya kat orang...

    BalasPadam
  5. aku sokong dgn cara anak dia tue.. semoga berjaya..

    BalasPadam
  6. kalau farysa dh xd saman
    saman 10juta pn xd mkna
    org tu dh xleh hdup

    BalasPadam
  7. cam mana eh si penjahat2 tu nak dpt duit sampai rm60juta?
    and, lagi 3 org yg teraniaya tu apa citer? adakah nasib mereka terbela jugak? kesian yg ada anak2 kecik tu. mereka tak sekaya family arwah sosilawati to hire a good lawyer nak saman-menyaman ni. hopefully kalau dah dapat gantirugi juta2 ni, family arwah tak lupakan 3 org lagi yg teraniaya & their families coz diorang ni pon berkaitan dgn arwah sosilawati jugak, they were there with her masa kejadian tu.

    BalasPadam