Selesai dah 3 hari cuti .. lega .. 3 hari ni digunakan sungguh oleh aku untuk melepaskan segala pengalaman aku sepanjang terlibat dalam dunia blog ni ..
Alhamdulillah.. ada blogger yang dah faham .. ada blog yang dah buat perubahan .. Baguslah gitu.. Mengikut bukan bererti menunduk tetapi ambil yang baik tak salah bukan ?
Semua blog yang terlibat dalam segmen hari ini akan aku cuba masukkan ke dalam bloglist aku sbg satu lagi tanda sokongan aku pd semua blogger blogger baru ..
Aku tak pinta apa apa balasan pun dari korang semua cuma jadilah blogger yang menyampaikan pengajaran pada pembaca .. Ingat , tak rugi kita ' bersedekah' walau sekelumit ilmu pada mereka yang memerlukan .. Maka , bercerita yang baiklah dalam blog .. Kalau nak melepaskan amarah sekali pon , biarlah berpada dan berinfo .. Segala cerita perlu ada sempadan dan pengajaran .. Itulah yang terbaik ..
Berakhirnya malam ini , aku tak pasti bila kita akan bersua lagi kerana masing masing akan berada dalam benua yang bakal korang tercipta nanti.. Satu pesan aku , jangan jadi blogger yang besar kepala .. Pandang ke bawah bila berada di atas .. Jangan lupa pada blogger yang baru .. okeh ?
Segmen ini tetap diteruskan selagi ada permintaan ..