Satu perkara yang tak bagusnya bila dah tua ni , sukar nak menerima mereka yang muda apatah lagi mereka ini berpangkat lebih tinggi dari yang tua.. Hurm.. tak sesuai sebut tua.. VETERAN .. haaa.. sesuai gitu ..
Entahlah.. sepanjang aku bekerja di sektor kerajaan ni , ada satu jenis perangai yang membuatkan aku geleng kepala .. Bukan satu tapi banyak la.. Aku rasa semua ni ada di mana mana ..
Aku tak nak cerita pasal sektor swasta walaupun aku ada pengalaman jugak bekerja di sektor tersebut .. Apa yang aku nampak dan tak gemar ialah mereka yang merasakan diri mereka dah cukup besar apatah lagi mereka mempunyai pengaruh keatas orang atas menidakkan kuasa orang lain .. Ini mmg satu perangai yang teruk !
Walau camana veteran pon kita dalam sesuatu bahagian tu , kita tetap kena ikut pangkat .. Hormat perlu ada .. Suka atau tidak , itulah kenyataan yang perlu kita terima.. Nak kata apa dah kan ? Sapa suruh tak belajar rajin rajin dulu .. Nak salah kan sapa ? Mahu atau tidak , kena tabik pada yang muda sbb dia ada pangkat ! Hormat ..
Tapi yang muda ni pulak , jgn besar kepala .. Berlagak macam tak pernah ada kuasa .. Kena hormat orang bawah .. Sama sama hormat ..Barulah selesa kerja .. kan kan ?