Betul ke ? Bila lelaki berumur 40 tahun maka para isteri patut berjaga jaga kerana waktu inilah lelaki akan bertambah miang .. Ini adalah kerana memegang pepatah barat gitu haa ... LIFE BEGINS AT FORTY ..
Ini cuma pendapat aku yer .. kalau salah , maaf .. Cuba kita buka sejarah Islam .. Pada umur berapakah Rasulullah s.a.w menerima wahyu pertama ? Pada waktu itu , baginda Rasulullah s.a.w seorang yang tidak tau membaca .. lalu diajar oleh malaikat .. Bukankah itu satu perubahan ?
Diusia 40 tahun , lelaki sepatutnya berubah menjadi seorang lelaki yang lebih bertanggungjawab pada diri sendiri , keluarga ,agama dan juga negaranya ...
Bukannya masa ni la baru nak sikat rambut tepi .. pakai baju smart smart .. usha anak dara orang .. g dangdut .. layan lepak kedai berjam jam lamanya dan macam lagi .. Sepatutnya pada usia tulah lelaki menjadi lelaki sebenarnya .. Lelaki yang boleh memimpin .. lelaki yang sebenarnya khalifah pada keluarganya ...
Kita dah salah tafsir pepatah barat tu .. Hurmm... Wallahualam ...