IKLAN : Design terkini dari EQ CLOSET .. dan banyak lagi
Hurmm ..dari kecik ke besar.. bila ada apa apa masalah , cari mak .. mak .. mak .. mak ... Walaupun dah kawin sekali pon , bila timbul masalah , mak gak di carinya .. tak kira la anak laki ke anak perempuan ke , biasanya gitu la kan ? Erk.. tak ? Kalau tak tu bagus la...
Tapi berapa ramaikah antara kita , bila gembira je .. mak yang kita cari dulu.. Bila ada duit lebih je , mak jugak kita cari dulu .. Bila nak bershopping je , ajak mak .. Hurm.. berapa ramai buat gitu yer ?
Drama TEMPATKAN DIA DI SYURGA , di TV3 .. sangat sangat menginsafkan .. haih... dunia dunia ..sampai dah tak tau mana yang patut di dahulukan mana yang dikemudiankan .. hurmm ..
Antara dialog dia ...mak , tuk imam kata selalu tengok muka mak dapat pahala .. huwaa.. Berapa ramai yang suka tengok muka mak dari tengok muka bf/gf ?
Ala.. ni bukan tips untuk blog .. tapi tips untuk kesihatan yang aku terbaca di majalah RAPI edisi 15 nov 2010 ..
Ada beberapa info yang aku rasa patut aku kongsikan dengan kawan kawan di blog aku ni yang mana majoritinya perempuan .. lelaki pon boleh guna gak la.. cuma kebiasaan persoalan ini diajukan oleh orang perempuan ..
Untuk kawan kawan , aku taip semula .. bukan copy paste yer.. RAPI , pinjam info ni yer..
INFO 1 :
APAKAH SENAMAN TERBAIK UNTUK WANITA ?
Menurutnya berlari , berjalan atau menyertai kelas aerobik saja belum mencukupi.. Senaman terbaik untuk membakar lemak dan membentuk tubuh ialah latihan beban .. haaaaaaa.. jom ikut aku g gym.. hehehe.. sabaq sabaq.. lom abis lagi ..
Komposisi wanita dan lelaki berbeza bila melakukan latihan beban. Lahitan mengangkat berat bukan saja membantu anda membakar kalori tetapi juga memastikan metabolisme anda kekal sehingga 48 jam ! Betui weh.. aku ni kalau lepas g gym , peluh non stop action walaupun dah mandi woo.. tapi mmg feel... best je.. ok sambung .. Joging dan aerobik tidak mempunyai aksi begini ... Haaa.. sila dapatkan jurulatih bertauliah .. Sapa nak aku jadi coach ? Bersedia jadi Arnold Susahnakeja yer ..
INFO 2 :
SENAMAN YANG SEDERHANA BOLEH MELAWAN KANSER
Saintis daripada WORLD CANCER RESEARCH FUND ( WCRF ) menyatakan senaman ringan kira kira 45 minit sehari sudah mampu menghentikan kira kira 5500 kes kanser payudara yg terjadi di Britain untuk kadar tahunan .. Haaaa.... tu laa.. aku cakap korang tak caya.. bersenam .. bersenam ... dapat kurus dan juga kesihatan terjamin.. InsyaAllah .. ok sambung ..
Apabila menyebut tentang senaman , anda tidak perlu berpeluh di gym sepanjang masa . Sebenarnya hanya berjalan perlahan dan beberapa aktiviti lain misalnya berekrasi di pusat membeli belah , menari dan membersihkan karpet dengan mesin hampagas sudah mencukupi ... Hurmm.. tang ni aku rasa kaum hawa pasti setuju lebih lagi tang shopping tu !!! ARghhh.. alasan bertambah kuat untuk mereka selepas ini bagi mengajak para kaum adam untuk g teman diorng ke shopping mall !!! huh..
INFO 3 dan seterusnya ...
MENURUNKAN BERAT BADAN TIDAK SUSAH dan banyak laaagi ...
Haaa.. tu je la aku leh kongsikan ..bukan pe.. kalau aku taip lebih lebih , nanti RAPI saman aku .. TERAPI aku nanti dibuatnya .. haaa... G la beli kat kedai mamak tu haa.. murah je weh.. bagus untuk maklumat ... Baru RM4 je weh... okeh ?
Bantai gelak aku tengok dua dua tajuk cerita ni kat ASTRO tadi .. TIADA ESOK BAGI MU dan ESOK MASIH ADA .. haaa... Cam satu dialog lak .. hahaha...
Tapi dua dua cerita ni tak menarik minat aku nak tonton buat masa skang .. maka aku pon pusing sana sini untuk cari cerita best ... Hadoi.. boring ... Berita pon boring .. Apa punya giler cuti pon takde cerita best ni ???
Haih.. Bukan ke ari tu kata ada AVATAR .. Wahh ..best best.. ada AVATAR jap lagi .. Tekan 411 .. tengok info .. Aik ???? Takde ? Dah tu kata ari tu ada ? Huk aloh..biar betik ni .. Hari Ahad takde cerita best ?? ARghh... eh .. sat... hari ni hari Selasa la .. hadoi... sah.. aku pening ...
Ya Allah.. tergamam jap aku tengok .. Kena toreh ke ni ? Aiseyman.. Tapi.. awat tersenyum je tu ?? Kalau aku ? Mau satu malaysia aku lari kesakitan !!!
Lepas tu baru aku baca entri dia .. Huih... satu per satu gambar aku tengok..
Huih.. biar betik... Jari tercabut ??? Camana nak berblog dah pasni ?? Pengsan sat ...
Barulah aku baca entri dia ... barulah aku faham ... Ok la.. aku nak g makan dulu yer ..
Hehehe... yelaa... aku tau korang nak tau gak kan... hahaha.. Gambar gambar ni aku culik dari blog sahabat blogger , NIDA ... Nida , pinjam sat yer .. hehehe ..
Tapi best entri dia ni.. mmg gerun sat la.. hahahah... g la baca sendiri.. jgn risau.. bukan 18SG punya ... tapi sangatlah cool !
Meh sini .. > NIDA
Tengahari tadi , aku ke rumah adik ipar aku kat Desa Melawati ...Ada kenduri kat situ ... Alhamdulillah .. Satu perkara yang aku respek kat ayah mertua adik aku ni , kalau dia buat jamuan ... mmg sebenarnya dia menjamu dengan makanan yang menyelerakan .. Para tetamu yang datang pula adalah orang kampung dan orang masjid termasuk juga adik beradik yang terdekat .. Bagus la gitu kan ..
Dalam perjalanan balik , aku terbukak la cerita pasal mencari duit sampingan ni .. Cam adik perempuan aku ni ada la dia buat bisnis keluarga .. Kira dah diwarisi dari ayah aku la.. Maka aku nasihatkan dia untuk mengembangkan lagi dengan memikirkan cara di luar kotak pemikiran dia tu .. Hurm.. tapi tu la.. ada je alasan .. Buat belum lagi ..
Sama gak dengan dunia blog ni .. Blogger otai .. blogger baru .. blogger power .. apa saja la namanya .. Sama je .. takde sapa sapa membezakannya kecuali diri sendiri .. Peliknya , kenapa bila ada blogger yang dah agak berpengalaman bercerita dalam blog ni , yang diambilnya negatif ?? Yang positif tu napa tak nak disentuhnya pula ?
Blogger yang dah lama dalam dunia blog ni , ramai yang sudi tolong blogger baru .. tapi blogger yang baru baru ni , kena la rajinkan diri sendiri .. Ingat blogger yang lama lama ni , buat blog terus 'meletop' ke ? Tak tau ke ada yang sengsara dulu ? Ramai weh !!!
Macam ni la .. aku bagitau ... orang kata , jauh perjalanan luas pengalaman .. Gunakan pengalaman hari demi hari sebagai seorang blogger untuk mantapkan lagi ilmu penulisan serta blog tu .. Takde bayi yang baru lahir terus dapat ijazah !
Nak bina rumah pon bermula dari tapak ... Sedikit demi sedikit.. Korek sana sini .. Setiap blog ada tips tersendiri ... Cari la.. bukan tak nak suap .. boleh suap .. nganga je mulut tu.. tapi best ke ?? Apa guna akal tu ? Apa guna 10 batang jari tu ? apa guna mata tu ? Takkan nak guna mulut tu je ??
Fikirkan la... nak buat blog tu mudah.. nak jadi blogger tu , ingat senang ? Aku sendiri pon lom layak digelar blogger ...
Ah, sudah ... mana datang pulak 3 orang kawan aku ni .. Dah la aku tengah tensen mencari ilangnya charger bateri dslr aku ni .. haih... geram tul ... kang aku beli baru ngan kamera kamera baru kang .. baru tau .. haaa.. geram neh..
Malam dah ni .. aisey .. awat la aku dok merayau kat sini ni ... Hurm.. kepala sakit ... ni mesti kes terlebih maggie.. Rasanya 4 hari berturut makan maggie punya kes la ni.. Yeee.. aku tau.. maggie tak elok.. hurmm.. Yelah.. nak makan kat mamak , plan mee goreng .. bila sampai kedai mamak... maggie pulak terpancul dari mulut ku ini .. apa mau buat ?? Telan dan inilah kesannya ..
Sat... BERITA TERKINI :
PERODUA Kancil yang dinaiki seorang lelaki berusia 21 tahun hampir terputus dua selepas melanggar tiang lampu berhampiran susur keluar ke Dengkil dari Cyberjaya. Dalam kejadian jam 7.10 pagi tadi, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. - Foto David Khoo (BHARIAN)
Kembali cerita ... Merayau punya merayau .. ler.. dalam hutan mana pulak aku masuk ni .. ah sudah... nak cari charger sampai dalam hutan ? Tak leh blah langsung ni ... Cepat cepat aku ajak member aku keluar dari hutan ni ....
Dalam kejauhan , aku ternampak sesuatu atas dahan .. Berambut panjang .. ala cam hantu dalam tv tu laa. ala ala maya karin je tu ha.. Aiseyman.. menyampah tul la mimpi aku ni... Dah la.. aku nak jaga.. Terus terjaga .. huhu..boring tul mimpi hantu ni.. Takde awek ke nak masuk dalam mimpi aku nih ? Haih..
ok la.. nak sambung cari charger...
Respek kat diorg .. sapa diorg ni ? Tu , artis artis .. ahli politik .. bagaimana mereka mampu lalui setiap saat dengan kutukan .. hinaan .. caci maki .. Nak gak aku menuntut ilmu dengan diorng ..
Terbaru , ada sahabat kat FB bagitau aku .. ada makhluk asing dari planet mana tah guna gambar aku sebagai gambar profile dia .. Haih... pastu tulis bukan bukan kat wall .. hurm...
Aku dah buat report kat admin FB .. tapi tu la .. Pelik la... dah takde keje lain ke ? Ke dah psiko sangat tu ? Kalau takde keje , g la mencangkul kat belakang rumah ker .. bercucuk tanam.. basuh kereta ke .. tak pon meh rumah aku ..tolong mop rumah.. Aku tak larat ni.. sakit kepala .. overdose makan menda masin kot ..
Mmg la jgn layan .. kalau melampau sangat , aku rasa aku nak report je kat SKMM dan polis ..Jangan lupa .. setiap akaun tu ada id dia .. kena buat akaun email... kat mana email tu dibuat pastinya ada ip... segalanya boleh dijejak semula .. kalau tak takkan la hackers boleh di kesan sekejap jer ..
Entah la.. dalam internet dah tak selamat .. apatah lagi dunia luar ..
LOS ANGELES: FBI mengeluarkan "amaran jenayah siber" untuk patung baru Barbie yang dilengkapi kamera video kecil tersembunyi di bahagian dada, menyatakan mainan itu boleh disalahguna untuk menghasilkan pornografi kanak-kanak.
Laporan yang dikeluarkan pejabat lapangan FBI Sacramento pada 30 November lalu dengan tajuk "'Gadis Video' Barbie Kemungkinan Satu Kaedah Produksi Pornografi Kanak-kanak" itu memberi amaran kamera patung mainan berkenaan merakam video sehingga 30 minit yang boleh dimuat turun ke komputer.
Amaran itu mendapat liputan media selepas dihantar kepada beberapa oraganisasi berita secara tidak sengaja.
Seorang jurucakap wanita FBI cuba mengawal keadaan dengan menyatakan laporan itu adalah untuk kegunaan penguatkuasa undang-undang.
“Tiada laporan mengenai insiden patung mainan ini digunakan untuk perkara lain selain tujuan asalnya,"
“Sebagai penjelasan, tujuan amaran itu adalah untuk memastikan agensi penguatkuasa sedar bahawa patung mainan itu, sama seperti peralatan dengan keupayaan merakam video, boleh mengandungi bukti dan tidak seharusnya diabaikan ketika sesuatu pemeriksaan," kata jurucakap wanita terbabit yang berpangkalan di Washington, Jenny Shearer, dalam satu kenyataan.
Patung Gadis Video Barbie buatan Mattel Inc dan mula dipasarkan Julai lalu pada harga AS$49.99 itu mengandungi kamera video kecil di bahagian dada yang diselindungi dalam satu loket.
Rakaman kamera video itu boleh ditonton pada layar LCD pada bahagian belakang patung atau dimuat turun ke komputer.
Amaran FBI itu menyatakan tiada tanda-tanda rakam video itu boleh disalurkan terus ke internet. - Reuters
-BHARIAN-