Hehe.. aku pasti ramai cikgu cikgu kenal tempat ni .. hehe.. Aku kenal tempat ni sejak aku berumur 11 tahun .. Tempat ni menjadi tempat permainan aku ..
Terletak di Bandar Tun Razak , Cheras , Kuala Lumpur .. MPIK atau dikenali Maktab Perguruan Ilmu Khas ni telah melahirkan ramai guru guru bertahun tahun lamanya .. Aku , seringkali melawat tempat ni bersama sama rakan rakan secara haram .. hehehe.. Aku tinggal dekat situ jer.. FLAT SRI MELAKA ...
Ada satu longkang kecil di belakang stor berhampiran kolam renang , sering kitorang masuk .. Bila masuk sini , ada yang g curik curik mandi.. Ada yang g masuk stor sukan .. Hurm.. aku ? Tengok je la.. tak berani buat apa apa.. Mak dah ajar , jangan mandi kolam dan mencuri .. jadi aku cuma ikut je disebabkan teringin nak tengok MPIK ni ..
Besar .. menarik .. disamping tu , pelbagai kisah seram pon ada kat sini .. Kolam dikatakan berhantu ... Padang juga pon begitu juga ..Dengar cerita siap ada orang nampak hantu jepun berkawad kat situ .. Pergh.. macam macam la.
Kawasan hutan belakang MPIK ni mmg kawasan aku dan rakan rakan bermain .. ada buat khemah .. dan paling menarik , cari spider .. Mmg kaki adventure dah dulu.. redah abis.. sampai la mak aku dan mak kawan kawan aku dah ready kat pinggir hutan tu bersama sama tali pinggang ! Maka , bersiap sedialah untuk berlari sehingga sampai ke rumah dan bersedia untuk makan tali pinggang malam tu.. huhu..kenangan..