Robot yang ada butang 'on off' dan dikawal oleh remote .. Bergerak bila di'suruh' dan begitu jua bila berhenti.. Segalanya ditangan pemegang remote tersebut.. Tapi robot tu akan berhenti dengan sendirinya bila baterinya atau kuasanya dah abis ..Tukar bateri , hiduplah semula .. Kesilapan ? Takkan robot tu mampu buat kerana segalanya diprogramkan oleh manusia tu sendiri ..
Kita manusia .. cukup sifat.. lengkap .. sempurna ? Akal yang dikurniakan oleh Allah s.w.t adalah pelengkap manusia .. Malangnya berapa ramai yang gunakan 100% akal kita ? Akhirnya seringkali kita salahkan Pencipta kembali ..
Kita ini manusia .. Ada yang senantiasa merendah diri dan ada yang senantiasa rasakan dirinya tu cukup sempurna .. Hurm... kesilapan sering berlaku.. Tapi lihatlah .. jari yang menunding ..jarang sekali kita nampak akan menuding dirinya .. Untuk mengelakkan kesilapan itu diletakkan di atas bahunya maka sanggup kita bergaduh , berselisih faham semata mata menegakkan kebenaran ..
Kita terlupa... kita cuma hidup seketika.. entah 1 saat akan datang , kita boleh diambil kembali kepadaNya.. Bayangkan saat itu , kita baru menuding jari kepada seseorang dan ditakdirkan dia itu sakit lalu meninggal dunia.. Bagaimanakah dosa kita dengannya ?
Hurm... seronok kan ? Kadang kadang ego menguasai diri.. Menunggu dan menanti siapakah yang menang dan siapakah yang mengaku bersalah .. Tapi sedarkah kita , masa yang ada itu telah dibazirkan begitu saja ...Siapakah yang rugi sebenarnya ?? kita atau mereka ?
Alhamdulillah .. syukur kepada Allah... kita diberi tempoh untuk membetulkan kesilapan semalam dan menambahkan lagi amalan kita untuk dibawa ke akhirat kelak ..