Egokah kita ?

by - Isnin, Januari 17, 2011

Salam selamat pagi ..

Ego adalah bahasa latin bermaksud self-esteem atau harga diri. Ego dibahaskan dgn mendalam dalam ilmu psikologi di Barat. Tapi dalam bahasa harian Islam atau ilmu tazkiah nafs (tasawwuf syar' iy) , EGO bermaksud takabbur.


Takabbur bermaksud merasakan dirinya lebih tinggi dari orang lain. Dalilnya: azZumar: ayat 72 (sejahat-jahat tempat kediaman kalian ialah simutakbbirin (orang yg besar diri)

Ego si lelaki selalunya dikaitkan dengan kekerasaan dan sifat tidak bertimbang rasa kepada kaum hawa. Lelaki merasakan dirinya lebih mulia dari perempuan. Ia juga dikatakan male ego atau machoisma atau sifat macho lelaki. Cth: lelaki enggan melakukan kerja-kerja rumah, semuanya dilakukan oleh isteri.

Ego pemerintah ialah sifat zalim dan menafikan hak rakyat dan memandang hina kepada mereka. Cth: sifat kebanyakan pemimpin diktator.

Dengan bahasa mudah, EGO ialah sombong.

1. Ujub

seseorang merasai ajaib atau kagum dengan kehebatan dirinya.
Dalilnya: dalam perang Hunain, tentera Islam tewas pada pusingan awal kerana tentera Islam merasa ujub dengan bilangan mereka dan kejayaan mereka membuka kota Mekah. Lihat atTaubah: ayat 25

3. Riak

Riak pula menyerang keikhlasan dalam beribadah. ia merosakkan ibadah, Dalilnya: surah al-Maun (107: 4-7)

Takabbur/ego, ujub dan riak nampaknya sama saja di sisi ilmu tasawwuf. sebab ia semua merosakkan hati dan amal.

(Ref: al-Islam oleh Prof Hasbi asSiddiqiey, PT Rizqi Putra, Semarang, Id. Penawar bagi Hati oleh Syaikh Abd Qadir alMandeeli, Jahabersa)

sumber : al-Ahkam.net

Dalam dunia blog.. cuba kita lihat setiap hari ... ada saja entri yang menarik untuk dibaca ... tapi bila kita baca entri tu , ada saja mereka asyik menuding kesalahan orang lain dalam tak sedar seolah mereka saja yang betul ..

Mmg betul tujuan adalah untuk menyedarkan pembaca .. tapi bagaimana pula dengan diri sendiri ? Contoh bila bab isu artis .. Fasha Sandha yang berbikini .. Berapa ramai wanita kita yang 'berbogel' setiap hari ? Berapa ramai pulak lelaki mencuci mata walaupun kata tak nak lihat tapi bila tengok macam nak telan je perempuan tu ? Tapi yang kita menulis , kita tujukan saja pada artis tu ... hurm...

Cakap pandang pandang... Fikirkanlah sebelum menulis.. Mana tau ,itulah tulisan kita yang terakhir ... dan tulisan kita itulah yang ditinggalkan untuk dijadikan 'saham' kita.. Cuma untung atau rugi saja kesannya ..

You May Also Like

15 comments

  1. betul, tapi tak salah untuk beringat-ingat dan berpesan-pesan untuk kebaikan. Sindiran harus lembut jika perlu. Takpun, xpayah la buat kalau rasa kita nie tak layak nak cakap pasal sesuatu perkara. Kadang-kadang entri kita akan memberi kesan pada orang lain tanpa kita sedari. Cuma kita tak tahu sama ada kesan baik atau buruk..tau ker?

    BalasPadam
  2. Betul tu, apa2 pun cermin diri kita dulu sebelum nampak kesalahan orang lain....kita pun bukan sempurna...

    BalasPadam
  3. untuk renungan pagi ni.thx bro Ben.rasa terkesan pula ngan ayat 'mana tau,itulah tulisan kita yg terakhir' :)

    BalasPadam
  4. salam, sikap ego, sombong dan sewaktu dengannya tidak layak untuk kita kerana kita dijadikan oleh Allah SWT sama sahaja iaitu daripada tanah, yang layak hanya Allah SWT.

    BalasPadam
  5. setuju~~~xbyk yg sedar kesalahan diri...

    BalasPadam
  6. urm..thank's bro...entri yg berguna...

    BalasPadam
  7. as salam..
    betul tu.setiap apa yang kita lakukuakn didunia ni pun, hatta terpijak semut pun dinilai..

    teringat kepada sahabat baik..suka dengan cara beliau menyampaikan tazkirah..tak kira dalam apa jua keadaan.tak putus-putus memberikan galakan untuk menjadi lebih baik..

    http://masafzal.blogspot.com/2011/01/my-baby-afzal.html

    BalasPadam
  8. Motivasi yang sangat bagus di pagi ini. Setuju dengan ayat terakhir tu "itulah tulisan kita yang terakhir....."

    BalasPadam
  9. wahh sungguh mendalam penulisan ini...renungan bersama.

    BalasPadam
  10. wahh ! abg ben wat research pasl nih ? sye penah wat sekali tu . tp da lme da . ego is spontaneous identity dyorg ckp .

    BalasPadam
  11. bongkak takbur itu menjauhkan kita dr syurga :)

    BalasPadam
  12. terima kasih atas peringatan bermanfaat ni. n last paragraph tu betul2 buat saya berfikir berulang kali..

    BalasPadam
  13. huk huk huk..rasa macam balik kat skola balik je..riak, takbur, ujub..stdy masa form 4 yang termasuk dalam syirik khufi..nice info inche ben..

    BalasPadam
  14. Sye stuju abg ben.!! agreed.!!!
    hihi..rmai sgt kat msia ni yg berpngai cm tu...suke sbok hal org, tp diri n keliling2 die xtau..

    hate that type of people.benci giler.!

    hmm...thanks for the best entry bro!

    Peace..:)

    BalasPadam