Teringin nak jadi blogger sejati ..

by - Sabtu, Januari 29, 2011

 

Bila melihatkan mereka bercerita tentang isu isu terkini di dalam blog mereka , aku sebenarnya agak cemburu .. Bukan apa , aku juga nak meluahkan segala rasa isi hati .. tapi malangnya , aku tak boleh buat begitu ..

Bercerita tentang isu politik , artis , dunia atau segala permasalahan terutama di negara kita ini mmg menarik sekali ... dikritik dan disokong pastinya ada dalam entri tersebut tapi bukan itu yang diharapkan ..

Selain dari itu , teringin gak bercerita tentang orang lain atau blogger lain .. mencari kesilapan atau kelemahan kemudian mengkritik mereka secara terbuka .. Teringin aku lakukan begitu.. best .. pastinya kita akan dikatakan , blogger berterus terang .. jujur .. malah ikhlas dalam penulisan entri .. kan ?

Tapi aku sedar .. Allah menutup aib aku .. Kenapa aku perlu buka aib orang ? Kelemahan blogger , perlu ke aku bercerita tentangnya ? Sepatutnya aku ceritakan kelebihannya kan ? Begitu juga dengan isu isu di negara .. aku penjawat awam yang mana tidak dibenarkan menulis tentang politik di dalam blog .. Kalau puji tu ok la.. Kritik ? Cari pasal namanya .. Cukuplah isu isu kecil jer .. asalkan tak menyentuh pentadbiran kan ?

Apa yang boleh aku buat , cuma bercerita tentang diri aku dan mereka di sekeliling aku .. Bosan ? Sapa suruh baca kan .. Itulah dunia aku ... Kalau dunia aku ini membosankan mereka yang bosan membaca entri ini , pastinya dunia mereka lagi bosan sebab dah tak tau nak buat apa .. G je la tengok wayang .. GREEN HORNET main dah tu...

You May Also Like

29 comments

  1. tp kalau kita lihat kesilapan depan mata perlu jugaklah ditegur tp berhemah gitu

    BalasPadam
  2. wa caya samalu bro...hehe

    dh tgk grenn hornet...pecah pangkeras gelak jerr

    BalasPadam
  3. tak bosan pun abg...
    kita boleh tegur tapi kita xboleh nak kutuk..kalau nak tegur pun secare sembunyi2 bagi dia tak rasa malu kan :)

    BalasPadam
  4. betol tu abang ben ! tego sikit2 ok la kot . =)

    BalasPadam
  5. rasnya baca cerita peribadi pun best sb ada senyum,ada cerita pahit..layan jer..hehe

    BalasPadam
  6. tak pernah bosan membaca..
    tulislah lagi..tak kisah pasal sape..
    yang penting ikhlas.......

    BalasPadam
  7. saya pun cenggitu gak. tak reti nak ulas ttg isu semasa esp. politik. bahaya seiiii....

    BalasPadam
  8. tak kira apa isu pun..
    tiada perkataan "bosan" pun yang wujud ^_^

    BalasPadam
  9. mane de bosan bro... lagi gumbira ade lah.. ehehhe

    BalasPadam
  10. ahhaha hebadd betoii saper yg wat isu2 cm uh..hikhik..nk2 politik..seramm bhaii nk wat entri2 cm uh :)

    BalasPadam
  11. Saudara ben ..

    Memang kita dikurniakan idea dan selalu fikirkan sesuatu. Nak luahkan segalanya. Namun adakalanya kita dibatasi dengan jawatan profesion kita..

    Apapun kita bersyukur dengan diri kita seadanya. Kita menjadi blogger untuk kita kongsikan sesuatu. Walau sebait kata.. tapi jika itu membawa kebaikan dan renungan bersama .. alangkah baiknya. kan ..

    BalasPadam
  12. Kekadang itu lebih wajar. Dan sebenarnya, bagi yg suka membaca entri berkaitan kehidupan seseorang, dalam hal ini kehidupan disekeliling Ben, bagi aku mereka termasuk aku, ingin mengenali Ben secara lebih dekat ... atau itu yg dikatakan sahabat dalam blog ... ini pendapat saja .. kebenaran bergantung kepada pandangan masing2 ...

    BalasPadam
  13. saling ingat mengingati....
    menegur dng cara berhemah adalah lebih baik...
    jangan hanya mencari kesilapan orang lain semata- mata untuk menambah bilangan entri...errr..


    tenkiu abg ben...entri ni buat kita saling ingat mengingatkan...^__^

    BalasPadam
  14. hehehehehee.... :D betul betul betul.. :D

    BalasPadam
  15. setiap orang dan setiap pihak ada kelebihan dan kekurangan masing2..
    bergantung pada kita untuk nilai macam manca asalkan tidak menjatuhkan maruah sesiapa:)
    dan..x pernah bosan pun dengan blog nih!:)

    BalasPadam
  16. saya tak nak komen lah..hihihi..tp saya suka baca blog en ben...kalauada masa terjah lah blog yg tak seberapa sy ya...terima kasih..

    BalasPadam
  17. salam, banyak lagi yang boleh dilakukan, asalkan namanya buat baik sesama insan...tgk green honet le...

    BalasPadam
  18. Blog bro memang bosan.. sampai hari-hari aku kena jenguk baca! Hehehehe kalo tak baca aku lak yang bosan tak tau nak buat apa.. :)

    BalasPadam
  19. Betul BA.. baca je la.. komen dalam hati je.. BA tulis tentang diri sendiri pun ramai apa lepak kat sini.. boleh buka kopitiam ni.. sediakan wifi free..
    jemput ke ALL IN ONE

    BalasPadam
  20. cayalah abg Ben..style masing2..

    BalasPadam
  21. cayalah abg Ben..style masing2..

    BalasPadam
  22. Betul-betul encik ben..hihihi..saya pun penjawat awam & teringin nak sentuh topik-topik macam tue tak mampu sebab terikat dengan aku janji..X bek k langgar sumpah..huhuhu..By the way sorry x dpt g gathering esok..Saya terpaksa pgi ke pilihanraya kecil Dun Tenang..Rasa rugi bila x dpt jumpa kwn2..Bukan nak bg diaorg kenal saya tp nk bertukar2 idea..Ruginya!!

    BalasPadam
  23. Sepatutnya aku ceritakan kelebihannya kan : setuju sangat2

    BalasPadam
  24. x pernah bosan bace entri2 abg ben!
    best beb!

    BalasPadam
  25. Assalamu'alaikum Tuan Ben Ashaari

    Blog kita, tanggungjawab kita.

    BalasPadam