Teringat komen dari seorang rakan blogger semalam ...
"Hai Ben Ashaari, it is my 1st time here.
just to share, i blog sebab minat gila, sometimes i think i obsess with blogging, even masa jalan-jalan and nampak something, trus *ting!!* keluar bulb lampu "i want to blog this" its more to passion. so nasihatnya, kena ada passion, bukan for DUIT semata-mata, niat dah ke laut, isi blog haruk.padahal yang penting isi blog entry. just my 2 cent!! " > Qi_Cinoi.Lavigne
Sebenarnya , itulah yang aku buat sekarang .. Pada awal mula aku berblogging , segalanya adalah kajian .. Bila mengkaji , aku benar benar mencari kesahihah kata kata mereka iaitu berblogging mampu menjana pendapatan sampingan dan mampu mengutip ribuan ringgit sebulan .. Benarkah kata kata itu ?
Pada masa yang sama , rakan rakan blogger lain saling bersaing untuk berada di puncak .. Mengejar populariti .. ingin menjadi bintang dalam dunia blog di Malaysia ini .. Walaupun bukan semua begitu tapi bilangannya tetap besar .. Aku ? Aku sekadar ingin membuktikan pada diri aku ini dan juga mereka di luar sana bahawa aku juga mampu mencipta 'bintang' aku sendiri .. dengan usaha , kerajinan dan paling penting ialah kreativiti aku .. Berjayakah aku ?
Hari ini , aku dapat lihat ramai seperti aku setahun yang lepas ... Mungkin mampu mencipta nama pada suatu masa nanti cuma apakah mereka mampu bertahan lama atau sekadar 'panas' buat sementara saja ?
Masa adalah faktor utama... Masa untuk berblog.. masa untuk mempromosi ... masa untu belajar .. dan banyak lagi ... Jika alasan adalah masa maka sukarlah segalanya ...
Kita dan masa adalah kembar ! Setiap langkah adalah masa .. Setiap udara adalah masa... Tak mampu kita berpisah dengan masa.. Apa yang boleh kita buat , kita uruskan masa kita .. Sudahkah kita menguruskan masa itu ?