Bila orang kata blog aku dah popular , berat untuk aku mempercayainya .. Bukan rasa bangga atau berlagak tapi rasa cam berbaloi sungguh selama ini punya kerja keras ..
Semalam , aku terima satu mesej di FACEBOOK .. er.. bukan mesej tapi komen di wall .. Er... dia tanya aku , kenal tak si polan polan ni .. Bila dia sebut nama je , aku tau dah sapa .. Ni mesti geng geng aku gak neh.. Haha.. Aku mampu gelak je la.. Aku tanya kenapa ? dia jawab la gitu gini .. Hurm.. Dia seolah tak percaya yang kawan dia tu kenal rapat dengan aku .. Loh.. Apakah aku ini artis ? Hurm..
Tadi , aku jumpa la kawan yang si kawan tadi tu maksudkan .. Hurm.. aku tanya dia la kenapa sedangkan aku tau dah apa ceritanya sebab dah kerap kali dah berlaku ..
Maka dia pon cerita kat aku .. Walaupun dia takde blog tapi dia antara silent readers aku yang setia.. Dari mula aku ada blog sehinggalah sekarang dia masih membacanya .. Lelaki okeh !
Lebih membanggakan , dia kata dia dan kawan kawan dia sukakan cerita cerita santai yang mana melibatkan kegiatan harian atau pengalaman hidup aku .. Malah boleh jadi topik perbualan diorng .. Loh.. sampai gitu sekali ..
Itu lah ... kadang kadang , kita tak tau selera pembaca .. Silent reader gemar membaca kisah kita .. Sebaliknya pula blogger majoriti gemarkan pelbagai jenis tips blogging (kebelakangan ini la ) .. Tapi aku tak salahkan mereka la.. Sapa tak nak blog mereka 'naik; kan ... ?