Hari ni aku asik bagi tips pasal blog jer.. pasti ada yang meluat.. Kalau ada tu , aku tak boleh nak kata apa dah la sbb 10 orang suka.. terpaksa aku ikut yang 10 orang yang suka tu kan ? hhehe..
Ada orang tanya aku .. apakah pengisian yang patut ada dalam blog dia ? Pergh... Soalan begini patut dilemparkan kepada guru guru .. Diorng lagi teror wooo... Tapi bukan semua guru .. Sebab ada gak guru 'hampeh' ! Hati busuk ! Serius.. dalam dunia blog kita ni pon ada .. Nak buat camana kan , cikgu pon manusia .. Tapi pandang pandang la kiri kanan.. Awak tu cikgu.. tak bagitau pon , orang tau awak tu cikgu .. okeh !
Pengisian perlu ada dalam blog .. Seteruk teruk KFC pon ada gak khasiat dia .. Seteruk teruk air coke pon ada gak kegunaan dia .. Jadi entri kita ? Seteruk teruk pon perlu ada info gak kan ?
Kenapa blog kita tiada pembaca ? Dah abis promosi ? Korang promosi camana ? Blogwalking ? tu bukan promosi !! Itu ko usung sepanduk ke sana sini .. Ko tulis kat sepanduk tu , sila la lawat www.benashaari.com ... mana la orang nak singgah !
Cuba fikirkan sesuatu yang kreatif .. Yang mana sekali je orang nampak , terus dia nak klik ! Haa.. itu yang patut ada dalam promosi kita tu .. Kalau takat usung sepanduk , baik sewa helikopter jer kan ?
Dalam blog , jgn terlalu pusing pi pusing mai.. Dok cerita yang itu jer .. Balik balik , aku jatuh cinta.. balik balik aku p dating sana sini .. Atau pon tak sudah sudah cerita pasal harta dia .. Haa.. kena culik baru tau !!
Blogger sekarang ni dahagakan ilmu.. Mereka perlukan cerita berdasarkan realiti kehidupan .. Kalau takat cerita biasa ,baik tengok TIRAMISU kan ? haa..
Sebagai blogger , kena ada ilmu .. Ilmu di dada untuk dicurahkan kepada pembaca .. Apa ilmu yang korang ada yang korang sanggup nak kongsikan bersama ?
Blog aku blog peribadi.. cerita biasa jer ? ok fine.. kalau gitu , jangan la tanya kenapa blog aku tak ramai pembaca .. Ramai sangat ke nak baca kisah peribadi kita ??? Tak ramai .. Sbb kita bukan selebriti atau VVIP .. Jadi kena fikirkan semula apa yang patut kita sumbangkan kepada pembaca kita .. Okeh ?