Seminggu dalam percubaan .. akhirnya aku dapat jawapan ... Aku hanya bercerita dalam blog ... sesekali bersegmen untuk promosi blog aku dan rakan rakan yang lain .. Aku perlahankan rentak ..
Yup.. trafik turun .. tapi aku buat demikian untuk menguji kesetiaan pembaca blog aku .. Alhamdulillah ... aku tau dah sapa yg senantiasa masuk ..
Aku cuba pelbagai cerita.. kurangkan entri tapi mantapkan entri.. Yup , mereka puashati .. Bukan mudah sebenarnya ... tapi itulah satu kepuasan.. Masih berjaya mendapat atas 3 ribu UV sehari .. Kalau tak , diantara 4-5 ribu sehari.. ok la kan ?
Sebab bukan mudah nak dapat pembaca sebenarnya .. Untuk dapatkan pembaca 'singgah mai sat' tu , mudah jer .. tapi untuk dapat pembaca yang selalu singgah tu yang susah ..
Tak pe.. aku masih lagi dalam mood pengujian.. Masih tak nak bermain dengan SEO ... tiada kepuasan dalam berblog .. Trafik tinggi tapi mereka masuk kerana keyword... bukan kerana entri kita ...
Setakat ini berita pada hari ni.. Tahniah LEE CHONG WEI ... suratkhabar kita mmg lebih gemar tulis berita sukan luar negeri .. berita kejayaan tu patutnya menjadi buah mulut atau dijadikan satu cerita yang lebih bersifatkan motivasi untuk rakyat malaysia.. tapi , tak da la pulak kan ?