Aku belum bersedia lagi untuk bersolat
Ada antara mereka berkata ...
" Aku masih muda lagi ... "
" solat pon tak guna kalau buat dosa "
dan banyak sangat la alasan mereka untuk tidak lagi bersolat ...
Tak mengapa.. mereka belum menerima hidayah dari Allah .. kita jangan perli , jangan sindir mereka .. Berdoa saja agar terbuka pintu hati mereka untuk menerima kehadiran ISLAM sebenarnya.. Bukan sekadar nama saja .. mana tau , satu hari nanti mereka akan lebih beriman dari kita yang dah beriman berpuluh tahun ..
Aku dulu tergolong dikalangan mereka ... Aku pernah berdoa .. Sekiranya Allah menghadirkan seseorang wanita dalam hidup aku yang mana dia akan menunjukkan aku pintu syurga yakni pintu masjid atau surau sesungguhnya dia itulah isteriku ! Baca kisah tu di SINI ..
Sejak itu aku berubah.. Perkenalan aku dengan seorang lagi rakan yang mana dia sendiri pon sedang mendalami bidang agama merasakan sebenarnya Allah sedang membuka pintu hatiku ..
Ini bermakna , yang sudah tu sudahlah .. masa untuk aku tinggalkan segala kekotoran dibaju aku dan pakai baju yang baru.. Tapi tak bermakna aku harus lupakan segala kekotoran itu namun aku perlu bertaubat atas segala dosa lampau ..
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Bak kata orang bijak , tak susah nak buat pahala tapi susah untuk buat dosa ! Fikir fikirkan ..
Sama samalah kita berdoa :
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
16 comments
sebab tu kita kena sentiasa menasihati dan mengingati..ada adab dalam menasihati..ada tiga cara kan?yang pertama melalau perbuatan.jika tak mampu kita melalui lisan.dan yang terakhir melalui hati.=)
BalasPadamLiKe DiS eNTRy... ViSiT MiNe... (^_____^)V
BalasPadamhttp://nadiah-muhammad.blogspot.com/2011/01/v-behaviorurldefaultvmlo.html
peringatan untuk kita semua..
BalasPadamkita kena saling ingat-mengingati diantara satu sama lain..kan
farah sedang berusaha untuk berubah mnjdi lebih baik and dah jnji dgn diri sendiri yg farah ta akn tinggal solat 5waktu . .buat masa ni alhamdulillah solat tak pernah tinggal . bukan nak menunjuk2 . .just nak brkongsi . kalau dulu mmg liat sunggu nak solat . tapi skrg alhamdulillah dh dpt berubah sikit2 . doakan farah agar terus kekal dgn perubahan ni :)
BalasPadamabang pun mcm tu..tapi dalam proses menyedari diri..
BalasPadammula2 saya nak 'Amin' untuk doa en.ben.
BalasPadamsalah satu dari 5 ubat untuk hati ialah berkawan dengan orang yang soleh. orang yang akan membawa kita dan mempengaruhi kita kepada kebaikan. Insha Allah.
ya doa mohon hidayah Allah.even bkawan dengan org soleh tp kalau hati keras mcm batu, tak kemana juga.
yap bro, sangat setuju. mereka-mereka ini bukan jahat, tetapi mereka-mereka ini belum mendapat suntikan untuk berubah, so cara nak tegur biarlah berhemah dan bijak. I loike this post.
BalasPadamalhamdullilah!!! :)
BalasPadambgus entry nih hihi.. datang sini kalau sudi jenguk blog kite eyh
BalasPadamhttp://armsyanovella.blogspot.com
newbie...^___^
yart sokong tentang solat nie,,
BalasPadamjika orang itu tak solat jangan lah kita doq perli dia kan nanty lagi lah dia buat hal kan,, malah kita mendoakan dan menasihati ;)
i did follow u...saya harap,u can follow me too...tahnks:) nice blog:)
BalasPadammoga hati ini tidak terpesong melakukan kejahatan lampau.. amin..
BalasPadamsebagai peringatan untuk kita semua..
BalasPadamkita kena saling ingat-mengingati diantara satu sama lain..
Amin..amin amin
BalasPadamkita perlu berubah menjadi lebih baik dari semalam kerana esok belum tentu kita masih di dunia ini
sesungguhnya solat dapat menghindarkan kite dari kemaksiatan
BalasPadamalhamdulillah setiap detik setiap masa berubah ... dulu2 kecik2 malas jugak ..mak always bebel .. n then timbul minat baca buku2 n cermah2 motivasi agama..terdetik n teruskan .. :) bukan sng nak berubah tapi boleh sgt kalau nak berubah !
BalasPadam