Kau fikir kau punya kuat jer ??

by - Mac 29, 2011

 

Bukan sehari aku hidup diatas muka bumi ini .. Pelbagai karenah manusia pernah aku lihat.. Walaupun aku belum merantau ke dunia luar tapi sepanjang aku mengenali manusia yang berada di depan mata aku , belakang kepala aku mahupun di kiri kanan , sudah memadai mengatakan dunia manusia ni menakutkan ..

Cuba tenangkan fikiran kita .. bayangkan dunia ini penuh kehijauan .. kita berdiri ditengah tengah kawasan lapang nun menghijau.. kicauan burung dan unggas mendamaikan jiwa kita .. tidak bunyi kebisingan kota.. suara manusia terjerit jerit.. ketawa .. menangis.. apatah lagi bunyi suara suara sumbang yang mengumpat , menfitnah , membodek , mencaci maki ...dan banyak lagi...

Tapi dimana suara suara yang melafazkan zikir , selawat dan sebagainya yang sepatutnya meniti dibibir kita setiap saat ? Kita lebih gemar meletakkan najis dibibir kita dari meletakkan haruman bunga sebenarnya kan ? 

Bicara aku ini juga mengenai aku.. bukan nak menuding kepada sapa sapa.. Aku sedar kelalaian aku.. aku sedar kealpaan aku ... Alhamdulillah , Allah memberi aku sehari lagi untuk memperbaiki lagi amalan aku ..

Manusia termasuk aku .. punya satu perasaan .. perasaan yang selalu memikirkan kita lebih bagus dari orang lain .. apatah lagi bila kita punya kuasa , pangkat , nama maka kita layak merendahkan orang yang di sekeliling kita ... Tapi kita terlupa , apalah sangat semua itu bila nafas kita terputus ..

Malu aku sebenarnya .. makin kita berjaya , semakin kita alpa.. semakin merasakan dunia ini kita yang punya .. Semakin kita jauh dari Allah .. semakin kita kembali jahil ..

Bila aku renung di cermin .. aku tak mencari apakah dosa ku semalam .. Aku tak mahu fikir keadaan jiran sebelah.. aku tak mahu fikir untung nasib rakan rakan aku .. Apa yang aku nampak , semakin kedut diwajah aku .. apa yang aku cari , jerawat di pipi .. Itu yang aku mengeluh sebenarnya ..

Apakah yang akan aku bawa sebagai bekalan di kubur nanti  sekiranya , seminit lagi berakhirnya sandiwara aku di pentas dunia ini ?

Bersedia atau tidak , malaikat maut tidak akan menunggu ..

You May Also Like

21 comments

  1. salam..selamat pg Abg Ben..rambut sama hitam hati len2...

    BalasPadam
  2. lumrah la abg ben...dh senang lupe semua..



    p/s : minta2 MK x mudah alpa..

    BalasPadam
  3. :) semua manusia same jea. cume diri kite neyh. nak perbaiki ke ta :)

    BalasPadam
  4. kita mudah "terlupa" dgn hakikat sebenar kehidupan...kita lupa tanggungjawab kepada NYA bila kita gembira...astagfirulllahalazim...entri yg menginsafkan...terkedu comot seketika...thanx abg ben!

    BalasPadam
  5. Btul abg ben...klu dah kena cabut nyawa....takkan dapat buat apa2 lagi...

    BalasPadam
  6. ishhh..sape yang telah menganggu emosi kamu Ben!!

    btw..tenkiu dgn nasihat itu..sgt berguna!!

    BalasPadam
  7. beramallah seperti kita akan meninggal dunia esok hari....


    dan


    bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lg....

    BalasPadam
  8. dunia dan akhirat mesti seimbang.. namun kita hanya manusia..xlari dari melakukan kesilapan..apa yang penting kita cepat tersedar dan itu cukup baik dari yg masih lagi lalai dan alpa... allahuakbar..~

    BalasPadam
  9. doa anak yang soleh.

    klik link nie untuk ke
    BroFramestone Blog

    BalasPadam
  10. tazkirah di pagi hening ni....insaf rasanya...

    BalasPadam
  11. mengingati mati itu bermakna kita masih ada iman... alhamdulillah kta masih cepat tersedar dan berpeluang untuk memperbaiki kesilapan diri.

    BalasPadam
  12. keh keh keh
    apa la yg kuat tadi

    BalasPadam
  13. Selalu ada masa menyesali diri :) terpulang kepada mereka yang hanya mahu menuju dunia @ akhirat ..

    BalasPadam
  14. tengok rancangan dari hati dengan prof muhaya tu dia kata kalau kite nak berjaya kena buang ego jauh2 baru boleh berjaya

    BalasPadam
  15. as salam..
    hm..
    bagi mereka yang sentiasa beringat, masa itu ibarat sempit ketika didunia itulah yang memberikan keluasan bagi alam yang seterusnya.

    bagi mereka yang sentiasa lupa,
    masa itu ibarat luas ketika
    didunia itulah yang memberikan kesempitan bagi alam yang seterusnya.

    betul tu encik.
    ajal tak menunggu, malaikat maut pun tak menunggu.
    begitu juga masa. ia tidak menunggu kita. segala amal kita seiring dengannya.

    ketepikan nafsu,utamakan iman. nescaya akal akan dipandu oleh iman. iman yang baik, mendatangkan perbuatan yang baik-baik ;)

    BalasPadam
  16. im back~

    http://aidildbahri.blogspot.com/2011/03/oh-no.html

    BalasPadam
  17. sama jugak abg .. sentiasa berfikir kemana arah tuju nanti .. hell or heaven .. mcm lagu nasyid ..tak sanggup ke nerakamu tapi tak layak ke syurgaMU ..hurmmm ~

    BalasPadam
  18. sekuat mana sekalipun kita ni, kalau dah jasad terkujur kaku memang tak boleh nak bertindak apa-apa. Bantuan insan lain juga yg kita harapkan utk menguruskan mayat kita.

    BalasPadam
  19. rase damai bile bayangkan kehijauan disekeliling kita berserta alunan zikir.. tapi hakikatnya.. semua benda tu jarang sekali kita dapat.. seronok bace entry ni.. menyedarkan kite.. betape jauh kite sudah terpesong mengejar duniawi.. sedangkan mungkin esok lusa kita sudah ke alam lain.. nauzubillah..

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah krn saling ingat mengingati... semoga kita selalu menjadi insan yg selalu bersyukur atas nikmat Allah...insyaAllah pasti hidup akan diberkati.

    BalasPadam