Tak ku sangka... ingatkan selama ini dia memain jer.. mungkin dah tak tahan sangat lalu dia halau aku pergi..Ke mana harus aku pergi ? Dengan berbekalkan netbook yang senantiasa berdalam beg sandang aku ini , aku bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan hati yang .. hurm...
Kemana aku harus singgah ? Haih .. Masuk ke KFC , tengok ramai orang .. Aku kepenatan .. kelaparan tu tak la... kenyang makan nasi ayam pagi tadi ..
Hurm... Tak pe la... aku ke Mcdonalds je.. situ tak ramai orang .. mungkin aku boleh menghabiskan sisa petang aku sambil memikirkan apa yang harus aku lakukan malam nanti ..
Apa gamaknya wife aku g bershopping tu eh.. Aku bagi dia sejam je untuk cari apa yang dia nak ! Pastu balik !! Aku nak g gym lak.. tak kira... Dia halau aku kerana nak gunakan masa itu untuk cari baju dia .. Amboiiii... dia lak beria ria skang ... Grrr...