Ngantuk .. penat... malas... boleh ?
Salam dan selamat pagi .. itulah yang aku rasa pagi ini .. Semalam dah cuti... ari ni berlemak lemak lak .. Dah 3 hari aku tak turun gym .. Hurm... berlemal laaa perut aku ni ... nasib baik aku spesis tak kuat makan sangat tapi sekali makan macam ... tapi skang ni aku dok amik vitamin E .. Selera makan pon cam anak rimau dah ni ...grrr..
Projek bersama 1tube.my akan berterusan hari ni .. Buat yang tak tau , video segmen santai santai aku bersama chef hanielieza dah keluar di web 1tube.my .. Selain video aku , banyak lagi video yang up di sana ... menarik menarik sekali ..
Oh ya .. seperkara lagi .. Jutaan terima kasih kepada CELCOM kerana mutu perkhidmatan di Putrajaya semakin meningkat... Hari tu aku ada buat komplen terhadap servicenya yang tak ok ( teruk ? ) tapi semalam ada feedback dari mereka.. Sehari lepas aku buat complaint tu , terus ok ... Bagus la kan ..
Cuma satu perkara yang aku tak puashati terhadap operator operator perkhidmatan internet di Malaysia ni , harganya yang mengarut.. dan kenapa perlu dikira dalam bentuk volume bandwith ?? Kan senang kira sekali harung.. Yelah , ada yang kata unlimited ,tapi bila sampai masa kata dah had.. pastu suruh bayar bil.. bila check bil , beratus ratus .. Grrr... apa kes ? Ini tak sepatutnya berlaku di Malaysia yang kononnya mengalakkan rakyatnya senantiasa menggunakan Internet ( untuk tujuan positif ) ..
Hurm... apa yang aku boleh katakan , Malaysia dan duit tak dapat dipisahkan .. Percuma adalah sesuatu yang mustahil di Malaysia ! Jangan terasa tapi inilah hakikatnya ... Apa saja kita buat segalanya bermain dengan duit... Masuk skit , keluar punya la banyak .. Kesannya ? Boleh fikir sendiri ..