Beb.. apa kes ni ? Bahasa jiwa bangsa la skettt... Doe , dow ... setau aku berasal dari perkataan DOH... BODOH.. yang mana kalau kita biasa berbicara , penghabiasan ayat mesti kerapkali dengan perkataan BODOH atau DOH ..
Dan kini ianya kembali digunakan... Hurm... sesuai ke digunakan dalam blog kita ? Jangan lupa , sebagai blogger kita bukan saja menyampaikan maklumat mahupun menjadi pencerita tetapi kita juga secara tidak langsung mendidik pembaca kita ..
Bahasa jiwa bangsa ... kalau pasar tu biasa la.. tapi kalau yang tak sesuai tu , kan lebih baik ditapis ... tu lebih bagus dari dok mengajar pembaca kita dengan perkataan-perkataan yang tidak manis langsung dibaca ..
Jangan lupa .. amalan kita juga dicatit disitu.. mereka baca apa yang kita tulis.. jika baik yang kita tulis , baiklah yang kita dapat .. jika sebaliknya ..sendiri mau hengat la yer ...
Selamat malam ...
Cerita Pirates of the Kasih : The Movie mengisahkan hero aku bukan captain Ujang yang sedang berjuang mendapatkan kembali chenta setelah dia dan isteri Nadya O'Conner terpisah dilautan Atlantik setelah berlaku eksiden ketapi bawah tanah seminggu enam belas hari tiga jam suku selepas kejadian INI.
Menurut tilikan mamaDiana (captain), iaitu nujum mak belalang Negara MTT, Nadya O'Conner telah diculik oleh geng Lanun Jalanan yang diketuai oleh Areliff yang berniat asal mahu menyelamatkan mangsa eksiden ketapi bawah tanah hanya untuk mendapatkan glemer, tapi setelah dia melihat Nadya O'Conner yang muka iras-iras gadis melayu , dia yang merupakan peminat num. 1 Mawi yang hit dengan lagu “Siapa bilang gadis melayu tak menawann.. tak menarik hati… “ terus menculik Nadya O'Conner untuk dibawa lari.
sambungan ...SINI
Kenal ? Otai nehhh.. hahaha.. dulu jual burger cap otai ... dia ni la pengasas plastiknya ... hehehhe...
Diorg ni saja nak kasi aku jeles nih !! Ni yang aku nak buat FLASH gak..tapi tamo la... hehehehe... maintain dengan apa yang ada .. cam ni punya header pon dah dapat masuk majalah gak kan ? hehehe ...
http://www.macamnilahkita.com/
Bagi yang berminat nak tukar banner ....leh amik code html ni...
( <center><embed src="http://bit.ly/lkojxc" quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" width="400" height="150"></embed></center> )
Gulp ... Tadi aku ada buat satu entri kat SINI .. Kiranya aku puji pemandu bas SANI EKSPRESS yang berhati hati memandu sewaktu dalam perjalanan tadi ..
Alhamdulillah .. selamat tiba aku ke destinasi yang ditujui.. Cewah.. cam raya lak eh .. Selepas subuh , aku sambung tidur jap.. sebelum bangun dan mula bekerja ... kerja untuk blog .. hehehe ..
Dalam kul 12 tengahari tu, aku layan tv jap.. Tgk berita terkini di tv3 .. Tup tup . .ada satu berita membuatkan aku terbeliak !! Gulp !! Sebuah bas SANI EKSPRESS dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur terbabas !
Mak aihhhh .. baru je puji pagi tadi.. tau tau ada dah kes.. Kesian kat tokey.. Tak silap aku , dia baru dapat anugerah kan ? Hurm... Apa nak buat .. kita ni manusia .. Nak kata lebih lebih , tak leh la kan ..
Apa pon , kata kata semangat dari aku.. teruskan memberi perkhidmatan cemerlang .. Aku rasa dia lebih arif bab ni.. dan tau apa nak buat.. Kita jangan dok terus kondem syarikat tu .. Itu semua ketentuan Ilahi.. kita sendiri bawak kereta pon kadang kadang eksiden atau hampir eksiden.. apakah kita juga patut dikondem sekiranya ianya berlaku ? Hurmm...
Geram sebenarnya aku tengok kejadian ni kelmarin sewaktu aku nak balik ke Putrajaya .. Tapi memandangkan waktu tu aku nak cepat dan aku berdoa dalam hati agar gadis tersebut cepat yang dia sedang ditipu !
GORES dan MENANG .. tu lah dia .. korang tau la sapa punya kerja ni kan ? Kesian kat budak perempuan tu.. Sambil aku lalu tu , aku sempat jeling .. budak laki tu dok cakap hadiah kereta .. dan budak perempuan tu siap tanya macam macam .. Manakala rakan budak laki tu , sorang standby usha line dan sorang lagi , perempuan beria ria mengiyakan kemenangan peserta lain ..
Hurmm.. kawasan tu biasanya penuh dengan polis tapi peliknya petang tu takde .. haih.. Kalau terjumpa , mau jer aku suruh polis g usha kat tempat tu ..
Hurm.. sasaran mereka , aku rasa budak perempuan yang keseorangan ketika mahu ke Hentian BTS tu... aku harap korang yang baca blog aku ni , tolong berhati hati jika ke sana.. tak perlulah dok pk nak senang cepat .. Takde maknanya kat KL ni nak senang dengan cara gores dan memang .. Mengarut je semua tu !! ...
Gambar HENTIAN BTS , klik SINI