Kalau orang tanya aku la kan ... " Ben , kau blogger ke ? " ... Aku segan nak mengaku yang aku ni seorang blogger .. bukan segan sbb jadi blogger tapi tak layak nak mengaku aku seorang blogger ..
Dari pandangan aku la kan , blogger ni sangat besar peranan dia dalam dunia maya .. Menyampaikan maklumat dan infomasi walaupun sekadar bercerita tentang kehidupan sendiri adalah sangat sangat memerlukan satu keberanian kerana bagi aku blogger PERLU BERKATA BENAR !
Setiap perkataan di dalam blog akan dibaca oleh pengguna internet .. Bayangkan jika kita salah menyampaikan maklumat seperti yang aku tersilap buat ari tu berkaitan gerhana bulan yang mana ianya dah berlaku sehari sebelum tetapi ada maklumat dalam intenet mengatakan akan berlaku malam hari berikutnya.. Satu maklumat yang salah telah aku sampaikan dan aku perlu membetulkan dengan segera ..
Itu satu contoh .. Kemudian , amik contoh blogger blogger yang punya blog yang biasa tapi maklumat dan infomasinya yang disampaikan amat berfaedah sekali kepada pembaca lain ..
Bila dibandingkan dengan blog aku , mmg jauh beza .. Sebab tu aku segan nak mengatakan aku ini blogger tapi aku ada blog .. Yang tu aku tak segan la.. tak salah kan mempunyai blog .. dan aku sedang berusaha menjadi seorang blogger yang memberi manafaat kepada pembaca blog aku ! InsyaAllah ...