Kantoi !! Sampai merah merah muka dia makan durian ! hahahaha...Skang ni di Balik Pulau , Pulau Pinang .. musim durian .. Best ! Banyak gerai jual buah durian dibukak ...
Murah ? Hurm.. bergantung sebenarnya.. kalau orang luar , mmg kena 'sembelih' la .. Tapi berbaloi ! Ari tu aku makan sebijik pon dah cukup ! Dengan manisnya.. lembutnya .. gasnya lagi ..Pergh.. mmg berbaloi ..
Yang menariknya , sepanjang aku di Balik Pulau tu , majoriti yang jual adalah orang cina .. Dan yang membelinya pon orang cina ! Haaa.. jangan tak tau !! Menurut bapak aku , durian Pulau Pinang adalah antara yang terbaik dalam negara .. Ini kerana ianya berdekatan laut .. Kena bayu laut .. Tu dia kata la.. Wallahualam .. Tapi mmg sedap la ..
Haaa.. nampak tak ? Buah dia dibalut !! Sanggup pemiliknya memanjat pokok durian yang tinggi ni hanya semata mata untuk membalutnya .. Hehehe... ni mesti gred baekk punyaa...
Sepanjang perjalanan termasuk di atas kepala korang boleh nampak buah durian ..Risau buah durian jatuh atas bumbung kereta ?? Heheh.. diorg dah letak jaring wooo...
Tapi berharap gak dapat durian free.. kot jatuh kat tepi jalan tu ke.. hahaaha.. Tak la.. bapak aku pon ada dusun durian dia sendiri.. Tapi dia pajakkn dah ... Mana larat nak makan .. Kitorang anak beranak pon tak makan sangat dah .. Risau penyakit.. hehe..
Cuma ada pesanan 'penaja' dari rumah .. Minta bawak balik skit durian ... Tapi diabaikan pesanan tersebut.. Busuk kereta nanti !! hahaha.. mau mau seminggu baru leh hilang !
Durian punya pasal ... huhu..
Sampai dah di Putrajaya .. Penat giler .. Dua hari kat sana , macam macam kena buat .. rehat kat hotel boleh dikira... Sesampainya di hotel jam 4 petang , jam 5 kemudian dah keluar ke Balik Pulau .. Sebelum itu , aku sempat update blog dan charge netbook dan juga hp aku .. Tujuan , nak update cerita terkini sewaktu di sana nanti ..
Sampai sana , aku update.. dan update .. terus update walaupun perbincangan sedang dijalankan .. Setiap idea yang menerjah , aku takkan sia siakan ..
Lepas balik dari Balik Pulau , aku ke Tanjong Tokong.. Kat sana , tak sempat nak update...tengok jam dah kul 12 malam.. Hurm... hurm... pasti ada yang tertanya , mana menghilang aku walaupun tau aku bz dengan hal famili ..
Selesai ziarah pakcik aku .. Balik hotel.. jam 2 pagi ... mandi , solat .. update blog lagi ! sampai kul 3 pagi.. buat auto post lagi untuk pagi berikutnya .. Mmg sangat penat minda dan fizikal.. Tapi apa boleh buat ? Tiada jalan mudah untuk berjaya ..,
Dalam kereta , aku update lagi walaupun aku dah buat auto post entri .. Dalam masa nak update , aku snap gambar lagi ... hehehe... segalanya serentak ... Segalanya adalah maklumat dan isu bagi aku.. hehe... Penting ..
Bila balik KL , dalam kereta aku tetap update gak .. Sampai ke rumah mak aku , aku terus charge hp dan update lagi ... hehehe.. Gila update ? Entah.. korang fikir la sendiri ..
Apakah aku taksub dengan blog ? Jawapannya , tak ... aku bukan taksub .. tapi blog adalah keutamaan aku sekarang .. Ianya 'pekerjaan' aku skang ... 100% komitmen dari aku...
Gila ? Tak .. aku sedang bekeja untuk berjaya menjadi bos pada diri sendiri ...
" Tertanya tanya dan tercari cari .. apakah keistimewaan blog ini " ..
Alhamdulillah... selamat sampai di Putrajaya dengan perut cam gajah mengandung 28 bulan .. Terima kasih pada yang mendoakan keselamatan aku dan keluarga aku .. Dan DIGI WWWOW pon dah tiba ke kemuncaknya.. Sapa terpilih , aku pon tak tau .. Letih nak pk.. ada rezeki , ada la...
Ok.. tajuk... Persoalan tu tadi dikemukakan oleh seorang pengomen di blog aku tadi.. aku cari balik , tak tau dah kat mana .. Yela, komen yang ada pun bukan skit .. Ada 132 ribu kesemuanya ..hurm.. tu tak termasuk Cik Anon yang aku delete tu .. huhu ..
Jawapan...
Blog aku ni sama je cam blog blog peribadi yang lain ... Aku tak pastilah kat mana keistimewaannya .. Dan aku tak terpikir pon nak cari kat mana .. Cuma , apa yang aku tau .. aku berusaha untuk menarik pembaca pembaca pelbagai peringkat usia dan juga bangsa .. Aku percaya ada pembaca aku bukan saja dari bangsa Melayu kan ?
Usaha yang aku maksudkan adalah , dengan memikat pembaca menggunakan entri entri yang pelbagai isu .. tidak hanya mengenai dunia blog .. dunia persekitaran aku malah isu isu semasa jugak aku turut kongsikan bersama sama dengan pembaca di blog ini ..
Apa yang aku sampai di dalam blog ini bukanlah satu penulisan tetapi satu bual bicara di kedai kopi dalam keadaan yang sangat rileks sambil bermain dam ... SANTAI ... Sebab tu ada yang cuba berbalah atau menyampaikan kritikan dan aku membalasnya semula .. Kata berborak .. kan ? Takkan nak telan gitu jer .. hehee ..
Hurm... macam aku berikan tips sebelum ini .. Sewaktu aku buat blog , aku fikirkan .. mana satu aku patut utamakan .. PROMOSI atau ENTRI ? Maka aku utamakan PROMOSI terlebih dahulu selama setahun .. Ada kesan buruk gak .. Ramai kata aku gila glamer sedangkan mereka tak perasan impaknya pada masa jangka panjang ..
Aku tak buat blog untuk maju di keesokkan harinya .. Aku sasarkan 2 tahun kemudian untuk berada satu tahap yang aku inginkan .. Dan hari ni saja blog aku dah berada di ranking ke 178 di dalam Malaysia.. bersama sama dengan web web popular yang lain seperti FACEBOOK dan GOOGLE.COM .. Satu pencapaian aku yang tak dijangkakan langsung tetapi aku inginkan ..
Tak kisahlah nak kata aku apa pon .. Aku buat blog , aku ada sasaran .. Aku bukan saja suka suka atau hobi .. Aku nak buktikan bahawa bukan selebriti pon mampu berada di satu tahap yang mana mereka pon boleh kenal kita , sebagai seorang blogger ... Berjaya atau tidak , wallahualam .. janji membanggakan !
BLOGGER PILIHAN ...
Satu lagi ? Sapa yang menjadi blogger pilihan berdasarkan mereka yang rajin mengomen di ruang komen blog ini ? Hurm.. sapa eh ? Korang rasa sapa patut aku pilih ? ni last untuk malam ni .. haaa..
Tak pe la.. apa kata aku bukak satu lagi ni khas untuk korang yang berminat ? Amacam ? Senang jer .. tak perlu buat sebarang entri .. hehehe.. ok ?
Caranya , mudah saja ... aku bagi soalan.. korang jawab di ruangan entri .. Jadi rakan rakan pembaca lain boleh jadi penilai .. hehehe.. ok kan ?
Soalannya ... Kenapa korang rasa blog korang patut menjadi tempat persinggahan pengguna internet setiap masa ?
Korang jawab je kat ruang komen ni je yer ... Jawab sebijaksana yang mungkin ... kot kot .. rezeki korang malam ni.. leh tambah rakan pembaca dan juga blogger kan ?
Mungkin korang pernah dengar perkataan LINE CLEAR kan ? Tapi kalau Nasi Kandar LINE CLEAR , camana pulak ? Ok... Haaa... Baru tadi , aku singgah sekali lagi LINE CLEAR .. Seingat aku , aku pernah singgah sekali jer ..
Terletak di Jalan Penang , LINE CLEAR ni senantiasa menjadi tumpuan ramai termasuk pihak berkuasa tempatan.. heheh .. Gambar kat bawah ni , kat LINE CLEAR..Sedap ker ??? Rujuk gambar di bawah sekali ..
Dan ... 10 minit kemudian ..
Blurppppp.... Alhamdulillah ..... Amacam ?
Dalam entri aku INI , alhamdulillah .. mendapat respon dari rakan rakan pembaca dan juga blogger ..
Ada yang fikir aku ini tak leh 'dicili' gak ...Katanya aku pandai 'mencili' orang lain dalam entri aku ... Kalau dibaca betul betul dalam entri aku , setiap kali aku bidas seseorang , aku beri gak pendapat dan juga cadangan untuk kebaikkan bersama .. Aku bukan jenis mencili jer orang pastu blah cam tu jer .. Apa guna gitu kan ? Tak baik la.. Itu akan membangkitkan ketidakpuashatian orang yang terasa ..
Entahlah , mungkin ada yang tak reti baca abis ... Bila ada blog kritik aku atau bidas aku dalam entri , aku akan menjawabnya dalam blog aku .. Aku menjawab bukan sebab aku melenting tapi aku memberitahu situasi sebenar... Tetapi yang aku tak puashati ialah , mereka hanya pandai bidas tetapi tidak pandai langsung mencadang ! Tu yang aku tak gemar !! Kalau takat bidas , aku pon boleh.. setiap blog ada je kelemahan .. Mana ada blog yang sempurna kan ?
Sebab itu aku kata , perlu ke komen yang pedas terhadap sesuatu entri ? Jawapannya , Perlu jika perlu ... Tidak , jika tidak membantu perkembangan blog itu ..
Aku seorang yang terbuka .. Jika logik , aku terima .. Jika tak sesuai dengan identiti aku , maafkan aku.. aku terpaksa tolak ...
Aku kembali ke satu konsep yang aku buat dulu ... " tinggalkan komen di blog agar pembaca tertarik pada si pengomen tu .. " dan jika bernas , logik serta berhemah komennya itu maka aku akan jadikan dia BLOGGER PILIHAN , sekiranya dia ada blog ..
Kalau takde blog camana lak ? Tu aku tak leh nak kata apa la kan .. Jadi buat mana mana pembaca di blog ini yang ada blog , pastikan di profile korang tu ada isi segala infomasi yer ..
Jadi sehingga skang aku dah pilih 3 blogger pilihan berdasarkan komen komen mereka semalam .. apa yang aku cuba buat ialah menunjukkan tips memikat blogger di dalam komen mereka ..
Tidak ikhlas ? Bagi aku , ikhlas atau tidak , kita tak tau .. Tapi itu lebih baik dari dia drop komen yang tah hapa hapa kan ? Baik dia memikirkan cara untuk pikat blogger tu dengan komen komen dia ..
Puji ? Puja ? Aku rasa blogger tu tau mana satu komen .. dan mana satu nak ... heehhe... masing masing dah bijak..
Bila aku post entri , aku tak harapkan pujian .. apa yg aku harapkan cuma respon dr pembaca yg berguna utk aku dan pembaca yg lain ... Berkongsi maklumat , dlm erti kata lain ...
Bg aku dunia blog ni bukan satu kelas pengajaran penulisan karangan .. Teknik penyampaian adalah berbeza beza ..Itu yg membuatkan ianya menjadi lebih menarik ..
Mereka yg gemar kritik membabi buta adalah dari golongan yg kurang peka .. membaca entri dari satu sudut yg sangat sempit .. mencari kesalahan lalu melepaskan ke dlm komen ... Ada mereka ucapkan terima kasih pd penulis blog tersebut atas maklumat yg disampaikan walaupun sebesar kuman ?
Kritikan terhadap blog membantu menjadikan penulisan blog lebih bermutu ? Aku rasa tak perlu kritik ..lebih cantik lagi jika berkongsi pendapat ... Kritikan akan menghasilkan blogger yg berpura pura .. inginkan kesempurnaan tapi melepaskan identiti yg menjadi dirinya unik ..lain dr yg lain !
Ada yang mintak aku tunjukkan perjalanan ke Balik Pulau.. Sebenarnya perjalanan ke Balik Pulau ni , satu tika dulu menakutkan aku .. lebih lebih lagi bila malam .. Perghh... evil dead wehhhh...
Pernah ayah aku takutkan aku dengan cerita tentang komunis yang berlambak kat situ .. Yelah, kawasan hutan .. diorng menyorok kat situ... Hurm.. Cam semalam , dia cerita sewaktu dia masih budak... Selalu main bawah rumah .. Tika tu , tentera Jepun dah berundur .. Dia suka main bawah rumah.. Ada sekali tu , dia dok selongkar bawah rumah dan jumpa beratus ribu duit note Jepun ( masa tu dipanggil duit pokok pisang ) .. Dan dia dok buang gitu jer .. Gamaknya skang ni mesti jadi duit antik gitu kan ?
Permandangan dari bilik hotel ..
Mak sedara aku dan durian hasil dari pokok sendiri..Mmg berantu !! Dok pk , camana nak bawak balik KL ! Hurmm..
Dan bawah ni , perjalaanan ke Balik Pulau ...
Antara dusun rambutan milik ayah aku..