Antara blogger masakan yang pernah aku jumpa .. Sangat best n cool orangnya ..
Antara blogger masakan yang pernah aku jumpa .. Sangat best n cool orangnya ..
Blogger yang mmg tidak asing lagi .. berada nun di negara sinun ! hehehe.. bila laa nak g sana eh.. hehehe ..
Sepanjang malam ni , aku nak bawak rakan rakan aku mengenali mereka yang banyak membantu aku dari segi memberi sokongan moral di kala aku masih bertatih lagi ... Mereka inilah banyak menyokong aku dari jauh .. Sama tapi tak serupa .. Mereka ini layak digelar senior dunia blog ..
Yang pertama ...
Gamaknya mmg sesuai aku berjiran dengan MAT GEBU , KAK UMMI ZAIHADI , KAK LemonGrass , KAK NOR , KAK YATIE ... pergh.. semua ni geng geng masakan ... Sori akak sekalian , tak ingat url blog .. hahaha.. panjang panjang belaka ..
Kalau orang tanya aku , pada sapa aku terhutang budi dalam dunia blog ni .. Mereka mereka inilah yang banyak membantu memberi aku semangat dalam dunia blog .. Mereka ini adalah blogger blogger masakan .. Mereka popular dalam dunia mereka sendiri wooo ..
Malam ni , aku akan perkenalkan korang dengan mereka mereka ini dalam segmen khas , KENALI MEREKA ... Hehehe.. sapa kata aku lupa daratan ??? Ingat wooo ..
Kalau tak kerana dapur mereka , perut aku tak buncit tau skang neh !! Jadi untuk menghargai segala kebaikkan mereka , malam ni kita serbu mereka eh ...
Bila dapat komen begini , maka ada yang akan fikir ..
" Ala.. dia nak kita follow blog dia je tu " atau " Ni nak bodek jer " .. tapi kita terlupa tang satu ayat yang patut diberi penekanan iaiti ..
" asyik dengar dr mulut kwn sepejabat "
Bukti bahawa blog kita ini diterima ramai ialah bila blog kita menjadi perbualan .. Tak kira bagus atau tidak .. Puji atau keji ... Mereka membicarakannya ..
Bila mereka membicarakannya , pasti akan tergerak hati untuk melihatnya sendiri .. Bila mereka masuk dan lihat , jika sebaliknya dari apa yang digembar gemburkan itu , maka kita akan dapat pembaca baru yang bakal setia menanti entri terbaru kita atau sebaliknya ..
Cara begini akan menghasilkan FOLLOWER yang asli .. Mereka berminat kerana cerita kita .. Sebab itulah segmen menjadi medan promosi blog terbaik bagi aku .. Segmen juga bertindak menjadi medium agen pengiklanan bagi para bloggers ..
Cara paling pantas untuk mengiklankan blog setiap hari adalah dengan menyertai SEGMEN para blogger .. Bila dah meletops , barulah keluar dari kempompong yang ada sekarang ..
Join segmen , bukan bererti merendahkan martabat blog tapi adalah langkah awal untuk mencari tapak bagi mendedahkan diri dalam dunia blog ..
Cuma mereka yang tak faham akan mengatakan bahawa segmen ini membuang masa .. Mereka cuma fikirkan mengenai 'kulit' ... tak berminat langsung untuk menerokai lebih mendalam ..
Selepas ' kau ku miliki ' ..
LELAKI : Ok.. kenyang dah i .. I balik dulu yer .. Nite , bye .. LUV U ..
PEREMPUAN : Ok .. bye.. nite .. LUV U too ..
Sekali gus ucapan itu dilafazkan tanpa tengok mata ...
Sebelum ' kau ku miliki ' ..
LELAKI : Oh .. alhamdulillah ... kenyangnya .. tapi kalau u masak lagi sedap kan ?
PEREMPUAN : Ala u ni .. mulut maniss jee... nanti kalau dah kawin , kalau i masak tak sedap , u kutuk .. siap uuu.... Kuali tu i rebus , kasi u buat ulam tauuu ..
LELAKI : Jangan kata kuali uuu.. tong gas tu pon u rebus sekali.. i rela makan demi u ! .. OK lah , i balik dulu yer ... kang sampai rumah i call u yer .. Tak abis rindu i kat u ari ni .. Auwww..
PEREMPUAN : Amboi.. ni dok depan mata pon masih merindu i ? Auww.. u ni manis kata kata u yer.. nanti kalau dah kawin , tinggal hampas je la kan ? Gula semua dah guna sebelum kawin .. kan kan uu ?
Bla .. bla ... bla... lagi sejam baru balik sedangkan dah ucap nak balik sebelum tu.. sayang nak tinggalkan ..
Begitulah lumrah perkahwinan ... ada manis ada pahitnya.. Tapi apa yang aku tulis ni ,jarang kot berlaku .. tak caya tanya rakan rakan kita yang dah berkahwin ni ...
Pengucapan I LUV U ni sebelum berkahwin lebih bermakna dari selepas berkahwin ..
Ok....dengan menggunakan senarai INI ikuti langkah yang aku tulis ni ..
Tujuan segmen ni mudah jer .. AKU PROMOTE BLOG KORANG .. KORANG PROMOTE BLOG AKU .. ok ?
Bila baca entri NAMEE , terasa kesian sungguh kat diri aku ni .. MAAF , aku tak harap simpati dari sapa sapa .. Kenapa aku rasa kesian ?
Tidur jam 2 pagi setiap hari untuk selesaikan bab dunia maya .. Kadang kadang ada email , pertanyaan , itu ini la... macam macam .. kat FB ,Twitter ( tak terlayan langsung ) dan juga blog ..
Bangun kul 530 pagi .. celik mata .. dah uruskan hal duniawi ... Sepanjang hari , aku dan blog takkan dapat dipisahkan .. Mesti ada pelik , wife camana lak ? Ada orang makan sambil minum .. ada orang makan dulu baru minum.. ada orang makan dulu ,esok baru minum kan ? Jadi mana satu kita , hanya kita je tau.. takkan nak cerita semua kan ?
Apa yang aku cuba buat adalah untuk mengecapi satu nikmat yang mana hanya aku saja mampu buat ! Iaitu aku buat tanpa perlukan sebarang kabel dah !! Hanya perlukan masa , kesungguhan , kreativiti dan juga kesabaran ..
Peliknya , ramai tak sedar .. Ibarat menanam pokok.. kita tak boleh sekadar mencampakkan bijik benih dan tunggu ianya mencambah.. kita kena baja , kena siram air setiap masa ... pastikan cahaya cukup.. jauh dari serangga perosak ..
Bukan senang ! Tapi datang kambing ..main ragut abis tanaman kita .. Nak salahkan sapa ? Salahkan kambing atau tuan kambing tu ? Bagi aku , salahkan diri sendiri.. kita yang tak jaga ... leka dan lalai ...
Bila sampai masa , jika itulah rezeki kita , kita nikmati.. Allah beri segala kenikmatanNya pada kita .. Kalau sekadar 'serah 100%' , itu dah salah .. Kena ada usaha .. doa dan akhirnya sekali tawakal ..
Aku usaha dah .. setiap hari aku berharap ( doa ) blog aku dikunjungi pembaca dan diberi idea untuk update blog dan selepas itu , segalanya kembali kepadaNya ..
Kenapa perlu ada rasa sakit hati atau ... MENYAMPAH ? Sebelum menyampah kat orang , cuba bagitau kenapa ? Pastu cermin balik diri kita , kita menyampah kat orang , berapa ramai pulak menyampah kat kita ?
Satu segmen yang mmg untuk mempromosi blog rakan rakan dengan cara mudah ..
Baca betul-betul... sangat mudah .. tak yah pening pening kepala ... Ok.. ingat , setiap blog yang join perlu bersikap sporting .. Tolong jangan pentingkan diri sendiri .. Haaa..
Mula mula , apa yang aku nak ialah ... kalau korang rasa blog korang best , sila join .. Caranya mudah saja .. cam biasa .. buat satu entri ...
Tu je.. hehehe.. Arahan seterusnya , selepas ini ... korang ada sejam untuk join segmen ini .. Tutup jam 3.30 petang ...
Loh .. ingatkan berat bila kawan lama call ... Atau tetiba je ada kawan baru dok sms tanya khabar , tanya bila free.. Betul tak ? Kadang kadang semua tu buat kita terharu jer . Prihatin betul kan ?
Tapi bila mula tanya bila free , ajak jumpa , pastu kata ada menda nak dibincangkan .. Pasti ada sesuatu dalam benak kita kan ? Bila tanya, apakah itu ? Maka jawapannya , nanti jumpa baru bagitau ..
Pelik ? Kadang kadang kita tak leh berfikiran negatif.. Jangan buruk sangka kan ? Aku tau dah itu jawapannya .. Tapi mengikut pengalaman , majoritinya , TIPAH TERTIPU BANG !! ..
Masa tu nak salahkan sapa ? Nak reject , nanti kawan tu masam je muka.. terus muka cam cipan .. Nak 'turut serta' ? Grr... Nak join tu mudah.. tapi nak laksanakan ? Maka akan dikatakan , bukan mudah nak mudah .. segalanya kena usaha ! Kalau gitu , baik meniaga nasik lemak depan rumah ...
Apa pon , segalanya bermula dari bawah .. takkan jalan mudah nak kaya walaupun jual gelang !
Aku baru terima satu email dari satu syrarikat pengiklanan... Ni email kedua yang aku terima .. Katanya dia nak 5-10 blog yang mana trafiknya lebih dari 1 ribu UV dan PAGERANKnya adalah 2/10 ..
Hurm... rasanya banyak blog lebih dari 1ribu UV .. Tapi PAGERANK ?? Ada sapa sapa berminat ? Kalau ada yang menepati piawaian ... boleh tinggalkan url kat ruang komen entri ni ..
Tapi pastikan PAGERANK adalah 2 atau lebih dari tu ... Untuk checkpagerank ,
A.S.A.P
"saya blogger dari tawau, sabah , juga merupakan salah satu silent reader n peminat blog abg ben . hehe . saya ada cadangan , kalau boleh kan abg ben buat lah review entri pasal ENTRI PERTAMA d blog abg ben semasa PERTAMA KALI berblog dan terus bagi direct link ke ENTRI PERTAMA abg ben tu , sudah tentu followers blog abg ben dan saya sendiri nak sgt tahu apa yg terkandung dlm entri pertama d blog abg ben tu . thx abg ben (: "
Ini entri pertama aku dalam dunia blog ...
http://www.benashaari.com/2009/09/aku-hanyalah-aku.html
Dan ini entri pertama aku yang dapat lebih 10 komen ...
http://www.benashaari.com/2009/10/iklan-ayam.html
Hurm... Aku sama je cam korang kan ? Takde beza pon ... Semoga berjaya ...