" Alamak , ada artis kena tangkap khalwat ! .. Best ! Buat entri ni mesti meletop !! "
" Malaysia kalah ngan Liverpool ? Tak heran ..dah tau .. Aku nak buat entri la .. nak hentam pasukan Malaysia .. "
" Si Ben Ashaari wat segmen mengarut ! Hahah.. jom kutuk dia .. best punya neh ! "
3 dialog berbeza tapi membawa satu makna .. iaitu nak mengutuk dan mengkritik ... Mmg best punya.. Yelah , mmg kebanyakkan kita ni gemar membaca gossip , kritik ,kutuk dan apa saja yang negatif kemudian dijadikan topik perbincangan .. Walaupun bukan semua tapi ini boleh berjangkit kepada mereka yang tidak terlibat kerana boleh terpengaruh .. Best pe bergossip gitu ..
Tapi cuba fikir kembali .. Jika mereka ini berbuat sesuatu yang baik , berapa ramai membuat kembali cerita mengenai kebaikkan yang mereka buat itu ? Takde kan ? Sapa nak baca mengenai kebaikkan .. Sikit je kan ?
Sebab tu aku kata , kita sebagai blogger , kena bijak .. Jangan sedap mencari isu tapi tak pandai cover semula isu tersebut ! Contoh yang aku baru tadi ialah UNIFI .. Sebelum ni aku pernah kritik UNIFI kerana pemasangan yang melebihi tempoh yang dijanjikan .. Dan jika mereka dah datang dan pasang serta layanan yang ok , takkan tak nak bagi kredit kan ? Kena la bagi penghargaan ..
Jangan pandai mengkritik jer .. Kena bijak menghargai juga .. Barulah orang kata blogger ni bijak belaka .. Bukan mencari isu panas untuk dijadikan entri saja !