KUALA LUMPUR : Persatuan Kucing-Kucing Bersatu Malaysia atau lebih dikenali MEOW-MEOW , telah melantik seekor tupai kacukan untuk menyaman manusia manusia yang telah atau akan menganiaya binatang binatang peliharaan mereka . Ini termasuk dengan tidak memberi makan , menjentik telinga mahupun menjerkah pada binatang peliharaan mereka .
Di samping itu juga , persatuan itu juga mengugut akan mengadakan perarakan secara haram yang bermula dari Hutan Lipur Lintang hingga ke KLCC untuk menyampaikan petisyen mereka .
Antara kandungan di dalam petisyen itu adalah , denda yang tidak kurang RM 1 juta bagi tiap tiap binatang yang dianiaya atau sebat 5 kali bagi tiap kesalahan . Hukuman sekarang ini terlalu ringan berbanding penderitaan mereka .. Zahir dan batin !
Presiden Persatuan MEOW-MEOW berkata , " Kami tidak lagi mau menjadi deraan manusia di zaman ini ! Firaun pon takut dengan kami tau ! Kami dah cuba menjadi sekiut yang mungkin untuk manusia agar mereka senang hati ketika bermain dengan kami .. Tapi inikah balasannya ??? ".
Presiden tidak dapat menyambung lagi ucapannya kerana terlalu sedih .. Wartawan yang tulis berita ni pon sedih tau ! - BEUTER