Susulan kes dera kucing .. Peguam dilantik.

by - Rabu, September 07, 2011

 

lawyer

KUALA LUMPUR : Persatuan Kucing-Kucing Bersatu Malaysia atau lebih dikenali  MEOW-MEOW , telah melantik seekor tupai kacukan untuk menyaman manusia manusia yang telah atau akan menganiaya binatang binatang peliharaan mereka . Ini termasuk dengan tidak memberi makan , menjentik telinga mahupun menjerkah pada binatang peliharaan mereka .

Di samping itu juga , persatuan itu juga mengugut akan mengadakan perarakan secara haram yang bermula dari Hutan Lipur Lintang hingga ke KLCC untuk menyampaikan petisyen mereka .

Antara kandungan di dalam petisyen itu adalah , denda yang tidak kurang RM 1 juta bagi tiap tiap binatang yang dianiaya atau sebat 5 kali bagi tiap kesalahan . Hukuman sekarang ini terlalu ringan berbanding penderitaan mereka .. Zahir dan batin !

Presiden Persatuan MEOW-MEOW berkata , " Kami tidak lagi mau menjadi deraan manusia di zaman ini ! Firaun pon takut dengan kami tau ! Kami dah cuba menjadi sekiut yang mungkin untuk manusia agar mereka senang hati ketika bermain dengan kami .. Tapi inikah balasannya ???  ".

Presiden tidak dapat menyambung lagi ucapannya kerana terlalu sedih .. Wartawan yang tulis berita ni pon sedih tau ! - BEUTER

You May Also Like

15 comments

  1. Memang patut pun kena sebat. Hehehehe !

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  2. saman jangan tak saman..rotan je buat niaya kat binatang macam tu.. teruk betul manusia mcm tu.. tau nak untung je..

    understanding type of income-cara carik duit lebih

    BalasPadam
  3. Kucing kadang2 lagi baik dari manusia terutama yang namanya lelaki.

    BalasPadam
  4. Wahhh mengganas..tapi nama persatuan chomel ! MEOW MEOW.. Haha :))

    BalasPadam
  5. sebat jer dua ekor tu kasi pecah lemak kat ponggong dia,.
    jom pakat ramai2 terjah ke blog sy,
    ada pelbagai info2 terkini lg sengsasi,
    baru diupdate sebentar tadi,.
    ''pemilik petknodet ambil terlalu banyak permintaan sehingga abaikan kucing dan sebabkan kematian dan kebuluran,
    azean irdawaty lebih sebulan terlantar sakit,
    gambar2 kucing yg masih hilang dibawah penjagaan perknoted,
    CEO yahoo dipecat ?,.
    ada lagi pelbagai info2 terkini lagi sengsasi yg wajib dibaca,
    jom ramai2 terjah ke blog saya,..

    BalasPadam
  6. tupaiiiiiii kacukannnnnnnnnnn..ahahahhahahaha...siyes macam ciciiii!!! ggrrrrrrrrrrr...

    BalasPadam
  7. comey sehhhhhhh...hahaha... meow2..euwww..haha #komen tak dapat diteruskan berikutan sedih..

    BalasPadam
  8. hehehe
    bagus gak kalo ade peguam cam ni
    heeeee
    geruuunnnn!
    tapi bulu die yg comei tuuu
    hahha

    BalasPadam
  9. mmg elok masuk penjara jer....melampau betullll...mintak2 lulus aminnnnnn

    BalasPadam
  10. sanggup diorang dera kucing kan...isk isk isk...

    BalasPadam
  11. bagus persatuan ni, membela nasib haiwan peliharaan yang teraniaya....tapi lawyer dia garang betul, takut nengoknye...

    BalasPadam
  12. mcm kucing akk lorrr

    slmt hari raya

    http://batulesung.blogspot.com

    BalasPadam
  13. setuju sgt2.. memang patut diambil tindakan.. ramai sgt wujud manusia KEJAM sekarang.. kalau x diambil tindakan undang2.. gejala ni akan semakin berleluasa.. semakin ramai manusia yang tidak berperikemanusiaan muncul..

    BalasPadam