" Maaf kawan-kawan .. Aku tak dapat hadir.. "
Kempunan .. Kempunan nak melepak bersama rakan-rakan sekolah nun di zaman berseluar hijau.. Setelah lama tak jumpa , inisiatif seorang kawan buat open house hari ini dengan harapan dapat berkumpul beramai-ramai untuk kembali mengenang saat kenakalan dulu .. Teringat zaman peperiksaan SPM dulu.. Ujian serta keputusan SPM di luar jangkaan tetapi alhamdulillah , 80% kawan aku jadi manusia dan berjaya memimpin keluarga mereka ..
Dah plan nak pergi .. tapi apakan daya , kita mampu merancang saja .. Wife sejak semalam tak sihat .. Muntah teruk dan tak bermaya untuk jalan jauh .. Aku pon cam demam dah je ni.. Cuaca di Putrajaya penyumbang kepada faktor kesihatan juga.. Panas terik ! Bukan salah cuaca la cuma badan ni je tak tahan panas.. Dah tua gamaknya.. hehe..
Selain dari tu , rumah abang angkat aku , Dato Suhaimi Shahadan pon buat open house.. Keluarga aku semua g setelah dijemput.. Ari tu pon dia sekeluarga datang beraya rumah mak aku.. Aku plan nak g gak sbb ada perkara nak bincang tapi dah tak sihat ni , kensel je la..
Risau.. Kalau g sorang , aku takut aku 'terpitam' seketika dalam kereta.. tu yang merbahaya tu.. Bukan alasan tapi kena fikir semua faktor bila kita dah tak sihat .. Jangan merbahayakan nyawa orang lain semata-mata kerana perkara kecil .. Itu yang aku kira..
InsyaAllah , ada rezeki kita jumpa geng !
Blog Pilihan : Lia Lomi
1 comments
kalau tak sihat baik duduk rumah, jumpa kenalan tu boleh kemudian hari.. takut makin melarat pulak.
BalasPadam