" Mudahnya jadi GURU , kan ? "
Umur aku , 35 tahun . Pelbagai pekerjaan pernah aku buat termasuk menganggur bertahun lamanya.. Sepanjang 35 tahun ini , apakah pengalaman hidup yang paling menarik sekali yang tak mungkin aku lupakan ? Menjadi GURU SANDARAN selama 2 tahun ..
Apa yang menariknya ? Sepanjang 2 tahun itu , aku merasainya seperti bertahun lamanya .. Setiap saat bergerak adalah saat yang sangat indah ! Melihat muka anak murid mengingatkan aku pada zaman persekolahan dulu , betapa aku anti pada guru !!
Bila aku bergelar GURU , aku akan pastikan anak murid tidak ANTI pada aku .. Sukar sangat tapi itulah kehidupan ! Ibarat seorang rodeo menjinakkan seekor kuda liar .. Jika dijinakkan , kuda itu akan menurut kata malah akan manja pada tuannya .. Aku tak la kata anak murid tu kuda tapi ibarat laaa .. aiseyman..
Sukarkah menjadi GURU ? Tak ! Jika punya minat serta dedikasi terhadap tanggungjawab , InsyaAllah akan dipermudahkan . Jika takde minat , suruh jadi perompak pon tak mungkin dapat rompak rumah ! Haa.. Tu contoh je la.. Jangan ikut lak !
Mungkin korang kata , " Alaa.. 2 tahun pon nak kecohhh .. "... 2 tahun di situ , 6 tahun di sektor awam yakni kementerian pelancongan , 4 tahun bergelar programmer , 2 tahun jadi konduktor bus sekolah .. Haaa.. Aku tetap kata 2 tahun sebagai guru itu tetap indah !
Saat paling aku suka ialah , menarik kerusi murid kemudian duduk di tengah-tengah kelas dan diam ! Bayangkan la masa tu badan aku cam Stone Cold ngan kepala botak lagi ! Hahahahaha.. Diam wehh anak murid !! Hahaha.. Dalam hati aku , ketawa terbahak bahak .. Rupanya camni laaa perasaan cikgu aku dulu ehhhh .. Hahahha.. Hampehh ..
Bila kelas tak dapat aku nak handle , aku panggil semua dah duduk di lantai .. Aku bukak cerita .. Kisah pengalaman hidup aku yang aku tokok tambah lagi bagi lagi sedap dan menakutkan mereka .. Haaa.. Yelah , aku jahat .. hahaha.. Tapi niat aku nak sedarkan mereka akan beruntungnya mereka sekarang ini berbanding nenek moyang kita dulu ..
Aku bersekolah Menengah di sebuah sekolah yang mana zaman aku tu , kalau sebut nama sekolah tu , confirm menitis air mata punya laah .. Antara sekolah budak nakal . Aku ni dah la baik budaknya.. Takde rekod disiplin langsung wooo .. Tapi bila tercampak kat situ atas sebab yang tak diketahui ( UPSR cemerlang okeh !) , aku tawakal je la.. Nasib baik ada abang aku kat situ .. Abang aku tu lak , dah jadi cam adik beradik ngan Pengetua sekolah . Takat kena rotan tu ibarat dapat gula gula setiap hari .. Tu abang aku ..
Budak nakal ... Bila aku masuk situ , aku jadi nakal.. Dalam kepala aku hanya nak main bola je .. Pelajaran , bila ujian , 50-50 je lulusnya .. Malas belajar ..
Satu hari tu , seorang guru Sains , panggil aku mengadap dia .. Dia berikan aku satu buku teks tambahan untuk rujukan pembelajaran aku .. Weh !! Mengalir airmata okeh !! Tak sangka ada guru amik berat pada aku .. Selepas tu , subjek Sains adalah subjek kegemaran aku .. Kalau gagal , aku malu pada dia ..
Dalam kelas , aku duduk bersebelahan dengan seorang budak ni .. Dia ni , masa SRP ( skang PMR ) , score cermerlang punya laaa .. tapi dia tak nak masuk sekolah budak pandai .. Nak stay sekolah tu gak..
Satu hari tu kan , dia datang sekolah .. Dia bawak satu paket besar ganja !! Terkedu aku !! Aku rasa kalau buat spot check , ngan aku sekali kena ni sebab subahat ! Tapi dah dia ni spesis gengster sekolah , aku wat dek je la .. Lagi pon dia bukan kacau aku pon ...
Malangnya pelajar pintar cam dia ni , terbiar hanyut .. Bukan dia je , ramai lagi .. Yang nak belajar ni ramai sebenarnya tapi tak dapat perhatian dari guru.. Aku tak salahkan guru .. Tapi kalau semua guru punya semangat dedikasi terhadap anak muridnya , aku rasa sampah masyarakat di negara kita ni berjaya dikurangkan ..
Sebenarnya banyak cerita nak dikongsikan bersama tapi panjang lebar lak .. Kesimpulannya bagi aku , Menjadi GURU adalah seperti menjadi LILIN .. Gaji tak seberapa tapi pengorbanannya adalah sangat mulia .. Bukan semua orang mampu jadi guru yang baik dan benar benar komited pada amanahnya ..
Bagi mereka yang bergelar guru sekarang dan akan datang , Terima kasih .. Tanpa anda , sekolah tiada berseri.. Berkhidmatlah kerana Allah .. Berkhidmatlah kerana anda mencinta tugas anda itu .. Anggap setiap anak murid seperti darah daging sendiri.. Didiklah mereka seperti mana anda dididik satu tika dulu ... Terima kasih Cikgu..
Sekadar pengalaman hidup ...
Blog Pilihan : NasZ
28 comments
bidang perguruan adalh bidang yg cuba dielak dari diceburi..takut nk kena penangan ibu bapa skrng nie..hehe
BalasPadamtidak mudah... zaman telah berubah pelajar sekarang tidak seprti zaman kita dulu..tiada hormat..bidang perguruaan memg sesuatu yg mencabar tpi semua org ingat bidang ini senang,mudah.. namun sebaliknya... ramai guru mengeluh sekarang... bidang ini memeg mualia...betul ape yg ben katakn itu, namun kini xsemudah itu..:)
BalasPadambukan mudah nk jadi cikgu bnyk tanggung jwb..hmm..
BalasPadamteringat plak masa saya studi dan duduk asrama dulu. dpn cikgu saya memang budak baik tp belakang cikgu, saya la yang lompat pagar. tapi mmg hampir semua cikgu sayang saya. tak tahu sebab apa. tapi apa yang cikgu dulu buat utk saya, saya tak nampak pada cikgu skrg. mungkin bukan semua, mungkin ada gak. dulu guru disiplin paling garang dalam sekolah memang baik dengan saya. saya selalu terlepas hukuman masa perhimpunan hari isnin. dalam kelas pun, saya dilebihkan. walaupun camtu, saya tetap respek cikgu tu. sampai sekarang. terfikir, berapa lama pelajar akan respek cikgu dorang sekarang? sampai habis sekolah je atau sampai bila2? cuma terfikir je.
BalasPadamjemput ke blog saya ye?
MOHD NASER.com
hmmm..cikgu banyka keja sebab balik rumah still kena buat keje...kena tick buku murid2...
BalasPadamJom terjah sini:
1)Pelik!! Nasi Berlaukkan Kondom di China
2)Kesian…Gadis Muda Berwajah Tua
3) Transformers:Dark Of The Moon (2011) DVDRip RMVB Hardsub
yes . pengalaman saye sebagai pelajar semasa bersekolah dahulu kadang kala singgah di ingatan saya . ada seorang cikgu yang sudah pun menjadi arwah kerana tergelincir dari tandas semasa hendak pergi solat jumaat . Arwah cikgu tersebut adalah cikgu bola tampar saye dan juga cikgu maths saya semasa sek rendah . Disebabkan arwah cikgu tersebut , sehingga sekarang saya boleh menghafal sifir . Walaupun beliau sudah tiada , didikannya terhadap saya sehingga kini diingati . terima kasih cikgu :)
BalasPadamerti hidup kan abg Ben~dunia ibarat pentas perjalanan kita..hanya yg benar2 berusaha mampu berjaya~
BalasPadambila baca entri rasa takot nak hadapi bakal ank murid pada masa akan datang.mesti lebih mencabar.*_*
BalasPadamSedih plak Kancil baca entri last tu...apapun, kenangan yang abang Ben tak lupa apabila ada murid ingat jasa kita, ingat hari jadi kita dan ingat kepada kita bila mereka berjaya..betul kan...2 tahun tu bukan masa pendek...panjang tu...sedangkan Kancil 7 bulan di sekolah luar bandar terasa seperti 7 tahun berada di sana...
BalasPadamsebenarnya kalau kita betul ikhlas, insyaAllah, apa cabaran pun mesti tuhan tolong. *cikgu saya dulu jahat. asyik mengeluh kat anak murid kenapa dia jd cikgu. kalau taknak jadi cikgu, berhenti ajelah.tak faham betul*
BalasPadamtugas guru nampak mcm susah..org ckp kj stgh hari..pdhl dlm stgh hari 2 ade kj2 sampingan..lbh mncabar klo ngajo seklh men.
BalasPadammmg disokong sgt2 kata2 abg ben kt atas tuh..peranan guru n dedikasi guru dlm mbentuk pel cemerlang dr sg akademik, kokurikulum n akhlak yg terpuji..x semua guru mpunyai jiwa sebegitu..
tpp kita jgn lupa, ibubapa lah yg mpunyai peranan plg penting dlm kehidupan anak2..jgn salahkan pelajar jika pel x berjaya/memilih jln tersimpang jauh...krn segala pendidikan bermula dari umah.
profesion ni laa yg paling susah sekali...
BalasPadamakan jadi senang kalau guru itu guru 25hb...tggu gaji jer...
tapi akan jadi sukar kalau guru itu betul2 guru yg mahu mendidik...
brdasarkan pengalaman nih,fuhhh...memang susah...daripada blajar jadi guru, smpai la jadi guru betul..mmg AMAT mencabar...
http://dzuandiey.blogspot.com
bidang ini tidak lagi seindah dan semudah seperti pengalaman saudara....
BalasPadamTerima kasih abg ben...
BalasPadamtima kasih cikgu.. u r de best
BalasPadamguru adalah satu pekerjaan yang sungguh mulia...tp mmg perlu dedikasi..masalah nya sekarang cikgu ramai yang x berdedikasi..kerja untuk gaji je
BalasPadamhttp://wanwidget.com
BalasPadamterima kasih pada guru
Salam semua...terima kasih buat abg ben kerana buat tajuk nie "Mudahnya jadi guru". Secara ikhlasnya ianya tidak semudah seperti yang disangkakan. Che-D cuma nak ulas sedikit...yelah seperti yang kita tahu, tanggungjawab seorg guru tidak mudah...ibarat engineer manusia bukan robot. Apa yg terjadi tetap ada tempias kata-kata yang menyengat jiwa. Tapi itulah pengorbanan yang perlu dipertaruhkan...Apapun che-D berbangga kerana menjadi insan terpilih yang bergelar CIKGU.
BalasPadamtetiba teringat zaman sekolah menengah dulu ada minat ngan cikgu sandaran masa tu, hemsem gilerzzzzz, tp dia da kawin lor... huhu
BalasPadambetul tu..kdg2 kita dpt lihat segelintir guru zmn skrg (xsemua) spt melepaskan batuk di tangga bila mengajar..hanya mengajar sbb nak dpt gaji..tak penuh rasa tanggungjawab dan berdedikasi.. masalah pelajar di sekolah taknak ambik tahu, bila mengajar kelas bawah/lembap ajar ala kadar je..tak pantau dgn betul2.. saya kagum dgn guru2 sekolah saya dulu yg sangat gigih dlm menjalankn tggungjawab mendidik murid2 tanpa dgn bersungguh2..mcm mendidik anak sendiri... tapi kadang2 mungkin sikap segelintir parents yang takmahu guru2 campurtgn dgn msalah anak2 mereka, sbg contoh, guru di sekolah adik saya pernah ditengking di khalayak ramai gara2 menegur perbuatan anaknya merokok di luar pagar sekolah dngn alasan, diluar wktu persekolaha dn di luar pgr sekolah bukan urusan guru2...
BalasPadamtugas seorang guru kini lebih berat berbanding dahulu...kalau dulu guru rotan pelajar, balik rumah ayah pula tambah rotan. tapi kini kalau guru marah je, ada yg melawan sampai nak bertumbuk dengan guru. keta memang calar balar bila balik lepas tu mak ayah datang bawa peguam nak saman cikgu sebab rotan anak dia...
BalasPadamtumpang tinggal link disini abg ben, mana tau abg ben sudi nak join segmen pertama saya ni...
http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/1st-segmen-santri-komputer-kesayanganku.html
Mas pernah jadi guru selama 4 bulan..walaupun sekadar guru ganti tapi ia tetap satu tugas yang mencabar!
BalasPadamdahlah mengajar murid2 tahun 1 hingga tahun 3... pelbagai karenah dan ragam murid2!
tapi mengajar murid2 sekolah bandar ni memang berbeza, ada tu datang sekolah sebab wajib je tapi tak pandai menulis dan membaca... memang satu tugas yang beratlah sebagai guru nak ajar murid2 camni!
lg2 skrng kalo jdi cikgu skrng perghh! mmg r..tension giler kott kecuali bg guru2 y tabah..mmg salute rh.
BalasPadamterima kasih kerana sudi membuat artikel tentang perguruan. i'm a teacher myself, and i've been teaching in the rural area of Sarawak. being a teacher is great! congratulations to you for having the experience of being a teacher.
BalasPadamfullamak.. mr ben buat entri pasal guru?.. 'jadi cikgu senang?'.. senang dapat darah tinggi, senang dapat migrain dan senang menjadi cepat tua kot.. pernah kata dengan suami, kes aminurasyid remaja yg buat provokasi pada polis, akibatnya ditembak 21 kali oleh Koperal Jemain?.. kata dengan suami: kalaulah cikgu tu polis, iza rasa ramai dah anak murid jadi mayat setiap hari... so moralnya: dunia perguruan merupakan dunia yang banyak menuntut ksabaran lebih2 lagi berhadapan dengan remaja abad millenium ni..
BalasPadamAlamak. Mudah ke ? Mcm susa jee. Blaja nk jadik cikgu pon lame gile. 5 thun setengah skang ni. Mcm nk jadik doctor jepp. Haha. Bythe way. i am the upcoming teacher. ;)
BalasPadam_________________________
I have added cool emoticons to this message.
To see them go to http://x.exps.me?388c65fa9370b276e5911d24b544a954
saya bakal guru tesl.. jadi cikgu memang best !! bila bersama students la.. tapi bila kena buat clerical work.. hush.. migraine kepala.. orang ramai tak tahu kerja sebenar cikgu.. yang ramai orang tahu, cikgu ni masuk mengajar kat kelas aje.. padahal kat sekolah tu, macam2 cerita ada..
BalasPadamTerima kasih kerana entry ini memberi saya semangat untuk terus berjuang
BalasPadam