Pelik tapi benar , pilihan terbaik masyarakat kita ?

by - Sabtu, September 24, 2011

image

Gambar Hiasan - Utusan 

 

Mastika , antara majalah yang sering aku baca sewaktu membesar dulu. Kenapa aku suka baca cerita yang terisi dalam majalah tu ? Haaa.. Gamaknya aku suka meremangkan bulu kat tengkuk aku ni kot ?

 

Kadang-kadang  aku terfikir la kan , masyarakat kita ni  (termasuk aku la ) nak kena ada contoh untuk dijadikan satu kekuatan untuk berjaya .. Amik contoh , bila Wardina menceritakan saat-saat dia berhijrah .. Alhamdulillah , ramai yang sebak dengan kisahnya .. Syukur pada Allah jika ada yang tergerak hati untuk berubah.

 

Kalau takde contoh camana ??  Amik contoh iklan TMNET yang baru tu .. Kejayaan anak orang dijadikan contoh yg patut diteladani.. Perlu ke ada ? Kalau takde contoh ???

 

Tapi kan ... bagi aku la , contoh contoh nun di zaman para nabi dan sahabat dah cukup terbaik untuk dicontohi dan diikuti..  Cerita mereka tu , mmg sesuai untuk seluruh zaman ..

 

Kenapa aku kata gitu ? Kebanyakkan orang di dalam masyrakat kita ni gemar memandang 'kisah lampau' dan mencari lubang untuk menidakkan kebaikkan seseorang.. Contoh ... " Ala, tu baru je alim.. Dulu , perangai cam anak antu ! " dan banyak lagi.. Aku rasa korang lagi sedia maklumkan ?

 

Perlu ke kisah aneh dan ikhtibar untuk menginsafkan umat Islam ? Tepuk dada tanya selera .. Lebih baik mencuba dari duduk diam kan ? Tahniah UTUSAN kerana menerbitkan buku Pilihan Terbaik : Kisah Aneh dan Ikhtibar dari Mekah ini ... 

 

Blog pilihan : Cikgu Fad

You May Also Like

9 comments

  1. Alhamdulillah...semoga menjadi peringatan untuk semua

    BalasPadam
  2. saya pun suka baca majalah Mastika dulu dulu,, kisah koma, seram je meremang bulu roma. Majalah tabloid yang ohsem!

    BalasPadam
  3. edisi ketiga terbitan UKSB..saya yg cover majlis pelancaran tu..ingat dapat buku free kan..he3..kalo dapat leh la share apa yg diceritakan.. ;)..jarang baca mastika..walaupun membesar jugak zaman tu..kawan2 je suka baca..dgr cerita sajork..wakaka :p

    BalasPadam
  4. mastika da berkurang da org baca..semakin lama semakin menyimpang tajuk dalam mastika...pentipu

    Rahsia sebenar kenapa kucing sangat comel diketahui

    BalasPadam
  5. sedikit sebyk memberi iktibar pada diri..

    BalasPadam
  6. belajar dari pengalaman orang lain terdahulu adalah satu contoh terbaik dan harus menjadikannya sebagai rujukan dan ikutan lebih2 lg ttg sunnah Nabi dan para sahabat Rasulullah saw.

    BalasPadam
  7. err... MASTIKA la papa bennn..bukan MUSTIKA...

    BalasPadam
  8. teringin nak cari...
    agar jd iktibar utk diri sendiri

    BalasPadam